ZULHEIMY MAAMOR

Tuesday, 21 July 2020

BETIK RAJA BUAH?

Betul ke raja buah adalah durian? Ikut WHO raja buah bukan durian. WHO nobatkan BETIK sebagai RAJA BUAH untuk dua tahun berturut turut.


Bagusnya betik, ia bukan buahan musim. Berbuah sepanjang tahun. Harganya pun bukan dalam kategori harga terlondeh seluar macam Musang King. Masih mampu beli.

Betik diangkat sebagai raja buah kerana kandungan nutrisinya yang tinggi.

Antaranya


1. Kalsium pada betik adalah dua kali ganda tinggi berbanding epal. Lebih bagus dari ambil
Susu lembu untuk dapatkan kalsium.

Kalsium sangat penting untuk manusia. Selain untuk tulang yang kuat, kalsium bolehkah darah membeku, otot mengendur dan jantung kita berdegup.

2. Vitamin C pada betik adalah 13 kali ganda tinggi dari epal, 7 kali tinggi berbanding pisang 7 kali lebih banyak dari tembikai, 8 kali ekstra dari cherry, dan 1.3 kali power dari nenas.

Vitamin C pula penting untuk kuatkan sistem imun, kesihatan jantung, kulit cantik, tangani stres, dan strol seperti yang dilaporkan oleh American Journal of Clinical Nutrition.

3. Vitamin A 10 kali power dari kiwi, 18 kali lebih tinggi dari epal, 1.5 ekstra berbanding pisang, 1.5 lebih banyak dari tembikai, 15 ganda banyak dari cherry dan 16 lebih power dari nenas.

Vitamin A penting untuk kesihatan mata, sistem imun dan sistem peranakan. Fungsi jantung, paru-paru dan ginjal bergantung kepada vitamin A. Kajian di US seperti yang dilaporkan oleh National Institute of Health dapati kanak-kanak yang kekurangan vitamin A apabila terkena demam campak, keadaan mereka lebih kritikal.

4. Vitamin K pula 5 ganda berbanding pisang, 2.5 lebih tinggi berbanding tembikai and 4 kali ganda ekstra dari nenas.

Vitamin K bantu bekukan darah. Halang dari pendarahan berterusan. Penting untuk metabolisme tulang, stabilkan tekanan darah dan kesihatan jantung. Kekurangan vitamin K juga dikaitkan dengan eoteoporosis.

5. Carotenoids yang terdapat betik penting untuk kesihatan mata termasuklah jenis carotenoids seperti lycopene, beta-carotene, lutein dan zeaxanthin. Jumlah terkumpulnya adalah 2000 lebih tinggi dari kiwi, epal, cherry dan nenas. Pisang tidak mengandungi carotenoids

Bagusnya carotenoids ini ialah ia bersifat anti kanser.


Copy and paste from FB
21 July 2020 : 29 Zulkaedah 1441H : 7.25 pm

No comments:

Post a Comment