ZULHEIMY MAAMOR

Friday, 20 November 2020

BAB SOLAT : KESEMPURNAAN SOLAT

PENGERTIAN ISTILAH "SOLAT"
  1. Dari segi Bahasa ialah "Doa memohon kebajika dan pujian".
  2. Dari Segi Syarak:
    • Beberapa ucapan dan perbuatan dimulai dengan Takbir dan disudahi dengan Salam. 
    • Menghadapkan hati dan jiwa kepada Allah secara yang mendatangkan takut kepada-Nya, Serta menumbuhkan didalam jiwa rasa keagungan-Nya, kebesaran dan kesempurnaan kekuasaan-Nya. 
    • Melahirkan hajat dan keperluan kita kepada Allah yang kita sembah, dengan perkataan dan perbuatan yang dilakukan serentak. 
    • Berhadap kepada Allah dengan sepenuh jiwa, dengan keadaan khusyuk, tulus ikhlas dan dengan penyertaan hati dalam berzikir, doa dan memuji. 
ARTI MENDIRIKAN SOLAT
    1. Memelihara waktu
    2. Menyempurnakan wudhu'
    3. Kesempurnaan berdiri, rujuk , Iktidal, sujud, duduk antara sujud, duduk tasyahhud.
    4. Kesempurnaan zikir dan doa. 
    5. Sempurnakan khusyuk dan kehadiran hati. 
    6. Sempurna takut dan segala adabnya. 
    7. Mewujudkan Roh dan hakikat solat dan rupanya yang sempurna supaya tercapai hikmat dan rahsia solat. 
JALAN MENGHASILKAN KHUSYUK
  1. Menganggap dirinya berdiri di hadapan Allah s.w.t.
  2. Memahami makna bacaan dalam solat
  3. Memahami zikir-zikir yang dibaca
  4. Memanjangkan rukuk dan sujud
  5. Jangan memain-mainkan anggota badan
  6. Tetap memandang ke tempat sujud
  7. Menjauhkan diri dari segala yang membimbangkan hati
MENYEMPURNAKAN KHUSYUK DALAM SOLAT
  1. Memejamkan mata dan merendah suara
  2. Tiada berpaling ke kanan / kiri dalam solat
  3. Tenang dan bagus dalam kelakuan
  4. Tiada mengangkat pandangan dari tempat sujud
  5. Tetap mengarahkan fikiran kepada solat hingga tiada mengetahui orang sebelah kanan dan kiri
  6. Tidak mempermain-mainkan tangan, tiada memegang-megang badan dalam solat. 
SYARAT DITERIMA SOLAT
  1. Merendahkan diri kepada kebesaran Allah s.w.t, menjauhkan takabur ujub dan dusta.
  2. Berkasih-kasihan, hidup rukun dan damai dan tidak berlaku curang terhadap makhluk Allah s.w.t.
  3. Menyesal terhadap kesalahan-kesalahan yang telah lalu dan bertaubat. 
  4. Tidak lalai hati dari mengingati Allah s.w.t dan terus menerus menyebutNya. 
  5. Mencintai orang miskin, berlaku ihsan kepada mereka, memberi sedekah dan memuliakan mereka. 
  6. Menolong musafir dan anak perantauan
  7. Menolong janda-janda yang memerlukan pertolongan
  8. Meringankan kesusahan seseorang yang ditimpa bencana.
TEMPAT BERDOA DALAM SOLAT
  1. Sesudah Takbiratul Ihram
  2. Di dalam Iktidal
  3. Di dalam sujud
  4. Duduk antara 2 sujud
  5. Sesudah membaca surah dalam solat witir
  6. Sesudah membaca tasyahuud sebelum salam
TEMPAT BERZIKIR DALAM SOLAT
  1. Di kala berdiri sesudah Al Fatihah
  2. Di dalam rukuk
  3. Di dalam iktidal
  4. Di dalam sujud
  5. Di dalam duduk tasyhhud
KEISTIMEWAAN SOLAT
  1. Solat adalah fardhu yang mula-mula difardhukan dari ibadat-ibadat badaniyah.
  2. Solat adalah tiang agama. 
  3. Solat 5 waktu difardhukan di malam Israk Mikraj di langit. 
  4. Solat adalah wasiat akhir Nabi s.a.w dan nabi-nabi yang lain. 
  5. Permulaan amal yang dihisab di akhirat dan ibadat yang terakhir ditinggalkan umat di dunia. 
  6. Seutama-utama syiar Islam, sekuat-kuat tali perhubungan antara hamba dengan Allah s.w.t. 
HIKMAH SOLAT
  1. Penyebab lapang rezeki
  2. Terkawal kesihatan
  3. Dapat menolak sebarang gangguan
  4. Meneguhkan hati
  5. Menghilangkan rasa malas
  6. Mencerahkan wajah
  7. Menggembirakan jiwa
  8. Melapangkan dada
  9. Menerangkan hati
  10. Memperolehi keberkatan
  11. Mensyukuri nikmat
  12. Menjauhkan syaitan
  13. Mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
  14. Turunnya Rahmat
  15. Pendinding dari api neraka
  16. Kunci langit
  17. Memberatkan timbangan
KELEBIHAN SOLAT
  1. Keredhaan Allah
  2. Sunnahnya para Nabi
  3. Menjadi kesenangan para Malaikat
  4. Cahaya Ilmu Ma'rifat
  5. Pokok Iman
  6. Doa yang diwajibkan
  7. Diterima amal perbuatan
  8. Berkahnya harta dan usaha
  9. Senjata untuk melawan musuh
  10. Kebencian Syaitan
  11. Penolong bagi yang mengerjakannya terhadapat Malaikat Izrail.
  12. Pelita didalam kubur
  13. Mahkota di atas kepalanya dan hiasan badannya. 
  14. Penghalang dari Neraka
  15. Hujjah di hadapan Tuhan
  16. Timbangan berat disaat amal ditimbang
  17. Menolong semasa melintasi jambatan Shiratal Mustaqim. 
  18. Kunci memasuki syurga. 
POKOK SOLAT
  1. Khudlu' kepada Allah dengan hati
  2. Menyebut Allah dengan lisan
  3. Mentakdimkan Allah
IQAMATUS SOLAT
  1. Tetap menjaga waktunya, syarat dan rukunnya
  2. Menyempurnakan rukuk, Sujud dan Khusyuk
HAQIEQATUSH SOLAT (Rupanya yang bathin)
Berhadap diri (jiwa) kepada Allah secara mendatangkan takut kepada NYA, serta rasa keagungan NYA dan sempurnaan kekuasaan NYA.

SHURATUSH SOLAT (Rupanya yang lahir)
Beberapa ucapan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir dan disudahi dengan salam. 

RUHUSH SOLAT (Jiwa solat)
Berhadap kepada Allah s.w.t dengan khusyuk, ikhlas, hadir hati, baik dalam berzikir , dalam berdoa mahupun dalam memuji. 

BAGAIMANA MENYEMPURNAKAN SOLAT
  1. Berwudhuk dengan sempurna
  2. Tegak ditempat solat dengan seluruh jiwa dan raga, sehingga terbayang Kaabah dihadapan mata. 
  3. Maqam tepat di dada sedang Allah mengetahui segala isi hati. 
  4. Merasakan kaki bagaikan di titian Sirath. 
  5. Merasakan syurga di kanan, neraka di kiri, malaikat maut di belakang. 
  6. Merasakan seolah-olah solat ini adalah solat yang terakhir bagi kita. 
  7. Takbir dengan khusyuk
  8. Membaca dengan penuh perhatian tafakkur
  9. Rukuk dengan tawadduk
  10. Sujud dengan tunduk merendah dan meminta
  11. Duduk dengan sempurna
  12. Tasyahhud dengan pengharapan dan ketakutan. 
  13. Salam menurut sunnah Rasul. 
  14. Serahkan solat itu dengan ikhlas lalu bangun dari solat dengan perasaan takut dan berharap (semoga solat kita diterima oleh Allah s.w.t.)
ILMU PENGETAHUAN
  1. Mengetahui perbezaan yang wajib dengan sunat dalam solat
  2. Mengetahui perbezaan yang wajib dengan sunat dalam wudhuk
  3. Mengetahui tipu daya syaitan sehingga dapat memeranginya.
KESEMPURNAAN WUDUK
  1. Membersihkan hati dari hasad dengki
  2. Suci badan dari dosa
  3. Membasuh semua anggota wudhuk dengan sempurna tanpa membazirkan air
KESEMPURNAAN PAKAIAN
  1. Asal halal
  2. Bersih dari najis
  3. Sesuai dengan sunnah tidak untuk berbangga dan sombong
KESEMPURNAAN DALAM MENJAGA WAKTU
  1. Mata selalu memerhati matahari, bulan dan bintang untuk mengetahui tibanya waktu.
  2. Telinga mendengarkan suara azan
  3. Hati selalu ingat akan tibanya waktu
KESEMPURNAAN DALAM MENGHADAP KIBLAT
  1. Menghadap dengan wajah
  2. Menghadap Allah dengan hati
  3. Khusyuk merendah diri
KESEMPURNAAN NIAT
  1. Mengetahui solat yang akan dikerjakan
  2. Merasa bahawa dia sedang berdiri di hadapan Allah
  3. Mengetahui bahawa Allah mengetahui apa-apa yang di dalam hati maka di bersihkan dari kesibukan dunia. 
KESEMPURNAAN TAKBIR
  1. Takbir yang betul
  2. Mengangkat kedua tangan di depan telinga
  3. Dalam takbir mengingat keagungan Allah
KESEMPURNAAN BERDIRI
  1. Mengarahkan ke tempat sujud
  2. Mengarahkan hati kepada Allah
  3. Tidak menoleh ke kiri atau ke kanan
KESEMPURNAAN BACAAN
  1. Membaca Fatihah dengan betul dan tertib
  2. Membaca dengan memperhatikan isi ertinya.
  3. Mengamalkan apa yang dibaca
KESEMPURNAAN RUKUK
  1. Meratakan punggung tidak jungkel
  2. Meletakkan kedua tangan pada lutut dan merenggangkan jari jari
  3. Tumakninah tenang dalam rujuk dan membaca tasbih dengan rasa mengagungkan Allah.
KESEMPURNAAN SUJUD
  1. Meletakkan kedua tangan di muka telinganya
  2. Tidak menghampar kedua lengannya
  3. Tumakninah tenang dalam sujud dan membaca tasbih dengan takdim mengagungkan Allah. 
KESEMPURNAAN DUDUK
  1. Duduk di atas kaki kiri dan menegakkan kaki kanan
  2. Bertasyahhud dengan takdim dan berdoa untuk diri mu dan kaum mukminin.
  3. Salam dengan sempurna
KESEMPURNAAN SALAM
  1. Niat memberi salam kepada malaikat dan orang-orang yang di kanan dan kiri, pandangan mata tidak melebihi kedua bahu. 
KESEMPURNAAN IKHLAS
  1. Mengharap keredhaan Allah semata-mata
  2. Merasa bahawa solat itu taufik dari Allah s.w.t.
  3. Memelihara solat dengan sebaik-baiknya
RUJUKAN:
  1. Muafakat Enterprise Sdn Bhd : Amalan Sepanjang Hayat (1992)
  2. Mustaffa Suhaimi : Rahsia Khusyu' Dalam Sembahyang - Progressive Product Supply (1989)
  3. Prof. Dr. T.H. Hasbi Ash-Shiddieqy : Pedoman Shalat - Bulan Bintang, Jakarta (1978)
  4. Syeikh Muhammad Soleh Al-Munajjid : Cara Menghadirkan Diri Dalam Solat - Al-Hidayah House of Publishers Sdn Bhd (2011).
  5. Ustaz Hj Fadzil Hj. Ahmad : Hidup Ibadat - Pusat Pemasaran Motivasi, Kuala Lumpur (1992)
  6. Zaharuddin Abd Rahman : Formula Solat Sempurna - Telaga Biru Sdn Bhd (2008). 

Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, KL
20/11/2020 : 5 Rabiulakhir 1442H : 10.30 pm

Updated : 16 Disember 2023 > 4 Rabiulakhir 1445H: 9.29 pm















No comments:

Post a Comment