ZULHEIMY MAAMOR

Friday, 23 April 2021

PENGENALAN ILMU AKHIR ZAMAN


1. KEPENTINGAN ILMU FITAN DAN ESKATOLOGI.

Seruan supaya umat Islam mempersiapkan diri untuk menghadapi fitnah akhir zaman dan seterusnya hari kiamat telah tiba, tetapi bukankah seruan tersebut telah sampai sejak 1400 tahun yang lalu? Mengapa baru kini kita menyedari akan ilmu fitan ini? 
Rasulullah Saw banyak menyampaikan pesanan kepada kita mengenai fitnah dajjal bukanlah untuk menakut-nakutkan kita, tetapi supaya kita dapat bersiap-sedia dan tidak mudah terperdayakan oleh musuh-musuh Islam. Hal ini adalah untuk kesedaran agar kita insaf, bersatu-padu dan seterusnya berusaha untuk membebaskan diri dan negeri daripada segala macam fitnah dan maksiat dan kembali pada-Nya. Tetapi itu tidak bermakna kita harus mengabaikan pembelajaran di dalam bidang ilmu yang lain. 
Jika umat Islam mengabaikan pendidikan duniawi dan ukhrawi, nescaya umat Islam akan lebih mudah diperbodoh-bodohkan oleh golongan yang cerdik pandai, terutamanya orang-orang yahudi yang sememangnya memusuhi orang-orang Islam sejak dari dahulu lagi dan sudah tentu umat Islam tidak akan maju ke hadapan. 
Tetapi umat Islam pada zaman ini kebanyakannya langsung tidak mahu mengambil tahu mengenai perkara ini, sedangkan kisah sejarah Freemason ada disebutkan di dalam Al-Qur'an dan As-Sunnah Rasulullah Saw. Di dalam himpunan hadits-hadits shahih juga mempunyai banyak maksud yang tersirat, dan kerana itu Allah Swt menyuruh umat Islam mengkaji maksud-maksudnya yang tersirat yang terkandung di dalamnya.

Pertubuhan Freemason ini mengandungi banyak agenda-agenda mereka yang tersirat. Salah satu intipati tersirat ejen-ejen yahudi ini ialah dengan merosakkan pemikiran anak-anak muda umat Islam agar mereka mengabaikan pelajaran/pendidikan. Jika ini terjadi maka ejen-ejen yahudi tersebut telah berjaya meracuni pemikiran pemuda-pemuda umat Islam. Allah Swt berfirman:

(6) يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن جَآءَكُمۡ فَاسِقُۢ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوٓاْ أَن تُصِيبُواْ قَوۡمَۢا بِجَهَـٰلَةٍ فَتُصۡبِحُواْ عَلَىٰ مَا فَعَلۡتُمۡ نَـٰدِمِينَ

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (Surah Al-Hujurat : Ayat 6)

(179) وَلَقَدۡ ذَرَأۡنَا لِجَهَنَّمَ ڪَثِيرًا مِّنَ ٱلۡجِنِّ وَٱلۡإِنسِ‌ ۖ لَهُمۡ قُلُوبٌ لَّا يَفۡقَهُونَ بِہَا وَلَهُمۡ أَعۡيُنٌ لَّا يُبۡصِرُونَ بِہَا وَلَهُمۡ ءَاذَانٌ لَّا يَسۡمَعُونَ بِہَآ ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ كَٱلۡأَنۡعَـٰمِ بَلۡ هُمۡ أَضَلُّ ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡغَـٰفِلُونَ

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai." (Surah Al-A'raf : Ayat 179)

2. APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN ILMU ESKATOLOGI?
Ilmu Eskatologi mungkin agak baru dan suatu hal yang asing dari kefahaman masyarakat pada hari ini. Ilmu Eskatologi adalah ilmu akhir zaman dan ilmu strategi di dalam peperangan. Boleh dikatakan Ilmu Eskatologi adalah juzu' baru bagi umat Islam pada hari ini dan memerlukan masa untuk mereka menghadam info-info yang akan diperbincangkan nanti. Disiplin Ilmu Eskatologi adalah memadankan situasi yang berlaku dengan apa yang terkandung di dalam Al-Qur'an dan hadits-hadits akhir zaman. Ia memerlukan kepekaan dan kefahaman yang tinggi terhadap murad hadits-hadits tersebut, dan ianya agak mencabar bagi mereka kerana faktor-faktor yang mengikat mereka dan juga keterbatasan akal fikiran yang membuatkan mereka agak ketinggalan di dalam aspek Eskatologi, itu yang kita nampak pada hari ini.

Apa yang akan kita perbincangkan nanti adalah ilmu akhir zaman di dalam mencari kebijakan internal ilahiah manusia, dengan berbagai-bagai ilmu dan informasi kebenaran di dalam menjalani dunia akhir zaman yang berdasarkan Al-Qur'an, As-Sunnah dan Eskatologi Islam, Insya'allah.

(https://www.youtube.com/watch?v=gt09v9vyP4A) -->> Klik link ini untuk penjelasan.

3. ASAL-USUL ILMU ESKATOLOGI.
Pengasas bidang Ilmu Eskatologi Islam atau kajian ilmu akhiruzzaman adalah Imam Al-ghazali, Ibn Kathir, Ibn Majah, Imam Bukhari, Ibn Khuzaimah dan para ahli sufi. Kini ilmu yang semakin hilang ini diteruskan lagi oleh Sheikh Maulana Imran Nazar Hosein secara meluas dengan menggabungkan kajian, fakta dan bukti dari segi aspek agama, politik, kewangan, sains, ekonomi, sejarah peradaban manusia dan lain-lain lagi berserta dengan interpretasi ilmiah berpandukan kitab Al-Qur'an dan As-Sunnah (Hadits).

4. TIGA JENIS FITNAH YANG SEDANG MENGEPUNG UMAT MUSLIM PADA ZAMAN KINI.
Kita mengetahui bahawa akan tiba saatnya dunia ini akan hancur. Sebelum itu semua berlaku, dajjal akan datang untuk merosakkan akhlak dan kepercayaan umat manusia, terutama umat Muslim. Keimanan seseorang akan bergolak dengan cara yang boleh meluluhkan. Hingga, seseorang yang tidak mempunyai kekuatan iman, amat mudah sekali untuk terjerumus ke dalam tipu muslihatnya. Tetapi, tahukah anda, bahawa sebelum itu terjadi akan tiba suatu fitnah besar yang amat dahsyat sekali yang akan menimpa umat muslim?

Ya! Fitnah itu merupakan salah satu dari tanda-tanda akhir zaman. Dan kini, ada tiga jenis fitnah yang sedang mengepung umat muslim dan ianya begitu sukar sekali untuk kita menghapuskannya, kerana ianya sudah berlaku sejak turun-temurun. Ketiga-tiga jenis fitnah itu terdiri daripada:

i. FITNAH AHLAS.
Fitnah pertama yang sedang mengepung umat muslim adalah fitnah peperangan dan pembunuhan di antara sesama umat muslim. Pada zaman dahulu peristiwa tersebut bermula dari pembunuhan Khalifah Uthman Bin Affan. Sejak dari saat itu sehingga ke saat ini masih banyak umat Islam yang bergelut di dalam pertikaian dan peperangan. Hal tersebut sesuai dengan sabda Rasulullah Saw bahawa sekali pedang seorang mukmin tertancap pada tubuh seorang mukmin lainnya, maka ia akan sangat sukar diangkat.

ii. FITNAH SARRA'.
Fitnah besar yang sedang mengepung umat muslim selanjutnya adalah Fitnah Sarra', iaitu fitnah yang berkaitan dengan harta dan kesenangan dunia. Fitnah yang sedemikian ini telah menimpa umat muslim sejak berkuasanya Dinasti Umayyah dan kemuncaknya berlaku apabila industri minyak ditemui. Fitnah Sarra' ini begitu banyak berlaku pada era zaman sekarang. Harta dan kesenangan boleh membuatkan umat manusia gelap mata dan menjadi tamak dan rakus dengan kekayaan serta nikmat dunia. Hal tersebut bahkan boleh membuatkan seseorang itu sanggup untuk membunuh saudaranya sendiri.

iii. FITNAH DUHAIMA'
Fitnah ketiga yang sedang mengepung umat muslim di dunia pada saat ini ialah Fitnah Duhaima'. Fitnah ini berupa fitnah aliran sesat dan pemikiran dan akidah yang menyimpang. Fitnah ini banyak berlaku di sekitar lingkungan tempat tinggal umat manusia. Pada zaman ini pemikiran sekularisme, pluralisme, libralisme dan sebagainya berkembang dengan sangat pesat. Bahayanya pemikiran yang sedemikian ini dianggap sebagai sebuah kebenaran. Sedangkan pada kenyataannya ianya tidaklah seperti itu. Salah satu aliran sesat adalag mereka yang dengan mudahnya mengkafirkan orang muslim di luar kelompok tersebut hanya kerana perbezaan pemahaman serta pemikiran yang dimiliki. Tidak hanya mengenai itu, pada zaman ini juga telah mula muncul orang-orang yang mengaku dirinya sebagai nabi bahkan sebagai tuhan dan mengajak umat manusia untuk menjadi pengikutnya.

Ketiga-tiga jenis fitnah inilah yang harus kita ketahui dan harus berhati-hati mengenainya supaya kita tidak mudah terjerumus dan terpedaya oleh fitnah-fitnah tersebut, dan dekatkanlah diri kita pada Allah Swt memohon perlindungan dari-Nya dari segala macam fitnah.

C&P: 23 APRIL 2021 @ 11 RAMADHAN 1442H: 12.53 PM

No comments:

Post a Comment