ZULHEIMY MAAMOR

Sunday, 4 July 2021

10 FAKTA SALAH TENTANG KESULTANAN MELAYU MELAKA

SUMBER: FB MESSAGE DARI NADZRI CONTITAC


1. Kesultanan Melayu Melaka hanyalah satu mitos dalam sejarah kerana tiada bukti arkeologi tentang kewujudan kerajaan ini.
□ Jawapan :
▪︎Bukti kewujudan Kesultanan Melayu Melaka sangat kuat dan kukuh sama ada dari sumber arkeologi atau filologi (manuskrip).
▪︎Dari sumber arkeologi antaranya ialah penemuan batu nisan Sultan Mansur Syah, Sultan Ala'uddin Riayat Syah dan Sultan Muhammad Syah.
▪︎Di samping itu turut ditemui wang syiling sejak dari Sultan Muzaffar Syah. Dari segi manuskrip pula, kewujudan Kesultanan Melayu Melaka dapat dibuktikan dari kewujudan Hukum Kanun Melaka, Sulalatus Salatin dan catatan-catatan pegawai Portugis abad ke-16 (Portuguese Documents on Malacca).

2. Kesultanan Melayu Melaka hanyalah sebuah kerajaan kecil, tidak penting, miskin dan kuno. 
□ Jawapan:
▪︎Menurut catatan Portugis, Kesultanan Melayu Melaka adalah sebuah kerajaan yang sangat kaya dan penting.
▪︎Portugis mencatatkan bahawa pelabuhan Kota Melaka adalah pelabuhan yang terkaya di dunia dan Kesultanan Melayu Melaka berperanan sebagai penyara kerajaan-kerajaan Islam di zamannya.

3. Kesultanan Melayu Melaka tidak memiliki teknologi senjata api di mana ketika tentera Melaka berperang dengan Portugis, mereka hanya menggunakan senjata selain senjata api seperti keris, lembing, tombak dan sumpit. 
□ Jawapan :
▪︎Menurut catatan Portugis, Kesultanan Melayu Melaka miliki sekitar 8,000 pucuk senjata api. Malah teknologi pembuatan senjata api oleh Kesultanan Melayu Melaka adalah setanding dengan kualiti pembuatan senjata api oleh orang-orang Jerman.

4. Kota Melaka hanyalah berbentuk seperti sebuah perkampungan Melayu di mana tiada kemudahan infrastruktur seperti kota-kota yang sezaman dengannya. □ Jawapan :
▪︎Portugis mencatatkan bahawa Kota Melaka adalah antara kota yang tersibuk di dunia dengan aktiviti perdagangan.
▪︎Di samping itu, Kota Melaka juga dilengkapi dengan infrastruktur dan kemudahan awam yang baik seperti wujudnya rangkaian jalan darat dan hospital.

5. Istana Melaka hanyalah seperti sebuah rumah tradisional Melayu semata-mata. □ Jawapan :
▪︎Sulalatus Salatin dan catatan Portugis telah menerangkan tentang keagungan Istana Melaka. Sulalatus Salatin menyatakan bahawa Istana Melaka adalah istana yang tercantik dan termewah di Alam Melayu.
▪︎Manakala Portugis pula mencatatkan bahawa terdapat ruangan bawah tanah yang kalis api di Istana Melaka yang menyimpan harta kekayaan Sultan Melaka.

6. Kesultanan Melayu Melaka adalah sebuah kerajaan yang tidak bersistematik dan caca marba dalam urusan pentadbirannya. 
□ Jawapan :
▪︎Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka sendiri membuktikan bahawa Kesultanan Melayu Melaka merupakan sebuah kerajaan yang sistematik dan berdaulat.

7. Sultan Melaka semuanya zalim, tidak berperi kemanusiaan dan tidak bertamadun. 
□ Jawapan :
▪︎Catatan dari Sulalatus Salatin dan catatan Portugis menyatakan bahawa kebanyakan dari Sultan Melaka adalah terdiri dari tokoh yang pintar, adil dan berwibawa.

8. Sultan dan masyarakat dalam Kesultanan Melayu Melaka tidak kuat berpegang pada ajaran Islam. 
□ Jawapan:
▪︎Catatan dari Sulalatus Salatin dan Portugis membuktikan bahawa kebanyakan Sultan Melaka adalah dari kalangan mereka yang kuat berpegang dengan ajaran Islam dan berwibawa.
▪︎Di samping itu, Hukum Kanun Melaka turut membuktikan betapa kuatnya pegangan Sultan dan masyarakat Melaka pada ajaran Islam.

9. Kesultanan Melayu Melaka tidak pernah mengadakan hubungan diplomatik dengan kerajaan-kerajaan di luar Alam Melayu. 
□ Jawapan :
▪︎Terdapat banyak bukti yang kukuh tentang hubungan diplomatik yang dijalinkan oleh Sultan Melaka dengan kerajaan-kerajaan asing.
▪︎Antaranya ialah catatan rasmi kerajaan Dinasti Ming di China dan surat-surat Sultan dan Laksamana Melaka yang tersimpan di Okinawa, Jepun.

10. Portugis menakluki Melaka secara kebetulan dan dapat menakluki Melaka dengan mudah. 
□ Jawapan :
▪︎Portugis memang telah merancang dari awal untuk menakluki Melaka kerana mereka menyedari tentang sumber kekayaan perdagangan kerajaan-kerajaan Ialam pada ketika itu.
▪︎Di samping itu, Portugis tidak mudah menakluki Kota Melaka. Mereka hampir tewas dan hampir berputus asa untuk menakluki Kota Melaka sebagaimana yang dicatatkan oleh pegawa-pegawai Portugis.

■ SEMOGA MEMBERI MANAFAAT PENAMBAHAN PENGETAHUAN KEPADA SEMUA □ Ikuti SIRI PENAMBAHAN PENGETAHUAN untuk pembelajaran sejarah dalam negara dan dunia di platform FB anda di mana-mana sahaja anda berada.
□ Sekian.


C&P: BERSUMBER DARI MSG FACEBOOK
4 JULY 2021 @ 24 ZULKAEDAH 1442H: 9.53 PM

No comments:

Post a Comment