ZULHEIMY MAAMOR

Thursday, 15 April 2021

DOKUMENTARI SUNGAI BATU

SUMBER: SUNGAI BATU TAMADUN TERAWAL ASIA TENGGARA

Alhamdulillah, terdapat maklumat baharu yang kami terima dari pengkaji sejarah yang turut meminati sejarah di Sungai Batu mengenai tamadun ini pada masa yang lalu melalui dokumentari yang akan ditayangkan pada hujung tahun ini. Maklumat ini kami merujuk dari prof dahulu untuk pengesahan. Dibawah admin akan listkan maklumat yang admin baru terima :
1. Menjumpai rekod Sungai Batu kini berusia 3,000 tahun atau mungkin menghampiri 1,000 SM yang mana kita ketahui usia Sungai Batu kini adalah 788 SM bersamaan 2,700 tahun. Kita juga sedia maklum bahawa Prof Dato’ Dr. Mokhtar Saidin pernah memberitahu bahawa usia Sungai Batu mungkin akan mencapai sehingga 1,000 SEBELUM MASEHI. Ini sebuah rekod baharu yang belum rasmi kerana belum dijumpai artifak yang dapat mengesahkan dengan lebih tepat dan terperinci memandangkan terdapat 40 tapak yang belum dibuka akibat kekangan dana penyelidikan dan kekurangan kakitangan ekskavasi di Tapak Sungai Batu.
2. Sungai Batu kini mendapat maklumat baharu sebagai ANCIENT WORLD TRADE CENTRE pada masanya sehingga terdapat di dalam cacatan lama di luar negara mengenai Sungai Batu, Kedah Tua itu sendiri. Jika sebelum ini Prof memberi maklumat bahawa Sungai Batu sebagai IRON SMELTING OF THE WORLD yang bermaksud besi dari Sungai Batu diangkut ke luar negara seperti di Eropah dan China sebagainya sebagai bahan dan barang persenjataan. Umum memgetahui bahawa Pedang Qalai Rasulullah juga turut diambil dari sini dan ditempa ke Sri Langka dan sebagainya.
3. Maklumat baharu yang kami terima juga, besi dari Angkor Wat juga diambil dari Sungai Batu sebagai temboh pertahanan negara kerana kualiti besi dari Sungai Batu itu sendiri adalah antara 3 terbaik di dunia. Ini bermaksud besi dari Sungai Batu bukan sahaja di ambil ke luar negara seperi di Eropah, Arab dan China sahaja malah dari benua yang sama iaitu Asia Tenggara itu sendiri.
4. Sungai Batu atau Kedah Tua sendiri mempunyai hubung kait yang sangat rapat dengan Kerajaan Funan.
5. Angkor Wat adalah pusat laluan perdagangan antara China dan India.
6. Teknologi peleburan besi di Sungai Batu adalah teknologi terakhir yang dijumpai yang berhubung dengan tamadun dunia yang lain dari awal zaman sehingga di akhir zamannya.
7. Besi dari Sungai Batu telah diambil untuk dijadikan senjata untuk peperangan kepada tamadun luar yang lain dan sebagai struktur tembok untuk kuatkan struktur-struktur bangunan batu seperti di Angkor Wat.
8. Pakar-pakar sejarah bersepakat bahawa besi dari Sungai Batu adalah antara yang terbaik didunia ketika itu di zaman kegemilangan peleburan di Sungai Batu tersebut.
9. Kualiti besi dari Sungai Batu adalah tahap global maka tidak hairanlah Sungai Batu digelar Pusat Besi Dunia. Ini dibuktikan lagi dengan penemuan longgokan TUYERE yang berjumlah 2 JUTA dalam satu tapak yang sama.
10. Penemuan relau-relau sehingga ke Ulu Muda membuktikan betapa luasnya industri besi di Tamadun Sungai Batu, Kedah Tua itu sendiri.
11. Sungai Batu adalah tahap sebuah bandaraya yang besar ketika zamannya itu bagaikan Metropolitan Kuala Lumpur ketika ini pada zaman moden sekarang.
Ini adalah bukti bahawa Sungai Batu bukan biasa-biasa penemuannya di Lembah Bujang, Kedah. Terdapat 40 tapak lebih masih belum dibuka akibat kekangan dana penyelidik dan kekurangan tenaga kerja untuk ekskavasi di tapak memyebabkan kerja-kerja penggalian mengambil masa dengan SOP yang diselaraskan oleh kerajaan.
Apapun sama-samalah kita tunggu dokumentari yang kemungkinan akan membuka mata masyarakat, pemimpin dan pemerintah akan kepentingannya pada sejarah negara seperti yang telah dilakukan oleh negara seberang seperti Thailand dan Indonesia.

Copy and paste: 15/4/2021 @ 3 Ramadhan 1442H: 8.01 am

No comments:

Post a Comment