ZULHEIMY MAAMOR

Wednesday, 18 November 2020

Kitab Musnad Imam Ahmad

SUMBER : JAKIM

Pengenalan 

Musnad Ahmad bin Hanbal ialah himpunan Hadis (himpunan jenis Musnad) yang diusahakan Imam Ahmad bin Hanbal, seorang imam mujtahid dan pegasas Mazhab Hanbali.
 
Susunan Kitab

Sebuah kitab dinamakan kitab Musnad apabila penyusunnya memasukkan semua hadith yang pernah dia terima, dengan tanpa menyaring dan menerangkan taraf hadith-hadith tersebut. 18 Pengertian lain daripada kitab Musnad ialah kitab yang hadith-hadith didalamnya disebutkan berdasarkan nama Sahabat yang lebih dahulu masuk Islam atau berdasarkan nasab. Dilihat daripada nilai hadith yang ada di dalam kitab, menurut ulama, derajat kitab ini berada dibawah kitab Sunan. Subhi al-Salih menempatkan kitab hadith Musnad Ahmad pada peringkat kedua sejajar dengan Jami’al-Tirmizi dan Sunan Abu Dawud. Susunan peringkat pertama oleh Sahih al-Bukhari dan Muslim serta Muwatta’ Imam Malik. Berbeza dengan kitab Musonnaf yang hadith-hadithnya disusun berdasarkan urutan bab atau subjeknya,hadith-hadith dalam kitab Musdnad disusun berdasarkan urutan nama perawi pertamanya. Kitab-kitab Sahih dan sunan disusun secara Musnaf.

Tambahan Kitab

Musnad Ahmad termasuk kitab termashur dan terbesar yang disusun pada abad ketiga Hijriyah. Kitab ini melengkapi dan menghimpun kitab-kitab hadith yang ada sebelumnya dan merupakan satu kitab yang dapat memenuhi keperluan muslim dalam hal agama dan dunia, pada masanya. Seperti halnya ulama-ulama abad ketiga semasanya, Ahmad menyusun hadith dalam kitabnya secara musnad. Hadith-hadith yang terdapat dalam musnad tersebut tidak semua riwayat Ahmad, sebahagian adalah merupakan tambahan daripada anaknya Abdullah dan tambahan daripada Abu Bakar alQati’. Musnad tersebut memuat 40,000 hadith,kurang lebih 10,000 diantaranya dengan berulang-ulang. Tambahan daripada Abdullah, sekitar 10,000 hadith dan beberapa tambahan pula daripada Ahmad bin Ja’far al-Qati’.

 Rujukan :

1- Manahij al-Muhaddithin- Terbitan : Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Cetakan Kedua, 2016. Muka surat 76-86.

Copy and paste: 18/11/2020 @ 2 Rabiulakhir 1442H : 1.36 pm

No comments:

Post a Comment