ZULHEIMY MAAMOR

Wednesday, 2 December 2020

ALLAH FORCE ME TO BE A MUSLIM!

Source: FB Firdaus Wong Wai Hung

Alhamdulilah. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar..

Sebentar tadi, Bob Chiam, seorang bekas ahli perniagaan beragama Kristian telah mengucapkan dua kalimah syahadah dan memeluk Islam. Alhamdulilah.

Beliau melalui beberapa fasa kehidupan. Dari beragama tradisional Cina kepada Protestan dan kemudian ke Katolik dan kini kembali ke agama fitrah, Islam. Beliau telah menjadi jutawan pada usia 20an sehinggalah ke lewat 40an tetapi telah diuji oleh Allah dengan jatuhnya perniagaan beliau.

Beberapa kali beliau menitiskan airmata ketika berkongsi dengan saya keperitannya mencari kebenaran. Beliau juga menceritakan kepada saya bagaimana kehadirannya di masjid dan surau disambut dingin dan tidak dihiraukan. Sehingga suatu tahap dia memberitahu kepada saya;

“I’ve been praying to Jesus and it took me 30 years to realise that Jesus IS NOT GOD! If I have known someone like you 30 years ago, I dont have to waste 30 years of my life to pray to Jesus who is just human, a Prophet of God but to pray to Allah.”

(Saya telah menyembah Jesus dan saya mengambil masa 30 tahun untuk sedar bahawa Jesus BUKANNYA TUHAN! Jikalau saya kenal seseorang seperti kamu 30 tahun lepas, tidak perlulah saya membazir 30 tahun hidup saya menyembah Jesus yang hanyalah seorang Nabi tetapi menyembah Allah.)

Bab yang paling menyentuh hati saya apabila sebelum mengucapkan syahadah, kebiasaanya saya akan bertanya; “Did anyone force you to be a Muslim?” & tanpa teragak-agak beliau menjawab. “YES! I was force to be a Muslim.”

Terperanjat saya mendengar jawapannya lalu saya bertanya; “Who force you to be a Muslim?”. Dengan yakin beliau menjawab;

“ALLAH. IT IS ALLAH WHO FORCE ME TO BE A MUSLIM. I CANNOT RESIST THE TRUTH FROM ALLAH.” (Allah. Allah yang memaksa saya memeluk Islam. Saya tidak boleh menolak kebenaran dari Allah)

Seusai mengucapkan dua kalimah syahadah, lantas Bob mengucapkan Alhamdulilah berulang kali. Dia terus memberitahu kepada kami,

“Now I want to learn how to pray the right way. I want to worship Allah only. Thank you Allah for guiding me back.” (Sekarang saya mahu belajar bagaimana sembahyang dengan cara yang betul. Saya hanya mahu menyembah Allah. Terima kasih Alah kerana memimpin saya kembali.)

Alhamdulilah. Allahuakbar. Beliau berjanji mahu hadir ke MRM 3-4 kali seminggu untuk belajar tentang agama Islam. Beliau ingin menebus kembali kesilapan silamnya yang tidak bersyukur dan menyembah Penciptanya.

Welcome back to Islam, Bob Abdullah Chiam. 


Copy and paste from Facebook
2/12/2020 @ 16 Rabiulakhir 1442H: 5.52 pm


No comments:

Post a Comment