ZULHEIMY MAAMOR

Friday, 27 November 2020

ROM TIMUR DAN ROM BARAT: PERGESERAN 2 KUTUB KRISTIAN

Oleh : Muhammad Hasif

Dahulu, Kerajaan Rom merupakan sebuah kerajaan Aristokrat yang sangat gemilang pada zaman antikuiti klasik (8 BC - 6 AD). Rom mempamerkan kepada dunia bagaimana sebuah kerajaan yang sangat sistematik susun atur ekonomi , ketenteraan dan pengaruh budaya barat sebelum kedatangan agama kristian.Kekuasaan mereka merentasi dari Utara England hingga ke utara sungai Nil (Mesir) . 
Berkurun lama sebuah kerajaan gergasi, yang memegang wilayah - wilayah penting ini akhirnya mencapai kemerosatan, akibat dari bebanan pentadbiran dan birokrasi.

Akhirnya kerjaan Rom yang mengalami kemerosotan terpaksa dibahagi kepada dua pentadbiran bagi  mengurangkan beban pentadbiran oleh Diocletian pada 285AD menjadi Rom barat yang populasi majoritinya  menggunakan bahasa latin ( Rom barat), manakala kembarnya di sebelah timur, populasinya menggunakan bahasa Yunani klasik sebagai pengantara yang terkenal sebagai (Empayar Byzantine).

Dalam masa yang sama, agama kristian di wilayah mediteranean (Judae, Baitulmaqdis) mula mendapat tempat dan  berkembang dengan cepat meskipun ditindas oleh penguasa - penguasa Rom terutama Diocletian.

Bagaimanapun, ini berubah dibawah pentadbiran Constantine bagi wilayah timur dan barat Rom dan membenarkan perkembangan agama kristian ini dan menjadi agama yang dominan bagi Rom itu sendiri.

Menjelang kurun ke 4, terdapat 4 gereja yang menjadi tumpuan utama yang terletak di:

1.Antioch

2. Alexandria

3. Rom

4. Constantinople

Constantinople menjadi pusat pengajian, budaya dan mereka adalah waris kepada kerajaan Rom secara keseluruhan. ini adalah kerana sekitar 476 AD, kerajaan Rom barat tumbang  hasil kemasukan dari kaum barbar dari suku Germanic yang menganuti agama kristian dan menggunakan bahasa latin.

Kebangkitan Justinian ke takhta menyaksikan bagaimana Byzantine mendapatkan kembali wilayah Rom yang tumbang kembali dalam lipatan Rom dari tangan - tangan barbar.

Kekuasaan Byzantine ini tidaklah lama, dan ia tidak dijangka oleh Byzantine dengan kemunculan kerajaan Arab islam dari bahagian jazirah (Khalifah rashidun) yang menelan hampir setengah wilayah mediteranean. Yang mana dua wilayah gereja utama kristian telah dikuasai oleh muslim (Antioch dan Alexandria) dan yang berbaki hanya Rom (latin) dan Constantinople (yunani).

Ini antara bibit - bibit awal persaingan antara dua kutub bagi mendominasi kuasa keagamaan bagi doktrin kristian (Patriarch di Constantinople dan Pope di Rom)

Kembali pada waktu kejatuhan Rom barat, Kaum nomad dan barbar Lombard mula menawan wilayah - wilayah Rom barat, tetapi kerana mereka adalah penganut kristian, mereka membiarkan Rom (ibu negara) dari menjarahnya buat masa kini. 

Byzantine melihat hasil dari pentadbiran, pengaruh spiritual dan budaya ini dapat mengekang pengaruh dari kaum germanik kristian. Selama dua dekad pope tidak berani untuk membantah keputusan raja Rom (Byzantine), bahkan untuk seorang ditabalkan menjadi pope adalah dengan kelulusan raja.

Bagaimanapun, ini tidak lama, pergeseran dan jurang yang berlaku semakin membentuk antara dua kutub krisitan ini. Pada 726 AD, Raja Leo III telah terbentuk satu gerakan 'Iconoclasm' yang telah mendapat tentangan Paus dan menjadi satu anjakan paradigma terhadap empayar Byzantine.

Dikala puak barbar Lombard yang semakin menghampiri selepas kota Ravenna ditakluki dan ibu kota Rom berasa terancaman dan pada waktu ini, Paus telah tidak menyatakan sokongan kepada Byzantine dan mula beralih ke arah barat bagi mendapat pertolongan. 

Asalnya, suku Franks datang dari arah timur iaitu suku - suku Germanik,sejurus selepas kejatuhan empayar Rom barat. Dengan pantas mereka meluaskan pengaruh dan penaklukan mereka di dalam dinasti Merovingian iaitu sebahagian besar Perancis (masa kini) yang masa yang sama mereka telah pun menganuti agama kristian latin (katolik).

Di waktu ini, raja bagi Franks adalah 'Peppin the short' ialah karekter yang mengguling kerajaan Merovingian dan membentuk dinastinya sendiri iaitu Carolingians dan kepada Peppin lah yang Paus rom meminta pertolongan bagi menghadapi Lombards dan berjaya menghalau musuh. 

Keputusan raja Peppin selepas dari kejayaan menghalau Lombards ini, telah menatijahkan kepada pembentukan satu kerajaan yang autonomi dari Ravenna hingga ke Roma dibawah pengaruh Paus. Dan kerajaan Paus ini bernaung di bawah kekuasaan dinasti Carolingians di bawah raja Peppin. Tindakan ini juga menyebabkan pergeseran lebih besar di antara katolik (rom) dan ortodok (Byzantine).

Jurang ini semakin melebar selepas muncul satu karekter (Permaisuri Irene) yang pada awalnya adalah pemangku Raja Constantine IV, yang kemudiannya menggulingkan anaknya sendiri dan mengawal keseluruhan Byzantine. Cubaan beliau bagi menamatkan polemik gerakan Iconclasm ini sepatutnya mendapat restu dari Paus, tetapi dalam waktu yang sama, Raja Franks, Charlemagne yang dalam kempennya berjaya menundukkan Saxon, dan mendapat tempat di mata Paus Leo III, telah ditabalkan sebagai Augustus, Raja rom pada 800Ad.

Situasi menang - menang  atau manfaat bersama, Augustus mendapat restu dari Paus dan Paus mendapat perlindungan yang utuh dari Augustus.

Perkara ini menggeserkan lagi jurang, kerana Paus tidak mengiktiraf wanita sebagai pemimpin, sedangkan Byzantine merasakan mereka adalah satu - satunya waris kerajaan rom yang asal. Tetapi hal ini tidak dicabar oleh permaisuri Irene, kerana tekanan dari wilayah - wilayah yang di ancam dari Arab Ghassan dan Bulgar. Dan akhirnya, Irene telah diguling oleh bangsawan dan dihalau ke Lesbos.
Dan selepas pengusiran Irene, dalam sejarah antikuiti klassik, terdapat 2 raja rom. Dan perlantikan Augustus merupakan jalan mati bagi penyatuan dua kutub ini. Hal ini dikeruhkan lagi dengan pengiktirafan Patriarch ortodok secara rasmi sebagai karekter yang setaraf dengan Paus di Byzantine.  Pergeseran ini  paling ketara adalah pada upacara ke agamaan mereka. (tidak diceritakan disini).
Pada awalnya, perbezaan antara dua kutub ini tidak menjadi masalah sehingga suku Normans, menawan bahagian selatan Itali, dan menyatakan pendirian bersama Paus dan Paus melihat ini sebagai satu tindakan bagi meluaskan pengaruhnya. Pada 1053 AD, Paus telah mengeluarkan dekri, yang gereja - gereja ortodok di semenanjung itali, perlu mengikut katolik atau mendapat tindakan penutupan.
Dan hal yang sama dibalas oleh Patriach ortodok timur. Tindakan gereja katolik seterusnya adalah satu penghinaan kepada gereja ortodok dengan wakil paus memutuskan yang ortodok timur adalah sesat dan mengeluarkan mereka dari ajaran kristian. Hal yang sama dilakukan oleh gereja ortodok dan raja Constantine IX dan menyatakan mereka tidak berpaksi kepada kekuasaan dan autoriti Paus.  

[Legasi Pemikir - LEKIR]

Copy and paste: 27/11/2020 : 11 Rabiulakhir 1442H: 8.31 am

No comments:

Post a Comment