ZULHEIMY MAAMOR

Monday, 26 October 2020

SEBAB ITU SAYA FAHAM

RENUNGAN SEPINTAS LALU!

Saya pernah tengok pesakit yang anaknya ramai. Ada lelaki, ada perempuan. Tapi setiap kali nak datang rawatan di hospital, dia terpaksa minta dihantar oleh kawan dan jiran. 

Tapi, saya juga pernah tengok orang yang langsung tak ada anak. Tak berkahwin sampai lanjut usia. Tinggal sendiri. Tapi setiap kali datang, sentiasa ada anak saudara bergilir-gilir teman dia dari mula sampai habis sesi.

Sebab itu, saya faham... 

Saya pernah tengok sepasang warga emas datang berteman bibik. Anak-anak semua berjaya. Semua di oversea. Belikan satu kereta Alphard khas supaya kerusi roda mak dan ayah boleh muat di dalamnya. Tak sempat berpanas hujan, driver dah siap menunggu sehabis masa. Tapi mak ayah murung, taknak bekerjasama. Bibik kata dia selalu sebut, rindu nak anak-anak dia.

Tapi, saya juga pernah lihat ibu ayah dari anak yang biasa-biasa. Kerja pun bukan ada-ada. Selalu kena tolak kerusi roda mak ayah dari seberang jalan sampai berpeluh-peluh dahi. Tapi, sentiasa ada untuk teman mak ayah dari mula sampai tamat rawatan. Mak marah pun, dia diam je sengih tak cakap apa.

Sebab itu, saya faham.....

Saya pernah tengok ibu yang membebel pada anak yang patah pinggul akibat kemalangan. Ibu kata anak tu menyusahkan dia sebab nak kena ambil cuti. Susah nak ulang alik bawa ke hospital. Tak dengar cakap dia katanya. Sebab itulah jadi begitu.

Tapi, saya juga pernah lihat emak yang begitu gigih sekali mendukung anak kelainan upayanya dengan penuh senyum. Sedikit pun takda rungutan. Padahal kalau tengok, saiz anak dah sama besar pun dengan saiz badan emak.

Sebab itu, saya faham....

Saya pernah jumpa pesakit yang suka merungut. Hidupnya penuh dengan komplen. Macam tak ada benda yang baik. Walau dia nampak sihat dan aktif, tapi sentiasa komen tentang sakit dia ibu jari tangan dia yang seketul tu. Dia kata, stress dengan tangan tu.

Tapi, saya juga pernah jumpa seorang pegawai besar syarikat telekomunikasi yang diuji dengan lumpuh. Dari jadi orang besar, dia hilang semuanya sekelip mata. Tak pernah dia nak kata sedih. Dia kata itu rezeki. Yang dia doa, bukanlah supaya kaki dia sembuh semula. Dia cuma minta supaya boleh sujud semula dengan sempurna.

Sebab itu, saya faham...

Saya pernah jumpa seorang lelaki yang terpelajar. Kerja pun hebat. Gaya tak kalah. Tapi bila kehendak dia tak diikut, diamuk dan diharuknya semua orang macam orang lain ni takda perasaan. Adab dengan level otak dia macam tak syncronized. 

Tapi, saya juga pernah didatangi lelaki yang sekolah tak habis pun. Badan dia besar. Ada tatu di bahu. Kalau dia jentik sekali, saya boleh koma. Tapi, cakap dia penuh hormat. Sikit tak pernah marah ke apa. Sekejap-sekejap ucap terima kasih. Sikit-sikit cakap thank you. Sopan sungguh lah nak kata.

Sebab itu, saya faham...

Kisah hidup kita berbeza, jangan pernah persoal apa yang dia dapat hari ini kerana kita tak pernah tahu apa yg pernah dia lalui. Jika kita tak mampu mendoakan & membantu mereka, janganlah pula kita bersangka buruk & menghina mereka.

We eat from a different plate. Our journey is also different. Take the positive side.๐ŸŒน๐ŸŒน

Banyak-banyaklah bersyukur. 

If not, we never had enough.

Hidup adalah sesi pembelajaran.

Duduk.

Tengok.

Belajar.

Fahamkan.

Faham, kan?

Hidup senang, hati tenang, jiwa lapang๐Ÿ’๐Ÿ’

#jomshare

#MogaBermanfaat

#copypasteshare

Copy and share : Whatsapp Group Otai Greenwood Park

26 Oktober 2020 / 9 Rabiulawal 1442H : 8.05 pm

No comments:

Post a Comment