ZULHEIMY MAAMOR

Sunday, 2 August 2020

HIROSHIMA TRIP - ARWAH NIK YUSUF BIN NIK ALI

Kredit to : Imran El-Muhammady

Salam Hari Arafah 9 Dzulhijjah #1441H!
#Hiroshima #Trip2020 Bersiri - Bahagian II.





☆Mengambil kesempatan Hari Wukuf ini, marilah kita sama-sama sedeqahkan Suroh Al-Fatihah kepada الله يرحم Nik Yusuf Bin Nik Ali, pelajar Malaya berasal dari KB Kelantan (umur 19 ketika itu) yang terkorban dalam #Atomic Bomb pertama di dunia pada 75 tahun yang lampau di tanah Hiroshima #Japan sini.
Menurut kisahnya, Arwah Nik Yusuf berada di Dorm Universitas Hiroshima Bunri (kira-kira 1km dari tempat letusan #Hypocenter) pada jam 815am pagi Isnin 6 Ogos 1945 ketika #LittleBoy itu meletus 600m kat atas udara City Center itu.

Seluruh bangunan tumbang / lebur / terbakar namun Arwah bersama beratus atau beribu orang yang cedera pada letusan itu, berlari atau bergerak mengikut kemampuan masing-masing menyelamatkan diri arah kawasan Barat bandar.


Dari keruntuhan asrama universiti itu (saya tidak tahu pulak jaraknya), Arwah menuju ke arah Kozenji, daerah Saeki (Ward) lalu akhirnya meninggal dunia di jalanan akibat kecederaan melecur teruk.
Mayat-mayat bergelimpangan di jalanraya, lalu pihak Kozenji Shrine (temple) mengumpulkan semuanya untuk proses “cremated”, manakala jenazah arwah Nik Yusuf mudah dikenali kerana baju yang dipakainya ada tag-nama beliau yg membezakan Arwah dengan Japanese yang lain.
Dipendekkan ceritanya, pihak Sami Shrine dengan sukarelanya membantu local Muslimin menguruskan jenazah & tulang Arwah Nik Yusuf cara Islam, dan Sami membenarkan pengebumiannya di tengah-tengah kubur Shinto & Buddhist yang lain.
Pusara & batu nisan terukir nama Arwah dibina tahun 1964 (kira-kira 19 tahun kemudian).
Lokasi pusara Allahyarham Nik Yusuff di Kozenji Shrine itu adalah kira-kira 10 ~ 15 km dari Atomic Dome tu, jenuh jugak nak mencari di ceruk kampung sebab bukan tempat melancong.

Tambahan lagi ada berpuluh atau ratusan kubur yang lain, carik pusara macam carik jarum dalam tepung! Nak tanya orang tak reti he he.. tapi ada orang tegur juga: “Mareshia wa desuka?”
Setiap awal Ogos tiap-tiap tahun, kawasan pusara Allahyarham tidak putus-putus dikunjungi oleh pelbagai pihak, kali terakhir yang diketahui adalah lawatan rombongan dari Kota Bahru pada September 2019 atas jemputan kerajaan Japan.
Semoga Allah mencucuri rahmat kepada Allahyarham Nik Yusuf, dan juga Allahyarham Syed Omar Al Sagoff orang Johor, seorang lagi warga Malaya mangsa Atomic Bom Hiroshima yang dikebumikan di Kyoto.

Arwah Syed Omar mengalami kecederaan serius dan terkena “radiation” akibat Bom Atom itu, dan selepas dirawat di hospital selama sebulan, akhirnya Allahyarham Syed Omar menghembuskan nafas yang terakhir.
Selain dua mangsa orang Melayu yang terkorban, seorang lagi pelajar Malaya: Cikgu Razak Hiroshima a.k.a Datuk Abdul Razak Abdul Hamid (Allahyarham (الفاتحه), telah meninggal dunia Julai 2013), terselamat dari menjadi mangsa korban, dan diperakui oleh kerajaan Japan sebagai salah seorang daripada 1,760 warga asing (majoriti Korean) yang terselamat dalam tragedi tersebut. Hadiahkan Surah Al-Fatihan buat Allahyarham Razak Sensei.


Kesimpulan sebelum sambungan kisah Hiroshima ini - Peperangan itu sangat menyakitkan & kena kepada semua orang tidak kira baik atau jahat, doakan lah agar perang tidak akan terjadi lagi.
Kemusnahan & penderitaannya amatlah mengerikan, banyak gambar mangsa ditunjukkan dengan klasifikasi 18-SG terutamanya mangsa kanak-kanak..
Salam #AidilAdha Hari Raya & Selamat Korban in advance!


Copy and paste: 2 August 2020 / 12 Zulhijjah 1441H : 12.59 pm

No comments:

Post a Comment