ZULHEIMY MAAMOR

Thursday, 14 January 2021

Kes-kes 'Klaim' & Buta Sejarah Yang Dikitar Semula

SUMBER: FB SRIKANDI

Isu-isu buta sejarah akan dikitar semula, dikitar lagi sampai orang Melayu lupa cara nak jawabnya, akhirnya percaya bulat-bulat tak kira betapa hebat zaman internet sampai nak capai internet kuantum bagai ni.
Pertama, isu 'Barr Chin' yang timbul balik katanya Siti Kasim yang up balik benda ni. Jadi berpusu-pusu dalam pm dan emel tanya isu ni sejak seminggu dua ni. Srikandi tanya mereka semua ni, kenapa tanya Srikandi, tanya la pakar sejarah lain, atau page-page sejarah lain.
Jawapannya, sama ada krik...krik atau jawab tak tau. Ada pulak page sejarah yang jawab: mungkin benar, dan seterusnya bagi pendapat pegawai British bla...bla...
Kes 'Barr Chin' ni secara ringkasnya, seorang penulis menggunakan nama Micheal Chick telah mendakwa bahawa ada 'peta Arab' lama labelkan semenanjung Tanah Melayu ni sebagai 'Barr Chin' atau 'Tanah Cina'. Kes ni lama dah, seingat Srikandi zaman Pak Lah jadi perdana menteri dulu. Ia dikongsikan dalam blog Lim Kit Siang.
Jawapan mudah je. Peta tu takde. Orang ni kelentong kata peta tu seolah-olah ada. Dalam blog asal, dia hanya letakkan peta Eropah sahaja bukan peta Arab sebagaimana yang didakwa. Dah diminta peta tu tapi dia tak layan. Tak boleh nak tunjukkan.
Isu ni ada Srikandi jawab panjang lebar dalam buku Kursani Segenap Bimasakti bawah tajuk "Peta Barr Chin?" halaman 248.
Boleh dapatkan di sini---> https://bit.ly/3mldEfl
Isu lagi satu pasal ada orang India marah-marah depan candi dalam satu video. Asyik mengulang-ulang nama Rajendra Chola. Kononnya Lembah Bujang tu Rajendra Chola punya bukan orang Melayu purba yang punya tamadun, bukan Srivijaya atau apa-apa berkaitan orang Melayu. Srikandi dah banyak kali sebut bahawa Srivijaya itu sendiri wujud lebih 200 tahun sebelum dinasti imperial Chola yang bermula pada abad ke-9 Masehi apatah lagi masa tu Rajendra Chola masih di alam roh lagi, tak wujud dalam dunia ni. Malah Vijayalaya raja pertama dinasti Chola pun masih di alam roh!
Apatah lagi nak cerita tamadun Langkasuka dan Kedah Tua, makinlah tak relevan nak sebut nama Rajendra Chola di Lembah Bujang. Rajendra Chola ni takde kaitan langsung dengan candi-candi di Lembah Bujang. Nothing. Kajian di situ dah dilakukan lama oleh pakar-pakar sejarah malah Teori Indianisasi telah ditolak kerana sifat candi-candi di sana adalah lebih kepada buatan penduduk tempatan dalam menyediakan kemudahan kepada pedagang asing dan bukannya dibina oleh orang asing kerana ciri-ciri binaannya yang ringkas dan tidak seperti di India. Tapi Srikandi tahu mereka ni tak terima kajian pakar-pakar arkeologi dari USM tu. Ini maksudnya mereka ni mengalami 'denial syndrome'. Mereka nakkan cerita fantasi mereka saja diterima.
Tak payah takut orang gertak-gertak macam tu. Srikandi tengok apabende penemuan pun takde. Hanya marah-marah je.
Betapa hebatnya sejarah Melayu ini sampaikan dituntut oleh mereka ini. Sebenarnya, mereka sangap menuntut sejarah Melayu sebab mereka nakkan keabsahan lebih jauh dari segi politik, hak keistimewaan, faedah-faedah ekonomi dan pemilikan tanah lebih dari apa yang mereka dapat sebagai warganegara Malaysia. Kalau boleh hak keistimewaan Melayu-Bumiputra itu mereka nak untuk kepentingan mereka sendiri, atau mereka nak hapuskan sebab semua apa yang termaktub sebagai hak Melayu-Bumiputra di dalam perlembagaan itu berdasarkan sejarah pribumi di tanahair ini.
~Srikandi
fight for your history

Copy and paste:
14/1/2021: 2 Jamadilakhir 1442H: 10.24 am

No comments:

Post a Comment