ZULHEIMY MAAMOR

Thursday, 14 January 2021

Nama Selat Melaka Sebelum 'Selat Melaka'

SUMBER: FB SRIKANDI


Sebelum nama Selat Melaka yang digunakan secara meluas pada hari ini, nama asalnya ialah LAUT MELAYU.
Laut Melayu merangkumi Selat Melaka, kawasan perairan antara pantai timur Sumatera, selatan Borneo dan utara Jawa sehingga perairan antara pantai timur semenanjung hingga ke pantai barat Borneo.
Nama 'Laut Melayu' ini atau 'Sea of Malayu' muncul pada karya Ibn Khordadbeh, seorang ahli geografi dan birokrat Parsi yang ditulis pada abad ke-9 Masehi.
Manuel Godinho de Erédia, seorang penulis dan kartografer Portugis (sesetengah sumber menyatakan kacukan Melayu-Portugis) telah menulis sekitar 1613 Masehi tentang 'Malayo Sea/Malyo Sea/Malayu Sea', yang mana merujuk kepada perairan di antara semenanjung dan Sumatera yang mana ini jelas merujuk kepada Selat Melaka pada hari ini.
Terdapat satu peta Eropah tahun 1821 Masehi yang mencatatkan tentang 'Malayan Sea' yakni perairan di antara pantai timur semenanjung dan pantai barat Borneo itu yang hari ini dikenali sebagai Laut China Selatan (punyala jauh Negeri China sana tuh).
Menamakan laut-laut ini mengikut sumber sejarah tempatan adalah SANGAT PENTING sebab ini boleh membuktikan bahawa nenek moyang kita pernah menguasai atau biasa menggunakan perairan tersebut. Inilah 'ilmu ghaib' yang diamalkan oleh China yang nantinya akan digunakan dalam apa-apa dokumentasi permbuktian menuntut wilayah tertentu. Ini diikuti oleh Filipina, Vietnam dan Indonesia sekadar menamakan beberapa contoh, di mana mereka menamakan perairan tertentu dengan nama yang dipilih dan digunakan oleh mereka. Dari 'pertempuran menamakan perairan' ini saja banyak rahsia dan pelajaran yang boleh dijadikan iktibar.
Kalau kita lembek dan lengai...maka suatu hari nanti orang akan menjajah tanah-tanah atau wilayah-wilayah kita hanya dengan bersenjatakan nama-nama sahaja.
Ingat tu.
~Srikandi
For Justice in History
Kombo Semberani + Raksa: https://bit.ly/3hz1UTV

Laut Melayu
Terdapat artifak-artifak arkeologi terutamanya pelbagai barangan tembikar yang berusia sekurang-kurangnya 2000 tahun yang lampau, yang mana ia menampilkan satu keseragaman gaya atau boleh dikatakan menampilkan IDENTITI tertentu di pesisir pantai semenanjung, pantai timur Sumatera dan pantai barat Borneo, yang mana para sejarahwan menyebutnya sebagai "Sea of Malayu" (Laut Melayu).
Rujukan pertama untuk 'Laut Melayu' adalah dari dokumen Arab bertarikh sekitar 1000 Masehi (ada pendapat dari abad ke-9 Masehi), yang menyatakan bahawa para pengembara apabila "mencapai Laut Melayu, maka sedang menghampiri kawasan China". Walaupun lokasi Laut Melayu tidak dinyatakan, amalan memberikan nama laut berdasarkan masyarakat yang dominan di sekitar pesisirnya menunjukkan bahawa perairan ini pasti merupakan Selat Melaka, di mana umum mengetahui bahawa orang Melayu boleh ditemui kedua-dua pesisir Semenanjung dan Sumatera.
Ini jelas dalam satu-satunya rujukan lain yang diketahui mengenai penggunaan nama ini, yang terdapat dalam Description of Malacca, Meridional India and Cathay yang ditulis pada tahun 1613 oleh Emanuel Godinho de Eredia, seorang Jesuit Eurasia yang dilahirkan di Melaka ketika pentadbiran Portugis.
Eredia merujuk kepada Laut Melayu sebagai 'laut yang dikelilingi dua daratan antara daratan Ujong Tana (Semenanjung Tanah Melayu) dan Sumatera. Beliau jelas merujuk kepada Selat Melaka.
~Srikandi
some secret known by his name

Copy and paste:
14/1/2021: 2 Jamadilakhir 1442H: 10.15 pm

No comments:

Post a Comment