ZULHEIMY MAAMOR

Friday, 23 April 2021

SEJAUH MANAKAH TEORI CERMIN, KEBANGKITAN DARI NUSANTARA MENGIKUT ARAH HAJARUL ASWAD?

OLEH: IZZUDDIN AL JITRAWIY

Mengukur ketepatan arah Rukun Hajarul Aswad satu perkara yang perlu dipertikaikan. Jika dilihat pada rukun Yamani, ia tidak menunjukkan arah Yaman secara tepat. Yaman di sebelah tenggara Kaabah sedangkan rukun Yamani di sebelah Selatan.
Rukun Syami lebih jauh dari arah Syam kerana ia menunjuk ke arah Barat sedangkan Syam di arah Utara Kaabah. Lalu bagaimana kita boleh menganggap Rukun Hajarul Aswad memaksudkan Tanah Melayu dengan alasan ianya menunjukkan ke arah Nusantara ini secara tepat?
Walaubagaimanapun, memang terdapat hadis di akhir zaman bahawa panji hitam akan bangkit dari arah Timur, tetapi tidak semestinya Tanah Melayu. Dalam hadis yang lain, ada menyebut mereka dari wilayah Khurasan, nama bagi kawasan yang dikongsi oleh Iran, Pakistan dan Afghanistan.
Dalam hadis yang lain juga, dinyatakan juga mereka adalah dari keturunan Bani Tamim. Keturunan Bani Tamim menjadi pemerintah Qatar pada hari ini, dan negara tersebut juga berada di sebelah Timur Kaabah, arah rukun Rukun Hajarul Aswad.
Kesimpulannya, teori ini tiada sokongan dalil naqli dan tidak kukuh dari sudut aqli. Tetapi tidaklah menafikan kalau benar bangsa Melayu boleh menjadi watak utama di akhir zaman nanti. Tuhan boleh menjadikan mana-mana kaum mulia dan hina dengan izin-Nya.
Sejarah merekodkan panji Islam sering bertukar tangan daripada Arab, Parsi, Rom, Kurdis dan Turkis. Hanya Allah yang mengetahui bangsa manakah yang seterusnya layak menerima kemenangan Islam.
Persoalan yang jauh lebih penting, apakah persediaan untuk kita hadapi akhir zaman kini yang penuh fitnah dan kacau bilau ini?
Cc Alang Ibn Shukrimun

No comments:

Post a Comment