ZULHEIMY MAAMOR

Wednesday, 28 October 2020

SEBUTIR KURMA PENGHALANG DOA

 Selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham berniat ziarah ke Masjidil Aqsa. Untuk bekalan di perjalanan, beliau membeli 1 kg kurma daripada pedagang tua berhampiran Masjidil Haram. Setelah kurma ditimbang & dibungkus, Ibrahim melihat sebutir kurma terletak hampir di timbangan. Menyangka kurma itu bahagian daripada yang beliau beli, Ibrahim memungut & memakannya. Setelah itu langsung berangkat menuju Al-Aqsa. Empat bulan kemudian, Ibrahim tiba di Masjid Al-Aqsa. Beliau memilih tempat beribadah pada sebuah ruangan di bawah kubah Sakhra. Solat & berdoa dengan penuh khusyuk.Tiba2 beliau mendengar percakapan dua malaikat tentang dirinya.*

*_“Itu, Ibrahim bin Adham, ahli ibadah yang zuhud & wara' yang doanya selalu dikabulkan ALLAH SWT,”_* *kata salah satu daripada sang malaikat.*

*_“Tetapi sekarang tidak lagi. Doanya ditolak kerana empat (4) bulan lalu dia memakan sebutir kurma yang jatuh dari meja seorang pedagang tua berhampiran Masjidil Haram,”_* *jawab malaikat yang satu lagi.*

*Ibrahim bin Adham terkejut sekali, beliau tergamam. Jadi selama empat (4) bulan ini ibadahnya, solatnya, doanya & mungkin amalan2 lainnya tak diterima oleh Allah SWT, gara2 memakan yang bukan haknya.*

*_“Astaghfirullahal adzhim!”_* *Ibrahim beristighfar. Dia terus berkemas untuk berangkat ke Mekkah menemui pedagang tua si penjual kurma untuk meminta dihalalkan sebutir kurma yang dimakannya. Dia tidak menemukan pedagang tua itu, melainkan seorang anak muda.*.

*_“Empat (4) bulan yang lalu, saya membeli kurma di sini daripada seorang pedagang tua. Di manakah beliau sekarang?”_* *tanya Ibrahim.*

*_“Dia sudah meninggal dunia sebulan yang lalu. Sayalah sekarang meneruskan pekerjaannya menjual kurma,”_* *jawab anak muda itu.*

*_“Innalillahi wainna'ilaihi roji’un. Kalau begitu kepada siapa saya meminta penghalalan?”_*

*Kemudian Ibrahim menceritakan peristiwa yang dialaminya. Anak muda itu mendengarkannya.*

*_“Engkau sebagai ahli waris org tua itu, mahukah engkau menghalalkan sebutir kurma milik ayahmu yang terlanjur kumakan tanpa izinnya?”_*

*_“Bagi saya tidak ada masalah. Insya-ALLAH saya halalkan. Tapi saya tidak tahu dgn saudara2 saya yang 11 orang lagi. Saya tidak berani mewakili mereka, kerana mereka juga mempunyai hak waris sama dengan saya.”_*

*_“Di mana alamat saudara2mu? Biar saya temui mereka satu persatu,"_* *lanjut Ibrahim.*

*Setelah menerima alamat, Ibrahim bin Adham pergi menemui mereka. Meskipun rumahnya berjauhan, akhirnya selesai juga. Semua setuju halalkan sebutir kurma milik ayah mereka yang termakan oleh Ibrahim.*

*Empat bulan kemudian, Ibrahim bin Adham tiba di bawah kubah Sakhra, Madjid Al-Aqsa. Tiba2 beliau mendengar dua (2) malaikat yang dulu sedang berbual2.*

*_“Itulah Ibrahim bin Adham yang doanya tertolak gara2 makan sebutir kurma milik org lain.”_*

*_“Oh, tidak.., sekarang doanya sudah dimakbulkan,"_* *kata malaikat yang lainnya.*

*_"Dia telah mendapat penghalalan daripada ahli waris pemilik kurma itu. Diri & jiwa Ibrahim kini telah bersih kembali daripada kotoran sebutir kurma yang haram kerana masih milik orang lain. Sekarang dia sudah bebas.”_*

*Kalau sebutir kurma saja membuat doa terhalang, bagaimana dengan ratusan ribu, bahkan berjuta wang yang kita ambil selama ini sebenarnya bukan sepenuhnya hak kita?*
*Itu akhirnya membuat kita jauh daripada ALLAH kerana harta yang masuk ke perut kita terlalu kotor keadaannya. Akibatnya dari sudut yg lain - ahli keluarga kita: anak2 menjadi nakal, suami/isteri bergaduh, banyak penyakit, selalu ditipu/tertipu, perselisihan sesama keluarga, & gangguan2 lainnya.*

*Hal ini kemungkinan besar disebabkan oleh harta yang dimiliki bukan hak kita. Sebab itu semua doa2 kita tidak sampai ke langit.*

*_لا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ إِلا بِالله_*

*Wallahu a'lam bissawab...*


Copy and paste: 28 Oktober 2020 / 11 Rabiulawal 1442H : 2.13 pm

No comments:

Post a Comment