ZULHEIMY MAAMOR

Saturday, 21 November 2020

MENGKHUSYUKKAN SOLAT

  1. Solat berjemaah
  2. Menjaga makanan dan minuman supaya halal dimakan dan diminum dan yang didapati daripada sumber yang halal. 
  3. Membanyakkan sedekah kepada fakir miskin.
  4. Jangan solat dengan menahan buang air besar atau air kecil dan selesaikan atau perkemaskan segara urusan supaya tidak timbul kebimbangan dalam solat
  5. Mengambil wuduk dengan sempurna supaya air mengena semua anggota-anggota yang wajib serta mengingat niat atau doa apakala air melaui di tiap-tiap anggota.
  6. Memakai pakaian yang bersih dan kemas seperti akan menghadap orang besar. 
  7. Solat di awal waktu
  8. Tempat sujud dipastikan supaya tidak ada gambar yang boleh mengganggu fikiran atau membimbangkan hati.
  9. Mengingati mati dan kemungkinannya solat itu yang terakhir sekali dalam hidupnya.
  10. Menyedari bahawa ia sedang berhadapan dengan Allah yang Maha Agung dan Maha Mengetahui segala rahsia hambaNya.
  11. Memenuhkan dada dengan perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah yang melihat segala gerak geri kita
  12. Memahami segala bacaan dalam solat termasuk ayat-ayat Al Quran dan segala zikir.
  13. Sebelum mengangkat takbir, membaca surah An Naam, selawat kepada Nabi s.a.w, Istighfar dan apa-apa bacaan untuk menjauhkan gangguan syaitan.
  14. Memandang ke tempat sujud dan tidak terlalu banyak menggerakkan anggota dan berpaling semasa dalam solat. 
  15. Memusatkan seluruh ingatan kepada solat
  16. Memanjangkan rukuk dan sujud.
  17. Memastikan tidak ada gangguan didalam kawasan solat. 
  18. Jangan memandang ke kiri atau ke kanan
  19. Hendaklah memandang ke tempat sujud. 

Hj Zulheimy Bin Maamor
Lembah Keramat, KL
21/11/2020 : 5 Rabiulakhir 1442H: 8.27 am

No comments:

Post a Comment