ZULHEIMY MAAMOR

Tuesday, 21 July 2020

BAHASA MELAYU MULAI HILANG BERANSUR ANSUR DI BUMI PATTANI ?

Kredit : Cikgu Joe Satun
             FB Kebangkitan Bani Jawi (Nusantara)
Aku baca ulasan ASTORA JABAT dalam postingnya seperti berikut.
Aku amat bersetuju dengan ulasan dan fakta yang diberikan. Namun aku banyak kali dah mengulas perkara ini. Semua kerana sikap melayu itu sendiri. Mereka tidak mahu jadi diri sendiri.
Kita tengok kaum Cina dan India di Malaysia. Pada dasarnya mereka cuma kaum pendatang yang menumpang di tanah melayu. Namun bahasa ibunda mereka lebih fasih dari Bahasa Melayu yang menjadi Bahasa Rasmi Malaysia.
Malahan " by hook or by crook " tulisan bahasa ibunda akan digunakan dalam apa saja bentuk, seperti Papan Tanda Perniagaan, Kepala Surat atau nama perniagaan.
Tapi jika mereka berniaga berasaskan produk halal, maka nama yang sinonim dengan melayu atau arab digunakan. Bijaknya mereka berniaga.
Berbalik kepada masalah Bahasa Melayu di Selatan Thailand terutama Wilayah Patani ( Pattani, Narathiwat dan Yala ) yang menuju kepupusan adalah kerana :-
1. Dasar Pelajaran Thai
Dasar pelajaran Negara Thai yang mewajibkan semua murid mesti boleh berbahasa Thai. Ini kerana Bahasa Thai adalah bahasa rasmi negara.
2. Peluang pekerjaan di Thailand mensyaratkan wajib berbahasa Thai. Maka secara tidak langsung mereka mesti boleh berbahasa thai
3. Urusan Kerajaan dan Swasta wajib dalam bahasa thai.
4. Meraka malu untuk bertutur Bahasa Melayu kerana dianggap kolot dan ketinggalan zaman atau tidak moden.

Oleh itu semua warga Thai akan bertungkus lumus mempelajari bahasa thai.
Untuk memahirkan bahasa thai, ibubapa terpaksa berinteraksi dengan anak-anak dalam bahasa thai. Oleh kerana bahasa thai agak sukar dipelajari ( pengalaman penulis ) maka penggunaan kerap akan membiasakan lidah menyebut dan membunyikan bahasa thai. Ini kerana bahasa thai ada 5 tona bunyi yang seakan-akan sama tapi berbeza makna dan tulisan.

Namun begitu ini cuma alasan yang boleh diterima bagi mereka ( orang melayu ) yang lebih fokus untuk berbahasa thai.
Jika orang melayu ingin dan cintakan bahasa melayu sebagai warisan bangsa maka mereka tidak ada sebarang alasan.

Memang benar, ada kalangan mereka masih boleh berbahasa melayu. Namun mereka lebih pekat kepada Bahasa Melayu dialet tempatan. Bahasa ini sekadar bahasa perbualan TIDAK menjadi bahasa perhubungan persuratan.
Malah ramai yang berbahasa melayu namun sebagai contoh suapan di Facebook mereka lebih kepada Bahasa Thai. Perhubungan applikasi whatsapp sekadar pesanan suara. Jika ditulis, mereka tidak boleh membaca.
Ada masalah lain yang mereka hadapi walaupun mahir berbahasa melayu dialet tempatan, contohnya bila kita orang Malaysia atau Indonesia mengunakan istilah moden. Mereka tidak faham maksudnya.
Kesukaran mereka menulis dan mengeja dalam rumi kerana mereka belajar huruf thai di sekolah, tidak sama dengan huruf rumi melayu.
Jika ada yang boleh menulis jawi, biasanya jawi lama. Jawi moden pun telah melalui inovasi terbaru.
Namun begitu Jawi bukan tulisan utama dalam komunikasi di rantau Asean dan antarabangsa. Mahu tidak mahu, mereka perlu belajar rumi.
Tulisan Jawi tidak dinafikan kepentingannya untuk orang melayu lebih dekat dengan Al Quran. Namun tulisan rumi ada kelebihannya tersendiri.
Contohnya, bila komputer mula diperkenalkan. Bahasa Komputer ditulis dalam rumi Inggeris. Masyarakat di thai agak ketinggalan dalam penggunaannya. Di Malaysia agak bernasib baik kerana rumi adalah tulisan rasmi.
Akan tetapi ramai yang melahirkan kekesalan bila tulisan jawi ditukar ke tulisan rumi. Namun kekesalan itu sekadar " sembang deras " di facebook. Pilihan ditangan anda. Anak-anak boleh dihantar ke sekolah agama dimana disana mereka akan menguasai kedua-dua tulisan.
Boleh juga diupah ustaz mengajar kelas tambahan untuk anak-anak belajar tulisan jawi seperti mana tusion Matematik dan English.
Sembang deras pun tak guna.

Bagi orang Patani, mereka harus memilih untuk menggunakan Bahasa Melayu Standard versi Malaysia atau Indonesia. Jika mereka masih ingin mengekal bahasa melayu patani adalah bahasa Standard mereka, maka invosi perlu dilakukan berterusan bagi menyaying Bahasa versi Malaysia dan Indonesia.
Kesimpulannya orang melayu kaum asal di Selatan Thailand boleh disimpulkan kepada Bangsa Yang Tanpa Jiwa berbanding orang Cina dan India di Malaysia.
Copy and paste: 21 July 2020 : 30 Zulkaedah 1441H : 7.34 pm

No comments:

Post a Comment