ZULHEIMY MAAMOR

Thursday, 15 April 2021

Islam di China.

SUMBER: FB SEJARAH & LAGENDA

Dulu, kini dan semoga selamanya.
Islam di sebarkan di China secara rasmi pada zaman Khalifah Uthman (ra), beliau menghantar delegasi yang terdiri dari beberapa orang sahabat ke China dalam usaha untuk menyebarkan Islam di sana. Pemimpin delegasi ini ialah tidak lain tidak bukan Sa’d ibn abi Waqqas (ra). Dalam kunjungan resmi ini mereka membawa hadiah kepada maharaja China pada masa itu, Kao-tsung, dan ini merupakan kunjungan rasmi pertama oleh duta Islam semasa Dinasti Tang. Kao-tsung memberi izin kepada Sa'd ibn abi Waqqas dan seluruh delegasi untuk secara terbuka menyebarkan Islam di serata ceruk negeri China.
Sa'd ibn abi Waqqas kemudiannya menetap di Guangzhou, dan dikatakan bahawa beliau membina apa yang dikenali sekarang sebagai masjid tertua di China - masjid Huaisheng. Masjid Huaisheng adalah kira-kira 1300 tahun, dan telah dibina, dimusnahkan, dan dibina semula banyak kali sepanjang sejarah. Ada yang riwayat yang mengatakan Sa'd ibn abi Waqqas dikebumikan di sana, namun ada riwayat lain yang mengatakan dia dikuburkan di Madinah.
Zhu Yuanzhang adalah Maharaja China antara tahun 1368 hingga 1398, beliau adalah maharaja pertama dan pengasas Dinasti Ming, zaman yang dikenali sebagai zaman keemasan Islam di China. Umat Islam berintegrasi sepenuhnya ke dalam masyarakat Han (Cina) dengan mengadaptasikan nama dan adat resam mereka sementara mempertahankan kod pakaian dan pemakanan halal Islam. Mereka adalah warga negara yang mematuhi undang-undang dan berdisiplin tinggi dalam status ekonomi, dan mempunyai hubungan baik dengan rakyat Han. Walaupun seorang bukan Islam, Maharaja Yuanzhang mempunyai kekaguman yang kuat terhadap umat Islam, dan menghormati adat dan undang-undang Islam. Malah dia mengarahkan pembinaan beberapa masjid di Nanjing, Yunnan, Guangdong dan Fujian.
Hari ini terdapat lebih kurang 39,000 masjid di China dan jumlah penduduk Islam di China sudah menjangkau hampir 22 juta orang (bancian pada tahun 2015). Jika di bandingkan jumlah penduduk China yang sudah mencecah 1.4 billion pada tahun yang sama umat Islam tidak sampai 2% dari jumlah keseluruhan. Jadi, bagaimanakah keadaan saudara kita di sana sebagai penduduk minoriti yang hidup di lautan majoriti yang bukan beragama Islam?
Cerita ini semasa kami melawat Beijing hujung tahun lepas. Alhamdulillah walaupun mereka golongan minoriti tetapi mereka bersatu padu dan menjadi golongan yang di hormati masyarakat setempat. Sehinggakan jika masyarakat di sana mahu membeli daging, mereka akan pergi ke mesjid yang juga merupakan tempat penyembelihan kerana mereka lebih percaya dan yakin dengan daging yang di jual di mesjid dari di pasar. Jika di beli di pasar mereka sering di tipu, kadang-kadang di beri daging tikus atau kucing yang direndamkan dalam lemak kambing supaya berbau dan nampak seperti kambing. Mereka percaya umat Islam tidak akan menipu kerana tuntutan agama.
Mereka maju dari segi ekonomi walau tidak mendapat bantuan dari kerajaan. Perniagaan mereka dijalankan secara komuniti, banyak restoran halal terdapat di seluruh pelusuk Beijing (dan restoran mereka dipenuhi oleh bukan Islam kerana percaya bahawa dagingnya bersih dan asli). Mereka juga mempunyai kilang-kilang pengeluaran makanan kering dan sejuk beku. Dan banyak lagi aktiviti ekonomi dan keugamaan yang dilakukan oleh mereka. Sungguh kagum melihat kesungguhan dan ketaatan mereka walau hidup tanpa bantuan.
Mereka begitu gembira apabila melihat umat Islam dari negara lain. Kami disambut mesra apabila ke masjid ataupun dimana-mana berjumpa dengan mereka. Bila berjumpa mereka terasa persaudaraan sesama Islam adalah erat sekali. Malu juga bila memikirkan bagaimanakah kita ini umat Islam yang hidup di negara yang kita menjadi majoriti, bukankah kita seharusnya menjadi lebih maju lagi dari mereka?



Copy and paste: 15/4/2021 @ 3 Ramadhan 1442H: 7.48 am

No comments:

Post a Comment