ZULHEIMY MAAMOR

Thursday, 3 December 2020

๐˜ฟ๐™ž๐™ฃ๐™–๐™จ๐™ฉ๐™ž ๐™ˆ๐™ž๐™ฃ๐™œ ๐™ฉ๐™š๐™ง๐™–๐™ฌ๐™–๐™ก ๐™ข๐™š๐™ฃ๐™œ๐™ช๐™–๐™จ๐™–๐™ž ๐˜ฝ๐™–๐™๐™–๐™จ๐™– ๐™ˆ๐™š๐™ก๐™–๐™ฎ๐™ช, ๐™™๐™–๐™ฃ ๐™—๐™ช๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™ˆ๐™š๐™ก๐™–๐™ ๐™– ๐™—๐™š๐™ก๐™–๐™Ÿ๐™–๐™ง ๐˜ฝ๐™–๐™๐™–๐™จ๐™– ๐˜พ๐™ž๐™ฃ๐™– ๐™™๐™ช๐™ก๐™ช?

Sumber: FB Legasi Zheng He

Hubungan diplomatik Kesultanan Melaka dengan Dinasti Ming bermula apabila Maharaja Yongle mengiktiraf Parameswara sebagai Raja Melaka pada 3 Oktober 1405.¹ 2 tahun kemudian, Maharaja Yongle menitahkan sebuah Balai Bahasa-Bahasa Asing bernama Siyi Guan (ๅ››ๅคท้ฆ†) ditubuhkan demi melancarkan komunikasi titah dan watikah antara China dengan negara-negara yang setia mempersembahkan ufti kepadanya.²
Di antara jawatankuasa-jawatankuasa dalam Siyi Guan, tertubuhnya Balai Melaka (ๆปกๅ‰ŒๅŠ ้ฆ†), yakni balai untuk menterjermah Bahasa Melaka yang kita faham sekarang sebagai Bahasa Melayu. Biau benau, Raja Cina nak orangnya fasih Bahasa Melayu? Nak tambah kejutan, Siyi Guan siap terbitkan lagi sebuah kamus Bahasa Melayu untuk mengukuhkan pembelajaran mereka. Diberikan nama Manlajia Guo Yiyu ๆปกๅ‰ŒๅŠ ๅ›ฝ่ฏ‘่ฏญ (Kamus Terjermahan Bahasa Melaka), kamus ini merupakan warisan tinggalan Siyi Guan yang sungguh bernilai bagi rakyat Malaysia. Malah, Profesor Kong Yuanzhi ๅญ”่ฟœๅฟ— daripada Universiti Peking (ๅŒ—ไบฌๅคงๅญฆ) juga mengiktiraf hakikat ini:
"《ๆปกๅ‰ŒๅŠ ๅ›ฝ่ฏ‘่ฏญ》ไธไป…ๆ˜ฏ็ฌฌไธ€้ƒจ้ฉฌๆฅ่ฏญๆฑ‰่ฏญ่ฏๅ…ธ,ไนŸๆ˜ฏไธ–็•ŒไธŠ็ฌฌไธ€้ƒจ้ฉฌๆฅ่ฏญ่ฏๅ…ธ。"
(Kamus Bahasa Melaka bukan sahaja adalah kamus Bahasa Melayu-Cina pertama, bahkan adalah kamus Bahasa Melayu yang pertama di dunia)
Keseluruhan kandungan isinya ditulis dalam huruf Cina. Ya, bukan huruf Latin ABC kerana orang Eropah tak sampai-sampai lagi. Menariknya, setiap istilah Melayu ditransliterasikan dengan sebutan Cina, besertakan maksudnya dalam Bahasa Cina. Sebagai contoh, kitab terbitan tahun ke-19 Wanli ไธ‡ๅŽ† (1591) yang bertajuk Xian Bing Lu ๅ’ธๅฎพๅฝ• (Rekod Segala Tetamu) diselitkan beberapa contoh istilah Melayu besertakan penerangannya. Memetik ayatnya:
ๅ…ถ่ฏ‘่ฏญๅ‘ผๅคฉไธบๅฎ‰ๅ‰Œ,ๅœฐไธบๅธƒ่ฟท,ๆ—ฅไธบๅ“ˆๅˆฉ,ๆœˆไธบ่กฅ่“。
(Antara terjermahannya, langit disebut 'an-la' ๅฎ‰ๅ‰Œ, bumi disebut 'bu-mi' ๅธƒ่ฟท, bulan disebut 'bu-lan' ่กฅ่“.)³
Sayangnya, manuskrip asalnya telah hilang ditelan zaman. Namun salinan kamus ini kini dalam simpanan NGO Centre for Malaysian Chinese Studies (้ฉฌๆฅ่ฅฟไบšๅŽ็คพ็ ”็ฉถไธญๅฟƒ) di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur. Sesalinan ini juga disimpan oleh En. Yang Quee Yee ๆจ่ดต่ฐŠ, penerbit Kamus Singkatan Bahasa Melayu [Melayu-Cina] 1969. Alhamdulillฤh, para ahli Grup Cheng Ho GPTD sempat menziarahi beliau dan menyaksikan sendiri kamus tersebut, sepertimana yang telah kami sebut dalam buku kami.
Pernahkah ada orang Melayu zaman Melaka yang menguasai Bahasa Cina? Ya, ada. Ditemui dalam Rekidai Hลan (ๆญดไปฃๅฎๆกˆ), yakni "Dokumen Bernilai Turun Temurun", yang mana beberapa watikah kepada Raja Ryukyu dikarang oleh Laksamana atas arahan titah Sultan Melaka. Watikah-watikah ini semuanya dalam tulisan Cina, bertarikh tahun ke-16 Chenghua ๆˆๅŒ– (1480) dan diakhiri dengan nama darjat penukilnya iaitu Laksamana yang dieja Lรจ-zuรฒ-mรก-nรก ไนไฝœ้บปๆ‹ฟ, dan watikah lain pula dieja Lรจ-xรฌ-mรก-nรก ไน็ณป้บปๆ‹ฟ.⁴ Sama ada Laksamana itu merujuk kepada Hang Tuah ataupun sebaliknya, itu perbahasan lain ya. Memandangkan kita baru membincangkannya, admin teringat pula dalam Hikayat Hang Tuah, dikatakan bahawa beliau secara peribadi fasih bertutur banyak bahasa asing. Kata Profesor Arndt Graf, mahaguru pengajian Melayu dari Universiti Goethe, German, "Hang Tuah menguasai 12 bahasa asing. Namun, beliau masih berbahasa ibundanya, Melayu,"⁵
Mesti anda semua terfikir betapa mencabarnya bagi kita mempelajari Bahasa Cina. Namun kita seharusnya beringat-ingat. Tiada apa di dunia ini yang terlalu mencabar jika kita curahkan kesungguhan kita sepenuh jiwa raga. Begitu juga dalam kefasihan bahasa kebangsaan kita iaitu Bahasa Melayu. Kita kata tiada gunanya mempelajari Bahasa Melayu hanya kerana ia tiada nilai di dunia ekonomi mahupun sains dan teknologi. Sebenarnya tak palau pun. Admin berani kata: Ya, Bahasa Melayu tiada nilai kerana kamu sendiri enggan memberikannya nilai, bukan bahasa itu sendiri. Siapa lagi yang boleh memartabatkan lagi Bahasa Melayu jika bukan rakyat Malaysia sendiri?
Lebih 600 tahun lalu, Dinasti Ming sebagai kuasa besar dunia, gigih mempelajari Bahasa Melayu semata-mata ingin mengukuhkan hubungannya dengan Melaka yang masih lagi baru dalam kebangkitan sebagai pusat perdagangan terkemuka. Hari ini, kita pula disarankan untuk belajar Bahasa Mandarin kerana Republik Rakyat China semakin pesat berkembang sebagai kuasa besar ekonomi kedua terbesar selepas Amerika Syarikat. Tak salah, tak salah. Laksamana Melaka sendiri pun kuasainya. Namun demikian, mengapakah jarang kita dengar saranan berbanggalah bertutur dalam Bahasa Melayu DAN juga fasih dalam Bahasa Mandarin?
Sebab itulah admin dari mula lagi ingin kongsikan seluruh sejarah Laksamana Zheng He dan dinasti-dinasti China lain dalam Bahasa Melayu, kerana admin ingin menjunjung Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Agar apabila kita berbincang sejarah, kita berasa bangga berbincang dalam Bahasa Melayu, kerana sejarah Nusantara, intipatinya terkandung dalam Bahasa Melayu.

๐™‡๐™„๐™†๐™€ & ๐™Ž๐™ƒ๐˜ผ๐™๐™€
๐‘ณ๐’†๐’ˆ๐’‚๐’”๐’Š ๐’๐’‰๐’†๐’๐’ˆ ๐‘ฏ๐’† ~ ้„ญๅ’Œไน‹้บ ~ ู„ฺฌุณูŠ ฺ†ูŠฺ  ู‡ูˆ
แดกแดกแดก.า“แด€แด„แด‡ส™แดแดแด‹.แด„แดแด/สŸแด‡ษขแด€sษชแดขสœแด‡ษดษขสœแด‡

[Rujukan]
(1) Geoff Wade, translator, Southeast Asia in the Ming Shi-lu: an open access resource, Singapore: Asia Research Institute and the Singapore E-Press, National University of Singapore, http://epress.nus.edu.sg/.../yong-le/year-3-month-9-day-11, accessed October 09, 2020
(2) kitab Daming Huidian, jilid 221
《ๅคงๆ˜Žไผšๅ…ธ ๅทไน‹ไบŒ็™พไบŒๅไธ€》
(3) kitab Xian Bing Lu, jilid 6, catatan negara-negara asing selatan, bab Melaka
《ๅ’ธๅฎพๅฝ•》 ๅ—ๅคทๅฟ—ๅทๅ…ญ ๆปกๅˆบๅŠ 
(4) ๅฎ‰็„•็„ถ.ๆฑ‰้ƒฝไบšไนŸไผšๆ˜Ž็™ฝ็š„ไบ‹- ่จ€่ทฏ| | ๆ˜Ÿๆดฒ็ฝ‘Sin Chew Daily - ๆ˜Ÿๆดฒๆ—ฅๆŠฅ

No comments:

Post a Comment