ZULHEIMY MAAMOR

Saturday, 10 July 2021

Apakah sejarah keagungan hari 1-10 pertama Zulhijjah dan sebahagian amalannya

BERSUMBER DARI FACEBOOK

Ia adalah hari Pekerja Islam, Hari Nabi Musa,Hari Ibu,Hari Isteri, Hari Ayah, Anak-Anak, Hari perkenalan semula
1) HARI PEKERJA
Berkata Habib Abu Bakar Al-Adni Al-Masyhur:
"Jika kamu ingin mengetahui hari raya bagi pekerja, maka ia adalah 1-10 Zulhijjah bukannya 1 Mei kerana ia adalah hari kita bekerja untuk meningkatkan amal dan pahala dilipatgandakan oleh Allah Taala"
Antaranya lago puasa hari Arafah yg mana Nabi mengharap disisi Allah agar diampunkan dosa kepada orang yg berpuasa 2 tahun, setahun yg lepas setahun yg akan datang. Ada juga riwayat diampunkan dosa 10 tahun
2) HARI MUSA ALAHISSALAM
-Dahulu ia dikenali dgn nama tersebut. Diriwayatkan bahawa Allah memerintahkan Nabi Musa berpuasa selama sebulan pada bulan Zulqaedah, dan Allah akan bercakap dgn baginda pd hari terakhir berpuasa.
Namun, pada hari terakhir ketika naik bukit Tursina baginda membawa kayu sugi lalu menyugikan bau mulut baginda, maka dengan itu Allah tambahkan lagi 10 hari iaitu 10 hari Zulhijjah yg pertama
3) HARI BERSEJARAH BAGI IBU & AYAH
-Ketika Allah merintahkan Nabi Adam & Sayyidatuna Hawwa utk turun ke bumi, maka Nabi Adam berada di India manakala S.Hawwa berada di Jeddah. Lalu masing2 mencari di antara satu sama lain akhirnya bertemu di satu padang yg dikenali sbgai Arafah .
Waktu tersebut merupakan hari perkenalan semula Nabi Adam dan S.Hawwa yg merupakan nenek moyang kita, iaitu pertemuan yg penuh kebahagian
Di dalam Islam tiada istilah hari ibu pada 21 Mac, bahkan setiap hari merupakan hari ibu dan ayah yg wajib bagi seorang anak meraikannya setiap hari
4) HARI ISTERI
-ia juga adalah hari yang mana S.Hawwa berasa amat seronok apabila bertemu semula dgn Nabi Adam
5) HARI ANAK-ANAK
-ini kerana pada 10 Zulhijjah merupakan hari hendak disembelihnya Nabi Ismail, lalu kerana kejujuran dan ketaatan baginda terhadap Allah dan jg ayahnya Nabi Ibrahim, maka Allah gantikan dgn kibasy dari syurga
-maka, ibu ayah disarankan utk membahagiakan anak-anak2 terutama pada hari raya yg mana tuntutan utama hari raya ialah pada Aidul adha.
Ini adalah sebahagian hari kebesaran Islam yg ada dlm 10 hari pertama yg kesemua ini merupakan sejarah yg melibatkan para anbiya, maka pasti ia mendatangkan pahala dan keuntungan.
Kata Habib Abu Bakar Al-Adni lagi:
" Umat apabila melupakan sejarah, akan hilanglah bangsanya"
Fawaid kuliah: Syeikh Niyaz Al-Adni hafizhohullah
Alhamdulillah nikmat berdampingan dgn para Habaib dan Masyaikh # Maulid Akhbar sempena sambutan hari Arafah dan Aiduladha di Yayasan Restu Shah Alam
--------------------------------------------
[Bulan Zulhijjah jangan kita lalai- amalan digandakan pahalanya]
Al-Imam Al-Baihaqi رحمه الله تعالى meriwayatkan di dalam kitabnya فضائل الأوقات
beberapa keagungan dan fadhilat amalan berkaitan bulan Zulhijjah
1- BULAN YANG PALING AGUNG KEHORMATAN
عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه قال رسول الله ﷺ : سيد الشهور شهر رمضان وأعظمها حرمة ذوا الحجة
Daripada Sayyiduna Abi Sa'id Al-Khudri Radhiallahu, sabda Rasulullah ﷺ:
(Penghulu segala bulan ialah bulan Ramadhan manakala yang paling agung kehormatan ialah bulan Zulhijjah )
2- AMALAN DILIPAT GANDAKAN
Terdapat petikan dari riwayat Sayyiduna Ibn Abbas رضي الله عنهما
والعمل فيهن يضاعف سبعمأئة ضعف
(Dan amalan padanya (Zulhijjah) digandakan sehingga 700x)
Al-Hafidz Ibn Rejab Al-Hambali merekodkan:
‏‎ "وأما نوافل عشر ذي الحجة؛ فأفضل من نوافل عشر رمضان، وكذلك فرائض عشر ذي الحجة، تضاعف أكثر من مضاعفة فرائض غيره".
(فتح الباري: ١٦/٩)
"Dan adapun amalan-amalan sunat pada 10 hari pertama Zulhijjah adalah LEBIH AFDOL dari amalan sunat di 10 terakhir Ramadhan.
Begitu juga amalan fardu pada 10 hari pertama Zulhijjah lebih dilipatgandakan pahala dari amalan fardu selain bulannya "
-Fathul Bari 9/16.
Maka kerana itu baginda Nabi berpesan untuk kita BANYAKKAN menyebut
لا إله إلا الله (tahlil) الله أكبر (takbir)
Maka dengan inilah , ulama susun untuk pelbagaikan jenis zikir tahlil dan takbir ini.
Cuba bayangkan jika 10 hari pertama Zulhijjah jika kita pulun beramal?
3-Puasa sehari seumpama setahun dan qiyamullail malamnya seumpama mendirikan lailatulqadar.
Petikan hadis yg diriwayatkan dari Sayyiduna Abu Hurairah رضي الله عنه
يعدل صيام كل يوم منها بصيام سنة، وقيام كل ليلة بقيام ليلة القدر
(Menyamai puasa sehari daripadanya (bulan Zulhijjah) seperti puasa setahun
Dan bangun pada setiap malam (qiyamullail) adalah menyamai seperti mendirikan lailatulqadar)
Jika 9 hari ini berpuasa, seumpama puasa 9 tahun, jika qiyamullail satu malam menyamai ibadah pada malam al-Qadr iaitu 83 tahun 4 bulan. Ini baru sehari, jika 10 hari qiam, bayangkan...
Sebenarnya kata para ulama cukup memadai berkaitan firman Allah yang Allah bersumpah padanya
( وَٱلۡفَجۡرِ ۝ وَلَیَالٍ عَشۡرࣲ)
[Demi waktu Subuh dan demi 10 hari -iaitu 10 hari pertama Zulhijjah)
Allah yang AGUNG tidak akan bersumpah melainkan perkara itu agung/besar keutamaannya.
Tambahan pula, baginda sendiri memberikan semangat untuk kita beramal kerana amal padanya LEBIH DIKASIHI ALLAH
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "مَا مِنْ أَيَّامٍ العَمَلُ الصَّالِحُ فِيهِنَّ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ العَشْرِ"، فَقَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، وَلَا الجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "وَلَا الجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ، إِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ"
Daripada Sayyusna Ibnu ‘Abbas berkata: Rasulullah ﷺ bersabda:
(“Tiada hari-hari yang amalan soleh padanya paling Allah sukai padanya (iaitu 10 hari pertama Zulhijjah))”. Mereka bertanya: “Ya Rasulullah, Sekalipun jihad pada jalan Allah?”. Jawab Rasulullah ﷺ:
(Sekalipun jihad pada jalan Allah, melainkan seseorang yang keluar (berjihad) dengan diri dan hartanya dan tidak mendapat semua itu kembali walaupun sedikit” (Riwayat al-Bukhari, al-Tirmizi )
Maka, orang yang CERDIK ialah mereka yang memerhatikan apa yang disebut bahkan apa yang disumpah oleh Allah serta apa yang digalakkan oleh Rasulullah ﷺ
Wallahualam
Catatan Abu Abbas Sidqi
Abu Abbas Sidqi
Shah Alam, Selangor
Darul Fath Wal Madad

C&P: 10 JULAI 2021 @ 1 ZULHIJJAH 1442H: 8.49 PM

No comments:

Post a Comment