ZULHEIMY MAAMOR

Friday, 12 February 2021

PEDANG QALA'AH

SUMBER: SUNGAI BATU TAMADUN TERAWAL ASIA TENGGARA

Kata-kata Nabi adalah Hadith...!
update : 11 Feb 2021 / 20:30
Kami amat teruja dengan komen dan pandangan pembaca. Maaf sebab tidak dapat membalas setiap komen, jadi kami terangkan secara umum.
Penyelidik pertama yang menemukan kaitan petikan Hadith tersebut dengan Kalah ialah Professor Syed Quratullah Fatimi yang menulis didalam kertas kajiannya, pada tabun 1964, MALAYSIAN WEAPON IN ARABIC LITERATURE: A GLIMPSE OF EARLY TRADE IN THE INDIAN OCEAN. Beliau adalah penyelidik tersohor yang banyak menulis tentang dunia Islam Asia Tenggara. Kajian beliau banyak menjadi rujukan ilmuwan tersohor terkini.
Beliau memetik ungkapan سيوفيناقلعيه yang beliau terjemahkan "Our swords are from Qala'ah". Peristiwanya berkisar pengusiran Bani Qaynuqa', tahun ke 2 Hijrah. Rujukan Hadith itu beliau ambil ialah dari kitab ALNIHAYAH FIL GHARIB AL HADITH WA'AL ATHAR karya IBNU AL ATHIR (1150 - 1220 Masihi). Kitab ini boleh didapati di pasaran.
Dengan keyakinan kami terhadap kewibawaan ilmiah kedua-dua tokoh dan karya mereka, kami tidak ragu tentang kewujudan Hadith tersebut.
Bagi mereka yang ingin mendapatkan sanadnya, boleh rujuk pada kitab Ibnu al Athir tersebut. Bagi mereka yang tiada keraguan dengan tulisan kami, terimakasih diucapkan. Bagi mereka yang meragui atau menafikan Hadith tersebut, juga sila rujuk kitab tersebut.
Tanggungjawab kami ialah menyampaikan maklumat dari pelbagai sumber yang sahih dan kami yakini kewibawaan dan integritinya. Jadi kami bertanggungjawab terhadap penulisan kami.
Bagi mereka yang memiliki kitab tersebut, sila kongsikan tentang Hadith tersebut di Page ini. Sepengetahuan kami kitab tersebut hanya berbahasa Arab.Jika ada terjemahan, sila khabarkan untuk manfaat kita semua.
Sebagai tambahan, kami.dapati masih ramai yang agak keliru tentang peranan dan lokasi Q/Kalah dalam konteks industri besi dan pedang. Agak memeranjatkan kerana kami telah membawa subjek pedang, besi, Kalah, Qalah, Qalai kerap kali dalam page BM dan BI. Mungkin kami kena kerap lagi membicarakan tentang subjek tersebut. InshaAllah.

Copy and paste: 12 Februaru 2021 @ 30 Jamadilakhir 1442H: 7.44 am
(HAPPY CHINESE YEAR)

No comments:

Post a Comment