ZULHEIMY MAAMOR

Wednesday, 2 December 2020

JAMBATAN ADAM - RAHSIA ALAM YANG TERHIJAB OLEH MAHA PENCIPTA

Oleh Daeng Zariman

Misteri Jambatan Luar Biasa Hubung India dan Sri Lanka Di antara kedua negara tersebut iaitu India dan Sri Lanka terdapat satu objek yang menyimpan misteri yang tersendiri, bukan saja penduduk 2 negara tersebut malah ahli arkeologi yang mengkaji benda ni.
Dikenali sebagai jambatan Adam atau nama lainnya disebut sebagai jambatan Rama merupakan kawasan dimana satu keadaan pasir berkumpul atau dikenali sebagai 'Sand Bank'.
Jambatan ini mengikut kajian sains yang terperinci, dikatakan terbina dari batu kapur atau terumbu karang disebabkan laluan disitu agak cetek, dikatakan melalui catatan kuil, jambatan ini berada di atas paras laut dan manusia dapat merentasi lautan sehingga ke Sri Lanka pada abad ke 15.
Pada 1480, dikatakan satu ribut siklon yang menghentam kawasan ini dan menyebabkan jambatan yang ada rosak dan tidak lagi boleh dilalui.
Jambatan yang menghubungkan diantara 2 buah negara ini sepanjang 48 kilometer, di India lokasi nya terletak di Tamil Nadu dan di Sri Lanka terletak di Pulau Mannar.
Mengikut pengkaji agama islam dan kristian, Nabi Adam diturunkan di Sri Lanka dan kemudianya berusaha mencari Hawa selepas mereka dikeluarkan dari syurga kerana memakan buah terlarang.
Kawasan ini mendapat nama Jambatan Adam apabila seorang pemeta dari British menandakan kawasan ini sebagai Adam's Bridge sekitar tahun 1804.
Namun dalam agama Hindu, cerita berkaitan dengan jambatan ini agak lebih jelas diceritakan bagaimana jambatan ini dibina dan kenapa ia dibina.
Dalam hikayat Ramayana, Tuhan Rama telah mengarahkan Vanara iaitu askar monyet untuk menyiapkan jambatan yang akan membolehkan dia ke Sri Lanka.
2 jurutera yang ditugaskan ketika itu disebut sebagai Nala dan Neel, malah ada juga penduduk tempatan yang memanggil jambatan ini sebagai Nala Setu.
Tujuannya hanya satu, untuk menyelamatkan isterinya yang telah diculik oleh Raja Rakhsasa yang bernama Ravana. Jambatan ini boleh dilihat dari angkasa lepas kerana panjangnya jambatan buatan ni.
Saintis yang membuat kajian tentang usia jambatan ini melalui keadah carbon dating 14 mendapati usia cerita dan jambatan tersebut masuk akal, iaitu kira kira 7000 tahun dahulu.
Malah batu yang diletakkan diatas pasir tersebut berusia 7000 tahun manakala pasir yang berada dibawah berusia 4000 tahun, masih menjadi misteri bagaimana batu yang jauh lebih tua berada dikawasan tersebut.
Diceritakan juga monyet membuat jambatan ini dengan menggunakan batu terapung, memang wujud batu terapung ni. Sebut batu kita tahu batu akan tenggelam tapi disebabkan oleh lubang yang banyak pada batu tersebut maka memboleh batu tu terapung didalam air.
Batu terapung tersebut merupakan batuan jenis pumis yang banyak dikawasan gunung berapi,cuma apa yang peliknya bagaimana batuan pumis ini boleh ada.
Sumber artikel #BEJOHN
Credit The MAJOR

Copy and paste from Facebook: 2/12/2020 @ 16 Rabiulakhir 1442H: 6.04 pm

No comments:

Post a Comment