ZULHEIMY MAAMOR

Wednesday, 2 December 2020

KENANGAN BERSOLAT DI MASJID-MASJID LUAR NEGARA

MASJID SUNAN AMPEL, SURABAYA
Masjid itu sendiri merupakan masjid terbesar kedua di Surabaya yang dibangun oleh Raden Achmad beserta pengiikutnya pada tahun 1421 M. Di masjid ini Anda bisa melihat bangunan dengan gaya arsitektur jawa kuno dan nuansa arab islami yang sangat lekat. Tampak juga lima Gapuro (Pintu Gerbang) yang merupakan simbol dari Rukun Islam.
Di antara tempat menarik yang boleh dikunjungi ialah Makam Sunan Ampel atau Makam Raden Achmad Rachmatulloh berada di sebelah kanan depan Masjid Sunan Ampel, yang wafat pada tahun 1481. Beliau dikenal sebagai seorang yang pandai dengan ilmu-ilmu agama, beliau dipercaya Raja Majapahit untuk berdakwah dan menyebarkan agama Islam di Surabaya (dulu namanya Ampel Dento).



MASJID DI REPUBLIK OF MALDIVES
Masjid Al-Sultan Muhammad Thakurufaanu Al-Azam dibuka pada tahun 1984 oleh Maumoon Abdul Gayoom.
Masjid ini dinamakan sempena nama seorang Pemerintah dan juga Pahlawan Maldive iaitu Al-Sultan Muhammad Thakurufaanu Al-Azam.
Islam di Maldives dinyatakan dalam sejarah bermula apabila Raja Buddha yang terakhir di Maldives bernama Dhovemi memeluk agama Islam pada tahun 1153.
Sejak dari itu agama Islam mula berkembang di Republik of Maldives sehingga kini majoriti penduduknya adalah beragama Islam.



MASJID FUYOU LU, SHANGHAI
Di belakang Yu Gardens, di daerah Huangpu di pusat Kota Shanghai, terletak Fuyou Road mosque salah satu masjid tertua yang dibangun pada 1870 oleh Dinasti Qing dizaman Maharaja Tongzhi. Ia juga dikenali dengan nama Masjid Utara.
Jemaah muslim Nanjing Hui adalah mereka yang membangun masjid tersebut ketika bermigrasi ke Shanghai. Ketika itu, masjid adalah pusat kehidupan budaya jemaah tersebut. Pada awal 1900-an, masjid tersebut dijadikan markas bagi sekolah dasar, Dewan Direksi Islam Shanghai dan Masyarakat Bisnis Muslim.


FENG HUANG MOSQUE, HANGZHOU, CHINA
Zhen-Jiao Si (Mosque of the True Religion), juga dikenali sebagai Feng-Huang Si (Masjid Phoenix) terletak di Zhongshan Road di Hangzhou, Zhejiang Province, dipercayai telah dibina pada zaman pemerintahan Dinasti Tang (618-907). Ia adalah antara 4 masjid lama China yang terbesar (tiga lagi adalah Masjid Xianhe di Yangzhou, Masjid Qingjing di Quanzhou dan Masjid Huaisheng di Guangzhou)
Masjid ini mempunyai sejarah yang panjang dan ia telah dibina semula dan diubahsuai beberapa kali sepanjang zaman. Masjid ini telah dimusnahkan di zman Pemerintahan Dinasti Song (960-1279). Pada tahun 1281, di zaman Dinasti Yuan (1206-1368), seorang China Muslim yang terkenal di zaman itu bernama LaoDing telah membina semula masjid ini. Dan semasa pemerintahan Dinasti Ming (1368-1644), disekitar tahun 1451 hingga 1493, masjid dibina dan diperbesarkan. Pada tahun 1646, kerajaan Dinasti Qing (1644-1912) mengarahkan supaya ianya dibina semula.
Ia adalah jauh lebih kecil daripada binaan yang asal, kerana projek melebarkan jalan pada tahun 1929, dan ia sebahagiannya dibina semula pada tahun 1953.



MASJID KOWLOON, HONG KONG
Masjid Kowloon & Pusat Islam Hong Kong adalah salah satu dari 4 masjid utama di Hong Kong. Terletak di antara Nathan Road and Haiphong Road, Masjid ini mampu menampung sehingga kira-kira 2000 orang jemaah.
Masjid ini dibina pada tahun 1896 untuk kemudahan solat bagi Tentera India Muslim yang berkhidmat dengan British Army. Tapak asal masjid ini adalah terletak di tapak Balai Polis Tsim Sha Tsui sekarang. Masjid yang ada sekarang siap dibina pada tahun 1984 di Nathan Road bagi menggantikan masjid yang lama yang mengalami kerosakan struktur yang agak teruk akibat pembinaan Mass Transit Railway. Masjid ini dibina semula hasil sumbangan umat Islam Hong Kong dan juga dari hasil dari wang pampasan yang dibayar oleh Mass Transit Railway Corporation kerana kerosakan Masjid asal berpunca dari pembinaan MRT di Hong Kong.

MASJID HUAISHENG, GUANGZHOU, CHINA
Masjid Huaisheng beralamat di 56 Guangta Road juga dikenali dengan nama Masjid Rumah Api adalah masjid utama di Guangzhou. Ia adalah merupakan masjid yang tertua dan yang pertama dibina di Negara China lebih kurang 1300 tahun.
Dalam catatan sejarah Negara China dan juga Manuskrip lama Muslim di China, dicatatkan bahawa masjid ini dibina pada tahun 627M oleh salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang bernama Saad bin Abi Waqqas (salah seorang dari 10 sahabat yang dijanjikan syurga). Kebanyakan sejarahwan China mengakui bahawa Orang Islam telah sampai ke China pada abad ke 7 Masehi.
Masjid Huaisheng dibina ketika zaman Dinasti Tang. Masjid ini kemudian dibina semula pada tahun 1350M ketika zaman Dinasti Yuan dan sekali lagi pada 1695M ketika pemerintahan Dinasti Qing setelah musnah dalam kebakaran.



MASJIID XIANXIAN, GUANGZHOU, CHINA
Masjid Xianxian (Masjid As Shahbi Abi Waqqas) asalnya dibina dizaman Dinasti Tang dan kemudian dibina semula dizaman Dinasti Ming. Tiada info mengenai masjid ini yang saya temui.
Di masjid ini dikatakan terdapat maqam Saad bin Abi Waqqas, iaitu sahabat Rasulullah s.a.w (antara 10 yang dijamin syurga).
Terdapat banyak pendapat mengenai adakah Saad bin Abi Waqqas dimakamkan disini.
Namun yang paling sahih (berdasarkan hadis Rasulullah s.aw.) dalam kitab Imam Malik, Saad bin Abi Waqqas meninggal dunia di Madinah dan dikebumikan di Perkuburan Baqi.





CHONGSHAN ROAD MOSQUE, GUILIN, CHINA
Masjid ChongShan dibina pada tahun 1735, tahun ke 13 pemerintah Maharaja Yongzheng. Masjid ini telah diperbesarkan pada tahun 1849 dizaman pemerintahan Maharaja Jianqing, manakala pembaikpulihan masjid ini dibuat pada zaman Maharaja Daoguang (1821-1850) dan juga selepas pembentuk Republik Rakyat China (1912-1949).
Pada masa kini, Masjid ini meliputi kawasan seluas 2000 meter persegi.



MASJID MADIAN, BEIJING
Masjid Madian terletak di Madian South Street dalam daerah Haidian di Beijing. Masjid ini dibina oleh Maharaja Kangxi dari Dinasti Qing lebih kurang 300 tahun yang lalu.
Masjid ini telah disenaraikan sebagai salah satu dari tapak peninggalan budaya yang utama dibawah Perlindungan Peringkat Negeri di Beijing.



MASJID NIU JIE, BEIJING
Masjid Niu Jie adalah merupakan masjid tertua di Beijing yang di bina pada tahun 996M di zaman Dinasti Liao. Masjid ini kemudian dibaikpulih dan diperbesarkan oleh Maharaja Kangxi dari Dinasti Qing.
Pada tahun 1215, masjid ini telah dimusnahkan oleh tentera Mongol dibawah Genghis Khan, namun ianya telah dibina semula pada tahun 1443 di zaman Dinasti Ming (1368-1644).
Masjid ini terletak di Niujie dalam daerah Xicheng di Beijing. Dianggarkan lebih kurang 10,000 orang Muslim Cina menetap di daerah ini.

RUJUK:




MASJID QUBA, MADINAH
Masjid Quba adalah masjid pertama yang dibina dalam sejarah Islam yang diasaskan atas dasar takwa dan iman yang padu. Ia dibina setelah Nabi s.a.w berhijrah dari Mekkah ke Madinah. Pada hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 September 622 Masihi Rasulullah s.a.w bersama Saidina Abu Bakar as Siddiq tiba di perkampungan Bani Amru ibn Auf, 3 kilometer dari kota Madinah dan membina masjid yang pertama di Madinah ini. Nama Quba diambil daripada nama sebuah telaga yang berada di tempat itu. Masjid ini disebut dalam al-Quran dengan nama Masjid At-Taqwa.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda mengenai masjid ini:
"Barangsiapa telah berwudhu dirumahnya kemudian ia berkunjung ke Masjid Quba, lalu ia mengerjakan solat maka ia akan mendapat pahalanya seperti pahala mengerjakan umrah."
Bagaimanapun masjid yang ada sekarang ini bukanlah masjid asal yang dibina oleh Rasulullah s.a.w. Masjid yang baru ini adalah hasil sentuhan arkitek Mesir, Abdel Wahed El Wakil yang siap dibina pada tahun 1986.



MASJID NABAWI, MADINAH
Masjid Nabawi asalnya dibina oleh Nabi Muhammad s.a.w merupakan masjid kedua tersuci dan terbesar di dunia setelah Masjidil Haram. Rasulullah s.a.w besabda, "Satu waktu solat di masjidku adalah lebih baik dari mengerjakan solat sebanyak seribu kali di masjid lain kecuali Masjidil Haram."
Masjid Nabawi dibina buat pertama kalinya pada bulan Rabiulawal tahun pertama Hijrah (622M), iaitu pada hari kedua setibanya Rasulullah s.a.w. di Kota Madinah.
Keluasan asalnya ketika itu adalah kira-kira 35m x 30m = 1050m persegi dan 2.9m tinggi. Tiangnya diperbuat daripada batang tamar, disimen dengan tanah liat. Kemudian pembesaran Masjid Nabawi dilakukan oleh beberapa orang khalifah-khalifah Islam selepas itu sehinggalah kepada apa yang kita lihat hari ini.



MASJIDILHARAM, MEKKAH
Masjidil Haram adalah Masjid terbesar di dunia, terletak di Kota Mekkah yang dikelilingi dengan bukit bukau. Binaan kaabah yang merupakan qiblat umat Islam terletak di Masjid al-Haram.
Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Imran ayat 96 yang bermaksud,"Sesungguhnya rumah ibadah yang pertama kali dibangun untuk manusia adalah Baitullah yang ada di Mekah yang diberkati dan menjadi petunjuk bagi manusia."
Pahala bersolat di Masjidilharam 100,000 kali berbanding dengan solat di tempat-tempat lain.
Perkataan "Masjidilharam" disebut sebanyak 15 kali dalam al-Quran.




Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, KL
2/12/2020 @ 16 Rabiulakhir 1442H : 2.45 pm














No comments:

Post a Comment