ZULHEIMY MAAMOR

Sunday, 31 May 2020

KAMUS MELAYU BERUSIA 387 TAHUN

KREDIT: ZULSEGAMAT

Diambil daripada Harian Metro bertarikh 2 Jun 2018.
Seremban: “Saya yakin ini kamus Melayu lengkap dan tertua di dunia kerana dikeluar dan diterbitkan pada 1631 iaitu lebih 387 tahun lalu,” kata pemilik Galeri Pusaka Moyang (GPM) Wan Ahmad Arshad.
Pengkaji sejarah dan pemburu barang antik itu berkata, kamus berkenaan diperolehnya daripada seorang peniaga antik di Perak dua bulan lalu.
Dia yang berkecimpung dalam bidang itu lebih 41 tahun berkata, kamus Malay-Latin itu mengandungi 10,000 perkataan bahasa Melayu lama disusun Sarjana Inggeris Davidis Heax dan diterbitkan pada 1631 di Rome, Itali.
“Naskhah itu dikenal pasti adalah kamus bahasa Melayu tertua setakat ini.
“Walaupun dalam sejarah kamus bahasa Melayu pernah terdapat kosa kata yang disusun seorang yang bernama Pegafatta pada 1522, tetapi susunan itu hanya mengandungi 460 patah perkataan.
“Ia dipercayai digunakan hanya untuk pedagang rempah-ratus dalam aktiviti dagangan masyarakat terdahulu. Berbeza dengan kamus disusun Heax ini kerana ia mengandungi 10,000 patah perkataan bahasa Melayu lama dan lebih lengkap.
“Saya yakin dan percaya kamus itu dijadikan sumber rujukan utama masyarakat terdahulu dan sebagai sumber tamadun awal orang Melayu,” katanya di sini, semalam.
Wan Ahmad berkata, dia menyedari mengenai usia kamus berkenaan kerana terdapat tarikh penerbitannya di luar kulit naskhah itu.
Menurutnya, kamus Melayu yang dikatakan memenuhi ciri kamus ialah kamus Melayu-Inggeris sebelum penemuan kamus berkenaan.
Katanya, pihaknya berpendapat kamus berkenaan sangat berharga kerana usianya 387 tahun dan mempunyai nilai sejarah yang tinggi yang menggambarkan tamadun dan budaya Melayu terawal.
“Saya mempelawa pengkaji bahasa Melayu untuk menjalankan kajian ke atas naskhah ini kerana percaya ia satu-satunya yang terdapat di negara ini,” katanya.
Sementara itu, Wan Ahmad mendakwa dia turut memiliki ratusan barang purba termasuk koleksi manuskrip dan artifak tamadun Melayu Islam yang diperoleh dari dalam dan luar negara termasuk manuskrip Syair Siti Zubaidah tulisan tangan berusia 171 tahun.
Menurutnya, koleksi lain yang dalam simpanannya ialah foto klasik bangunan dan landskap bandar raya utama dunia seperti London, Paris, Berlin, Brussels, New York, California, Melbourne, Beijing, Tokyo dan New Delhi selain bangunan di negara ini serta mata wang dunia.
Allahu’alam…
Copy and paste: 31 May 2020 / 9 Syawal 1441H: 11.20 pm

KARAMAH, MA’UNAH, IRHAS, MUKJIZAT, IHANAH, ISTIDRAJ DAN SIHIR

Kredit: ZUL SEGAMAT

Karamah
Ia adalah kejadian yang luar biasa yang diberikan Allah kepada hambaNya yang soleh dan solehah. Orang soleh yang tinggi ketaatannya kepada Allah digelar wali (wakil Allah). Contohnya kejadian wali Allah berjalan atas air atau kebal senjata.
Ma’unah
Ia adalah kemampuan yang luar biasa yang diberikan Allah kepada seorang Islam (yang bukan wali) untuk mengatasi suatu kesulitan. Dengan kata lain, ia terjadi pada orang biasa berkat pertolongan Allah. Umpamanya ada seseorang yang selamat dari amukan api ketika terjadi kebakaran besar, padahal ia terkurung di dalamnya. Hal ini menurut akal mustahil terjadi, kerana biasanya orang yang tekurung api pasti akan terbakar. Contoh lainnya orang yang terjatuh daripada tingkat 20 sebuah bangunan tetapi tidak mengalami sebarang kecederaan. Namun kalau dia cuba sekali lagi kemungkinan besar dia akan mati.
Irhas
Ia adalah kebolehan atau kejadian yang istimewa yang terjadi pada diri seseorang calon Rasul atau Nabi. Contohnya kejadian yang dialami oleh Nabi Muhammad SAW, ketika berada di dalam perjalanan untuk berniaga ke negeri Syam selalu diikuti dan dipayungi oleh awan. Hal ini merupakan keistimewaan sebelum baginda menjadi Rasul.
Mukjizat
Kejadian atau kebolehan istimewa yang terjadi kepada Rasul2 dan Nabi2.
Ihanah
Ia ialah kebolehan atau perkara istimewa pada seseorang yang mengaku nabi atau wali tetapi berlawanan dengan apa yang dia kehendaki. Seperti pekara yang berlaku pada Musailamatul-kazzab yang mengaku nabi, bahawa dia telah meludah ke dalam telaga yang masin airnya dengen tujuan menjadikan tawar air itu tetapi apa yang terjadi sebaliknya iaitu air itu bertambah masin.
Istidraj
Ia ialah kebolehan atau pekara yang luar biasa kelihatan seperti kejadian istimewa yang berlaku pada orang kafir atau fasik.
Sihir
Ia adalah perkara2 atau kejadian2 luar biasa yang diizinkan Allah bagi pengamal2 ilmu sihir. Mempelajari ilmu sihir adalah secara umumnya diharamkan pada sekelian orang islam melainkan anda seorang Qadi atau Hakim yang bersandarkan syariat Islam. Seorang Qadi dibenarkan mempelajari ilmu sihir supaya dia dapat membeza sihir yang membunuh dan sihir yang tidak membunuh. Ada juga pendapat yang mengatakan boleh orang Islam belajar ilmu sihir tetapi haram mengamalkannya. Tujuannya ialah supaya dapat mengenal dan menangani pengamal2 ilmu sihir.
Copy and paste: 31 May 2020 / 9 Syawal 1441H: 11.16 pm

KISAH SEDIH GENERASI FOTOSTAT DALAM KARYA2 P. RAMLEE

Kredit: Zul Segamat


“Ini sarkis sudah jinak, berapa lama diorang sudah training”. Pernah dengar dialog ini?
Dunia ini ibarat sebuah kapal besar. Kini ia memuatkan 7 bilion manusia hidup serta berbilion2 jasad manusia yang telah mati. Ia juga menampung pelbagai hidupan2, bangkai2 hidupan serta objek2 lain.
Kapten Besar kapal mengawal Kapten2 Kecil yang seterusnya mengawal manusia2 yang kebanyakannya dalam kategori kuli dan hamba. Kita kebanyakannya lahir2 sahaja di dalam kapal terus didaftarkan dalam kategori hamba ini.
Kalau kita bersuara lantang menentang sistem penghambaan ini, Kapten2 Kecil dan kroni2 nya akan menghumban kita ke dalam laut. Kadang2 Kapten2 Kecil dan kroninya tak payah buat apa2 pun. Kadang2 orang2 lain yang sama2 dalam kategori kuli dan hamba macam kita sendiri yang akan tolong humban kita ke dalam laut. Mengapa?
Semenjak lahir sampai la sekarang kita dok kena suap dengan doktrin2 Kapten2 dan kroni2 nya. Disebabkan keampuhan dan keberkesanan doktrin2 inilah menyebabkan ramai di antara kita yang konpius. Sesetengah tu dok terlebih sayang perlembagaan2, bendera2, lagu2 kebangsaan, rukun2 kebangsaan dan ahli2 politik demokrasi sekular lebih daripada sayang diri sendiri dan agama sendiri. Kita rela perut kita dan anak2 kita berkeroncong menahan lapar sambil masih melaung2 memberi sokongan padu tidak berbelah bagi kepada tuan2 kita yang sentiasa melingkar kekenyangan dengan perut2 mereka terus membuncit.
Buku2 sekolah, rujukan2 menara gading, program2 TV Radio, media2 elektronik, saluran2 berita dan lain2… siapa yang tulis? Ada kita kisah? Ni la contoh2 sumber doktrin yang kita dok akses dan cerna daripada kecil sampai la sekarang ni.
Menjelang sekarang, masing2 dah jadik salinan mengikut acuan2 doktrin2 ini. Setiap salinan saling membenarkan salinan yang lain supaya bersikap sayangkan perlembagaan2, bendera2, lagu2 kebangsaan, rukun2 kebangsaan dan ahli2 politik demokrasi sekular lebih daripada sayangkan diri sendiri dan agama sendiri.
Menjadi la kita kini, Generasi Fotostat. Ingat yer kata kunci ni… GENERASI FOTOSTAT. Salinan atas salinan atas salinan daripada salinan2 terdahulu. Salin punya salin punya salin tapi tak pernah faham apa yang disalinnya.
Habis tu… rujukan mana yang bukan doktrin? Jawapannya mudah tetapi ramai yang menolaknya. Bagi orang2 Islam… Al Quran dan Hadis kan ada. Bagi orang2 bukan Islam… rujuklah kitab2 korang. Kalau korang masih tak dapat bezakan yang mana doktrin dan yang mana pula bukan doktrin… pandai2 la yer… sendiri mau ingat la. Aku bukan la pakar doktrin, dan bukan pula pakar Al Quran, Hadis serta kitab2. Aku sekadar berkongsi pandangan sahaja.
Ntah kat mana ler aku ada baca sekejap tadi, P. Ramlee ni memang kira hebat dan boleh meramal masa depan la agaknya. Ataupun… setidak2 nya, beliau seorang yang rajin mengkaji serta berpandangan jauh.
Daripada kisah Ibu Mertuaku, Penarik Beca, Bujang Lapuk hinggalah cerita alif mim nun wau alif tendang wau sarkis sampai la kepada cerita kaki2 makan persen Tiga Abdul dan cerita 40 Penyamun. Amat menghiburkan dan berisi mesej2 yang padat.
P RAMLEE MENGECAM GOLONGAN PENYAMUN DALAM NEGARA
Kalau siapa2 tengok pakaian 40 penyamun ketika keluar dari gua masa nak ke bandar tu (penyamun2 pun ada public holiday)… ada yang memakai pakaian Tok Hakim, Koboi, Doktor dan lain2 lagi profession serta kerjaya. 
P. Ramlee ni nak beritahu agaknya bahawa penyamun2 di negara kita ada bermacam2 jenis dan spesis. Mungkin kita boleh sedikit sebanyak bersetuju kot jika filem2 P.Ramlee ni dijadikan sebagai rujukan ilmiah terutamanya dalam menceritakan senario ekonomi, sosial dan politik negara kita yang tercinta ni.
Banyak filem2 beliau menyampaikan mesej2 berbentuk keadaan semasa beliau dan ramalan apa akan jadi pada masa hadapan. 
Sekarang dah tahun 2016… namun sindiran2 P. Ramlee yang penuh makna masih relevan dan boleh dibandingkan dengan realiti pada masa ini. 
Contohnya… penyamun2 pun ada persatuan2 penyamun. Sesetengahnya mungkin berdaftar dan bertaraf halalan toyibah. Penyamun2 pun ada doktor2 peribadi. Penyamun doktor kata “kurang vitamin C”… 😀
Orang2 kaya pulak (seperti watak Sarip Dol dan Kemat Hassan) boleh sahaja berpakat dengan penyamun bertaraf “Chief Penyamun” untuk menganiaya dan merompak orang2 kaya lain. Agak2 nya dalam negara kita, ada berapa ramai yer mereka2 yang gah bergelar “Chief Penyamun” ni? Ada berapa banyak pulak gua2 telah dibina untuk menyorokkan harta2 samun yang bertimbun2 ni?
Rindu aku dengan P. Ramlee ni… antara skripnya yang aku selalu teringat berbunyik… “Kamu Momotaro-San, gaji kamu 150 dirham. Sarjan gaji kamu 30 dirham sebab banyak amik I O U”. Pengajarannya ialah jangan suka amik pinjaman duit advance daripada syarikat dan jangan pulak selalu tambah hutang.
Satu perkara yang mungkin kita boleh respek kat penyamun2 tu ialah… walau diaorang dikelilingi dengan emas serta harta bertimbun2 dalam gua tuh, seorang pun tak curi hasil organisasi sendiri. Penyamun2 masih menerima gaji yakni bahagian masing2 dari “Chief Penyamun”. 
Kalau siapa2 rasa gaji tak cukup, pandai2 la cari rezeki lain kat luar (seperti Ibrahim Pendek a.k.a. Sarjan membuka gerai judi dadunya… mari kita lihat siapa yang kena!!!) walaupun menipu. Yang penting penyamun2 tidak menipu organisasi dan bos sendiri. 
Berbeza bebeno dengan penyamun2 zaman sekarang…..walau dapat gaji… dan dah banyak menyamun berbillion2 harta tapi masih lagi syok mencuri lagi dan lagi dan lagi khazanah negara dan organisasi sendiri.
Lagi satu hal… P. Ramlee berjaya menonjolkan watak2 jelek manusia yang super-tamak. Bila ada peluang menyamun, habis sampai licin disamunnya. 
Babak Sudin kantoi curi harta penyamun2 kat gua tu… sampai licin licau dirembatnya… sampaikan mentol yg panas tu pun dia nak rembat jugak. Nak menunjukkan berapa punya tamak ler manusia ni. Kalau dia ambik sikit2 jer mcm Aziz Satar kan ok jer… tetap boleh hidup senang jugak. Ini tidak… selagi boleh dia nak sapu kaw kaw. Maka senapang gajah la hukumannya.
P.RAMLEE MENGKRITIK GOLONGAN PERUNDING
Kita tentu masih ingat dgn perilaku Kassim Patalon selaku “TUAN PENASIHAT” yg wataknya diterajui oleh seniman Salleh Kamil dalam filem “Tiga Abdul” (1964). Kassim Patalon adalah peguam serta perunding peribadi Tuan Sadiq Segaraga, Saudagar barang-barang antik/purba. Dalam banyak hal, Tuan Sadiq amat bergantung kepada kata-kata nasihat atau idea si “perunding” (atau dalam sebutan hari ini digelar “KONSULTAN”….) dan enggan memikirkan sendiri sesuatu isu dlm memecahkan sebarang kebuntuan…
Sebenarnya apa yg berlaku atau cuba digambarkan oleh P.Ramlee dalam filem itu antara lain ialah sikap masyarakat yg terlalu bergantung atau percaya pada golongan “perunding”. Walhal, perunding juga adalah manusia biasa yg penuh dgn cacat-cela, kebodohan, tamak-haloba, penipu, pembelit dan sebagainya lagi…
Hari ini golongan perunding semakin berkuasa dalam masyarakat. Apa saja projek perlu dirujuk kpd “pakar runding” terlebih dulu. Banyak jenis pakar runding. Bergantung pada bidang. Arkitek, kejuruteraan, keselamatan, perancangan strategik, kompetensi, HRD, akauntan, perbankan, penstrukturan, perundangan dan macam-macam lagi. Pendek kata, ada saja “pakar runding” dalam apa jua bidang sekalipun kalau anda mahu. Yang penting, tentukan bayarannya cukup…belum termasuk GST 6%….!
Hakikatnya kita tidak pasti sama ada benarkah para perunding ini berwibawa, berpengalaman luas, bijaksana dan cukup berkelayakan. Atau mereka wujud atas dasar neo-liberalisme yang diwujudkan berteraskan ideologi kapitalisme yang rata-rata dikuasai oleh golongan korporat? Dan, bagaimana mereka boleh “hidup” mewah dan lumayan hanya dengan mempersembahkan sedikit-sebanyak idea yang dimanipulasikan agar kelihatan indah, hebat dan mengagumkan? Disinilah terletaknya fungsi kronisme dan nepotisme dalam menentukan jaringan yang terlalu kompleks menjadi lebih komplikated dan hebat wajahnya…
Hari ini ramai orang besar tidak dapat hidup tanpa “tuan penasihat”. Tak kisahlah, apa yang hendak dinasihatkan. Yang penting, syarikat anda perlu ada “rubber stamp” dari perunding-perunding tersohor… Barulah ada peluang besar untuk mendapat projek-projek mega, biaya kewangan berjuta ringgit dan kontrak-kontrak yang bertali-arus..! Soal anda kena tipu atau dikelentong oleh sang perunding adalah tidak penting samasekali. Mana lebih hebat? Dapat projek “giga” atau projek “cicak”…?
Dan, jika anda cukup bijak, anda sendiri boleh membelit si perunding dan menjadikannya pecacai yang bakal menjilat najis-najis yang ditinggalkan sekiranya projek anda gagal…!

P.RAMLEE MENGHUJJAHI ISU DARJAT DAN HIRERKI SOSIAL

MUNGKIN orang melihat filem “ANTARA DUA DARJAT” adalah satu-satunya filem yg paling hampir kpd realiti sosial hari ini kalau bukan memecahkan otak saintis-saintis sosial kontemporari. Soal status quo keturunan, kebangsawanan, keningratan, ke-elitan adalah suatu perkara yg cukup mengental dlm semua corak masyarakat tidak kira apa bangsa sekalipun. Sebenarnya persoalan darah-keturunan bukanlah satu-satunya isu utama yg mewujudkan jurang sosial. Pemilikan ekonomi, kuasa (terutama kuasa politik…!), darah, keilmuan, keintelektualan, ideologi materialistik dan macam-macam lagi – telah menjadi batu-asas kpd semakin melebarnya hirerki serta jurang sosial dlm masyarakat.
Apabila dilantik sebagai “Direktor”, P.Ramlee tidak bertangguh-tangguh lagi menghujjahi soal status quo dikalangan orang Melayu melalui filem “PENAREK BECHA” (1955). Selepas itu ia dituruti oleh filem-filem seperti “BUJANG LAPOK”, “NUJUM PAK BELALANG”, “MUSANG BERJANGGUT”, “IBU MERTUAKU”, “LABU-LABI”, ‘AHMAD ALBAB”, “SABARUDDIN TUKANG KASUT” dan lain-lain. Filem “ANTARA DUA DARJAT” (1960) dilihat sebagai kemuncak pada kritikan P.Ramlee terhadap falsafah kedarjatan ciptaan manusia. Beliau bersungguh-sungguh “mencanai” sesuatu isu konflik sosial sesuai dgn tema sesebuah filem untuk disantapi oleh mana-mana generasi tanpa sebarang batas waktu. Sehingga hari ini setelah lebih setengah abad, “kritikan2” beliau terus “dinikmati” orang tanpa jemu… Ini kerana – ia adalah realiti sosial yg sebenarnya memang ingin dilihat oleh semua orang – iaitu KEADILAN SOSIAL yg benar-benar menyeluruh dalam masyarakat…!
 # Dialog dlm filem:  “..Lihat padaku, darahku berwarna merah, sama seperti darahmu. 
Tiada apa yang membezakan kita, hanya hati busukmu…
Membanggakan keturunan yang tiada makna……!
Dalam filem “MASAM-MASAM MANIS” contohnya, dialog pertelagahan antara Cikgu Shaari dgn Mariani antara lain membabitkan kata-kata: “…..penyanyi, penari semua sama saja…….! Low class..!!” Maka dijawab oleh Mariani: “…apa cikgu ingat orang terpelajar macam cikgu semuanya High Class..?? ..kadang-kadang lebih KARAT lagi…!!” 
Sebenarnya babak ini adalah kritikan tajam utk golongan terpelajar yg menyangka mereka itu “High-Class” atau tergolong dlm kasta tinggi. Walhal terlalu banyak fakta yg membuktikan bahawa “golongan terpelajar” terbabit dgn korupsi, jenayah serta pelbagai bentuk gejala sosial yg merosakkan..!
Filem “LABU-LABI” umpamanya telah menyelitkan watak “TUAN MAGISTRET” (yg diwataki oleh P.Ramlee sendiri) dan watak ‘TUAN DOKTOR” (yg dilakunkan oleh M.Zain) yg antara lain mengetengahkan kegilaan meletakkan pangkat, darjat atau kelulusan selepas nama masing-masing. Ini merupakan realiti sosial masyarakat hari ini yg gilakan pangkat, gelaran atau segala macam kelulusan atau panggilan yg diletakkan sebelum atau selepas nama masing-masing. Malah ia sudah menjadi “protokol” demi menggambarkan “wibawa” atau “status quo” individu.
Business Card hari ini tidak akan lengkap jika tidak dicatatkan gelaran jawatan seperti “CEO/President/Managing Director” dan “PhD/MBA/LLB/” atau “Ir/Ar/Cr” dan macam-macam lagi….! Betapa tidaknya. P.Ramlee telahpun “menceriterakannya” sejak tahun 1962 lagi..! Dan, sedar atau tidak, segala “nomenclature” ini tidak lain dari memperkukuhkan ideologi egoisme, kesombongan serta ketakkaburan individu dlm dunia materialistik hari ini… Inilah yg sebenarnya cuba diperkatakan oleh P.Ramlee dlm bahasa seni yg cekap dipamirkan oleh beliau…!
Dlm filem Antara Dua Darjat, sewaktu adegan pertarungan antara watak Razali dgn Tengku Mukri yg mencederakan kedua-duanya, Razali sempat menempelak dgn tajam: “Lihat padaku, darahku berwarna merah, sama seperti darahmu. Tiada apa yang membezakan kita, hanya hati busukmu membanggakan keturunan yang tiada makna……!”  Dgn maksud lain, manusia ini adalah berasal dari satu tubuh yg satu – iaitu Nabi Adam a.s. Jadi, mengapa harus ada manusia yg gilakan darjat dan kedudukan hingga sanggup memijak-mijak, memperhamba & menjahanamkan orang lain?
Apakah hak seorang raja, sultan atau pemerintah hingga boleh menyembelih atau memperkotak-katikkan orang kebanyakan? Sedarkah mereka bahawa status mereka itu langsung tiada bezanya disisi Tuhan? Bukankah hanya iman dan takwa yg akan membezakan nilai seseorang…?? Malangnya, sehingga kini masyarakat masih tergila-gila kpd status dan darjat – yg telah menjadi faktor kpd perpecahan dikalangan masyarakat hari ini…! Dan, kegilaan kpd “kuasa” telah menambahkan keparahan, kekeparatan dan kebiadaban manusia kpd keturunan manusia itu sendiri…!
Filem “IBU MERTUAKU” (1961-62) yg ideanya berasaskan Ahmad Nisfu adalah pelengkap kpd kritikan besar seniman ini terhadap sistem kasta dlm masyarakat kontemporari. Tidak semestinya, seorang raja atau bangsawan, orang kebanyakan yg kaya-raya juga boleh menjadi “orang besar” yg cukup berpengaruh dan boleh melumpuhkan kemanusiaan. Demikianlah gambarannya.. P.Ramlee dikatakan telah menghabiskan lebih 6 bulan utk menggarap filem ini selengkapnya. Akibatnya, beliau terpaksa menanggung kos lebihan dari peruntukan asal sebanyak 60 ribu ringgit dgn menggunakan kewangan beliau sendiri. Demikianlah mahalnya harga sebuah kritikan sosial..!
Sebenarnya P.Ramlee tidak perlu diagung-agungkan – kerana beliau tidak pernah minta diagung-agungkan sewaktu hidup dahulu. Beliau cuma mengajak masyarakat berfikir dan merenung sejenak terhadap realiti yg wujud dlm masyarakat sejak dulu sehingga kini. Tugas seorang “saintis sosial” memang begitu – mengajak orang menggunakan otak atau melakukan percambahan idea. P.Ramlee secara jelas membantah sistem kasta atau hirerki sosial yg terus diamalkan oleh masyarakat elit, burjuis atau ningrat. Beliau melihat “ideologi” tersebut sebagai racun yg sebenarnya memusnahkan kekuatan dan ukhuwah masyarakat pada mana-mana zaman pun.
P.Ramlee – Beliau sendiri berketurunan ningrat (Teuku Zakaria = Tengku Zakaria…) namun beliau langsung tidak pernah berbangga dgn gelaran itu. Ini terbukti bilamana, namanya yg “cantik” ( – Tengku Zakaria bin Tengku Nyak Putih) ditukar kpd nama biasa (- Ramlee bin Putih) pada usia yg masih terlalu muda. Dan, beliau menyenangi nama itu sebagaimana digambarkan melalui filem “Pendekar Bujang Lapok” beliau beliau menyebut: “…..nama saya Ramlee bin Putih….!”. Bukankah ini terlalu unik utk seseorang yg jelas berkasta ningrat seperti beliau…? Dan, mengapa beliau lakukan ini – adalah kerana beliau cukup mengerti bahawa manusia ini sama sahaja – tiada beza walau sedikit pun! Ini adalah suatu kesedaran penting kalau kita mahu menjadi manusia yg baik dan berguna kpd manusia yg lain!
Terbukti bahawa P.Ramlee telah menggunakan bakat seninya utk memperbetulkan persepsi masyarakat yg sarat dgn kesesatan, konflik, kegilaan kpd kuasa, darjat dan materialisme kearah menjadi ahli masyarakat yg pemikir yg berpijak di bumi yg nyata dan kembali kpd jalan Allah Taala…!
Soalan2 cepumas… 

1. Siapa yang latih yakni bagi kita training sejak zaman berzaman sampai kebanyakan kita telah terjebak lalu menjadi generasi fotostat dan generasi penyamun? 
2. Ke mana perginya diri kita yang sebenar sebelum kita berubah menjadi generasi fotostat dan generasi penyamun?
———————————-

Nota:
Bahagian yang ini aku ambil daripada petikan dokymentari tentang P. Ramlee | History Channel Documentary.
PADA penghujung kariernya, P. Ramlee telah dijemput ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk ‘Konsert 3 Ramlee’ yang menggabungkan beliau, A. Ramlee dan L. Ramlie. Bila tiba gilirannya menyanyi, penonton beramai-ramai telah ‘boo’ beliau yang ketika itu baru hendak membuat persembahan di pentas utama.
Pada tahun 1968, syarikat rakaman EMI yang banyak mengaut keuntungan daripada nyanyiannya bertindak MENAMATKAN kontraknya. Muka P. Ramlee merah padam apabila Mr. Devan (EMI) memberitahu beliau yang lagunya orang dah tak boleh terima dan suaranya dah tidak digemari. P. Ramlee selepas itu bersumpah tidak akan lagi bekerjasama dengan syarikat tersebut yang selama ini membuat kekayaan dari lagu-lagunya.
Pengeluar filem Shaw Brothers yang kaya-raya hasil karya Allahyarham juga telah mengeluarkan satu surat yang KONTRAK P. RAMLEE TAK AKAN DISAMBUNG LAGI.
Tahun 1972-1973 adalah tahun yang paling sedih buat P. Ramlee kerana dia langsung takda sumber pendapatan, tiada show, tiada tawaran mengarah/ berlakon filem etc sehingga beliau dan isteri Saloma terpaksa mengambil upah dengan menyanyi di kenduri kahwin dan jadi hakim pertandingan nyanyian. Bila P. Ramlee nak buat filem warna ketika itu, semua bank menolak permohonannya untuk meminjam wang.
Malah RTM juga tidak menawarkan sebarang peluang untuk dia buat show/ menyanyi…bila arwah pergi ke sana untuk menemani isteri Saloma buat program, P. Ramlee hanya duduk di kantin sahaja. Dalam kunjungan terakhirnya ke Singapura untuk Pesta Filem Asia Pasifik, P. Ramlee yang ketika itu dicalonkan untuk filem Laksamana Do Re Mi, telah masuk ke dewan. Tiada siapa pun delegasi dari Malaysia yang pelawa beliau untuk duduk sekali dengan mereka…akhirnya dia cari sendiri kerusi dan duduk dengan delegasi Singapura, di belakang Aziz Sattar.
” Yam, orang dah tak peduli saya, karier saya pun orang dah tak suka…saya dah tua. Cita-cita saya nak jadikan filem Melayu lebih maju telah gagal, saya kecewa,” katanya pada iparnya, Maryam. P. Ramlee mengalami masalah kewangan yang sangat teruk sampai hanya makan nasi dengan telur…
Sebelum subuh 29 Mei 1973, P. Ramlee diserang sakit jantung di rumahnya dalam usia 44 tahun dan meninggal dunia…Al-Fatihah. 
Copy and paste: 31/5/2020 @ 9 Syawal 1441H: 11.11 pm

Saturday, 30 May 2020

FUDHAIL BIN IYADH

My FB post  30 May 2016
Bicara Santai di Masjid Al Ridhuan malam ini, Ustaz Syed Mohd Norhisyam Tuan Padang menceritakan kisah seorang bekas perompak yang akhirnya menjadi seorang yang paling warak....ingin saya kongsikan kisah Fudhail bin Iyadh sebagai tauladan buat kita supaya kita tidak memandang rendah dah hina kepada insan-insan yang pernah tersesat dari jalan Allah... kerana siapa tahu kesudahan mereka lebih baik dari kita.... in sya Allah....
FUDHAIL BIN IYADH
Beliau dilahirkan di Samarqand dan dibesarkan di Abi Warda, suatu tempat di daerah Khurasan.
Tidak ada riwayat yang jelas tentang bila beliau dilahirkan, hanya saja beliau pernah menyatakan usianya waktu itu telah mencapai 80 tahun, dan tidak ada gambaran yang pasti tentang permulaan kehidupan beliau.
Sebagian riwayat ada yang menyebutkan bahwa dulunya beliau adalah seorang penyamun, kemudian Allah memberikan petunjuk kepada beliau dengan sebab mendengar sebuah ayat dari Kitabullah.

Disebutkan dalam Siyar A’lam An-Nubala dari jalan Al-Fadhl bin Musa, beliau berkata: “Adalah Al-Fudhail bin ‘Iyadh dulunya seorang penyamun yang menghadang orang-orang di daerah antara Abu Warda dan Sirjis. Dan sebab taubat beliau adalah karena beliau pernah terpikat dengan seorang wanita, maka tatkala beliau tengah memanjat tembok guna melaksanakan hasratnya terhadap wanita tersebut, tiba-tiba saja beliau mendengar seseorang membaca ayat:
أَلَمْ يَأْنِ لِلَّذِيْنَ آمَنُوا أَنْ تَخْشَعَ قُلُوْبُهُمْ لِذِكْرِ اللهِ وَماَ نَزَلَ مِنَ الْحَقِّ وَلاَ يَكُوْنُوا كَالَّذِيْنَ أُوْتُوا الْكِتاَبَ مِنْ قَبْلُ فَطاَلَ عَلَيْهِمُ اْلأَمَدُ فَقَسَتْ قُلُوْبُهُمْ وَكَثِيْرٌ مِنْهُمْ فاَسِقُوْنَ
“Belumkah datang waktunya bagi orang –orang yang beriman untuk tunduk hati mereka guna mengingat Allah serta tunduk kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka) dan janganlah mereka seperti orang –orang yang sebelumnya telah turun Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras, dan mayoritas mereka adalah orang-orang yang fasiq.” (Al Hadid: 16).
Maka tatkala mendengarnya beliau langsung berkata: “Tentu saja wahai Rabbku. Sungguh telah tiba saatku (untuk bertaubat).” Maka beliaupun kembali, dan pada malam itu ketika beliau tengah berlindung di balik reruntuhan bangunan, tiba-tiba saja di sana ada sekelompok orang yang sedang lewat. Sebagian mereka berkata: “Kita jalan terus,” dan sebagian yang lain berkata: “Kita jalan terus sampai pagi, karena biasanya Al-Fudhail menghadang kita di jalan ini.” Maka beliaupun berkata: “Kemudian aku merenung dan berkata: ‘Aku menjalani kemaksiatan-kemaksiatan di malam hari dan sebagian dari kaum muslimin di situ ketakutan kepadaku, dan tidaklah Allah menggiringku kepada mereka ini melainkan agar aku berhenti (dari kemaksiatan ini). Ya Allah, sungguh aku telah bertaubat kepada-Mu dan aku jadikan taubatku itu dengan tinggal di Baitul Haram’.”
Sungguh beliau telah menghabiskan satu masa di Kufah, lalu mencatat ilmu dari ulama di negeri itu, seperti Manshur, Al-A’masy, ‘Atha’ bin As-Saaib serta Shafwan bin Salim dan juga dari ulama-ulama lainnya. Kemudian beliau menetap di Makkah. Dan adalah beliau memberi makan dirinya dan keluarganya dari hasil mengurus air di Makkah. Waktu itu beliau memiliki seekor unta yang beliau gunakan untuk mengangkut air dan menjual air tersebut guna memenuhi kebutuhan makanan beliau dan keluarganya.
Beliau tidak mau menerima pemberian-pemberian dan juga hadiah-hadiah dari para raja dan pejabat lainnya, namun beliau pernah menerima pemberian dari Abdullah bin Al-Mubarak.
Dan sebab dari penolakan beliau terhadap pemberian-pemberian para raja diduga karena keraguan beliau terhadap kehalalannya, sedang beliau sangat antusias agar tidak sampai memasuki perut beliau kecuali sesuatu yang halal.
Beliau wafat di Makkah pada bulan Muharram tahun 187 H.

(Diringkas dari Mawa’izh lil Imam Al-Fudhail bin ‘Iyadh, hal. 5-7)


30 Mei 2020 / 7 Syawal 1441H : 1.50 pm

KITA UMAT AKHIR ZAMAN

Rasulullah s.a.w bersabda:
"Jikalau umatku tidak malu lagi melakukan 15 perkara, maka malapetaka layak ditimpakan kepada mereka."
Para sahabat bertanya, "Wahai Utusan Allah, apa sebenarnya 15 perkara itu."
Rasulullah s.a.w menjawab, "Jikalau:
1. Harta rampasan perang (Ghanimah) dianggap sebagai milik peribadi.
2. Harta dan barang yang diamanahkan dijadikan sebagai harta rampasan.
3. Zakat dianggap sebagai cukai (denda).
4. Suami menjadi hamba isterinya.
5. Suami rela menderhakai ibunya demi isterinya.
6. Mendahului orang lain daripada keluarga sendiri
7. Menganiaya kepada bapa kandung
8. Sering terjadi pergaduhan dan kekacauan di dalam masjid.
9. Manusia dungu dan hina serta buruk akhlak menjadi pemimpin umat.
10. Manusia dihormati kerana takut dengan kejahatannya.
11. Minuman keras tersebat merata-rata dan menjadi gaya hidup.
12. Para lelaki telah memakai pakaian sutera
13. Penyanyi dan penari wanita muncul dan disokong penuh
14. Alat-alat muzik bermaharajalela dan menjadi kesukaan dan kebanggaan.
15. Generasi akhir umat ini tidak segan mencela dan mencerca generasi pendahulunya.

Jika 15 perkara ini tersebut ternyata terjadi ditengah-tengah umat ini, maka tunggulah datangnya malapetaka berupa taufan merah (kebakaran), tenggelamnya bumi dan apa yang di atasnya ke dalam bumi (gempa bumi dan tanah runtuh), serta banyak terjadi perubahan (penjelmaan) daripada sesuatu bentuk kepada bentuk yang lain.
30/5/2020 @ 7 Syawal 1441H : 1.45 pm

HIKMAH PKP TIME RAMADAN

Hikmah disebalik PKP time Ramadan ialah kita akhirnya dapat menghayati Ramadan yang sebenar.
Tak ada fikir malam nak makan menu apa, Syawal nak pakai baju apa atau nak balik kampung siapa. Tak ada lepak malam-malam lepas moreh sampai 3 pagi bangun terlajak sahur.
Ramadan sepatutnya time untuk 'self-reflection', dan self-reflection adalah lebih berkesan kalau kita menyendiri (solitude).
Nabi Yunus (Jonah) bertaubat apabila terpenjara dalam perut ikan paus selama 40 hari. Rasulullah menerima wahyu ketika bertafakur bersendirian di gua Hira. Kita lebih mudah untuk sedar dosa pahala kita dan 'reconnect' dengan Sang Pencipta kalau kita bebas daripada gangguan luaran, termasuk orang di sekeliling kita.
Sebab itu kalau kita baca sirah Rasulullah, kisah Sahabat atau alim ulamak, mereka mengamalkan 'uzlah' (mengasingkan diri) apabila masuk Ramadan. Beribadah setiap masa sepanjang sebulan. Sebab fokus bulan Ramadan adalah memperbaiki jiwa, bukan melayan nafsu fizikal.
Of course kita bukan alim ulamak, kita ada budaya sendiri, ada hubungan manusia yang kena dijaga. Tapi kita dah sampai satu tahap yang sangat berlebihan (excess) sehingga menyimpang dari makna Ramadan itu sendiri.
Bazar Ramadan. Membeli melebihi keperluan satu hal, then kekadang tak tau kenapa peniaga dan pelanggan boleh bergaduh sampai terpekik-pekik. Dah lah sesak sesuk. Habis kurus pahala.
Lepas beli makanan tu duduk seisi keluarga, sahabat, taulan tunggu masuk waktu Maghrib. Berapa ramai di waktu ni sempat membaca Quran atau berzikir? Atau niat kita dah jadi tunggu nak buka bungkusan makanan semata-mata?
Buffet Ramadan. Makan tak habis satu hal, makan pula sampai perut pecah, tak sempat Isyak dan Tarawih. Kenyang punya pasal esok hari Subuh gajah. Ramadan sepatutnya time untuk berdisiplin, kurangkan makanan fizikal dan banyakkan makanan spiritual, tapi kapitalis pemilik hotel mewah trick kita untuk jadi lebih rakus berbanding bulan-bulan biasa.
Tarawih tak ikhlas. Boleh buat di rumah, tapi nak juga pergi masjid besar sebab nak rasa "gah" bersolat di belakang imam ternama. Kalau imarahkan masjid setempat tak per lagi. Instafemes pergi tarawih sebab nak ambil peluang show off pakai telekung dan jubah mahal, sambil menunjuk-nunjuk diri beribadah.
Hari-hari terakhir Ramadan lagi lah, dah tak ada rupa Ramadan. Sibuk buat persiapan balik kampung. Shopping baju raya. Shopping kuih raya. Pergi Mood Republik, pergi Jakel. Jalan jam sampai 3 pagi. 10 malam terakhir disia-siakan akibat benda-benda materialistik.
Jadi ambil lah peluang PKP ni untuk back to basic. Tiada masa lain yang lebih sesuai untuk amalkan cara hidup sunnah apatah lagi di bulan Ramadan: makan secara minima, solat on time, tidur awal bangun awal, keep on membaca Quran dan berzikir sampailah azan Maghrib.
Sesungguhnya COVID adalah 'reset' button untuk ingatkan manusia tentang kemanusiaan, dan kembalikan manusia kepada asas fitrah.
Copy and paste: 30 Mei 2020 / 7 Syawal 1441H: 1.36 pm

US CIVIL RIGHTS



Di US tengah hot pasal kematian seorang lelaki berkulit hitam bernama George Floyd pada 25 Mei yang berpunca daripada tindakan seorang polis yang melutut pada lehernya semasa menahannya. Sebelum maut, Floyd berkata "I can't breathe" sebanyak 15 kali tapi tak dilayani.
Selepas video kejadian viral, protes besar-besaran meletus di Minneapolis. Walaupun 4 polis yang terlibat telah dipecat, namun penduduk tempatan terutamanya Blacks tetap tak dapat menahan kemarahan sampai membakar balai polis.
Diorang marah sebab isu keganasan polis (police brutality) terhadap Blacks bukan benda baru. Kajian Universiti Rutgers kata setiap 1 daripada 1000 Blacks ada risiko dibunuh oleh polis, 2.5 kali lebih tinggi berbanding Whites. Sebab tu ada gerakan "Black Lives Matter".
Agak ironik negara adikuasa dunia yang menjulang kebebasan dan kesamarataan masih ada masalah macam ini. Malah, sejarah Blacks di US menikmati hak sama rata sebenarnya tak sampai 60 tahun: hanya pada tahun 1964, baru kerajaan US menandatangani Civil Rights Act yang melarang diskriminasi berdasarkan warna kulit.
Nenek moyang Blacks berasal dari Afrika, diculik dan dijual sebagai hamba kepada pemilik ladang di selatan US. Amalan perhambaan ini dikecam oleh negeri-negeri industri utara yang tak ada ladang. Pada tahun 1861, negeri-negeri utara telah berperang dengan selatan untuk menamatkan sistem perhambaan. Perang berakhir dengan kemenangan Utara dan Presiden Abraham Lincoln memansuhkan sistem perhambaan pada tahun 1863.
Namun kehidupan Blacks tidak menjadi lebih baik. Negeri-negeri Selatan masih mendiskriminasi Blacks dengan undang-undang "Jim Crow" yang mengasingkan Whites dan Blacks. Blacks tak dapat bersekolah, tak dapat bekerja, malah berdepan dengan ancaman nyawa oleh White Supremacist seperti Ku Klux Klan.
Jadi ramai Blacks berhijrah ke negeri-negeri Utara, dan tokoh Blacks seperti Martin Luther King Jr dan Malcolm X pula memperjuangkan hak sama rata Blacks, dengan membayar harga nyawa.
Ahli-ahli politik Utara walaupun bersimpati dengan Blacks, tapi kena tunggu sampai 1950-an baru ada "guts" nak tolong Blacks. Keputusan Mahkamah Agung "Brown v. Board of Education" tahun 1954 mendapati undang-undang Jim Crow tidak menepati perlembagaan, budak Blacks harus diterima dalam sekolah awam termasuk di negeri-negeri Selatan.
Kerajaan cakap boleh, tapi Whites di Selatan masih degil. Apabila 9 budak Blacks nak memasuki Little Rock Central High School di Arkansas pada September 1957, budak Whites duk harass dan menghalang mereka masuk. Gambar budak White menjerit kat budak Black mengejutkan Presiden Dwight Eisenhower, sampai dia mengarahkan National Guard untuk melindungi 9 pelajar Blacks ini ke kelas.
Yang ironiknya, hari ni Trump pun nak arahkan National Guard untuk mengawal situasi di Minneapolis, cuma kali ini untuk menyuraikan protester yang kebanyakan terdiri daripada Blacks. Dah lebih 60 tahun, hubungan etnik di US masih pi mai pi mai tang tu jugak.
Bandingkan US dengan negara kita, baru korang faham apa erti racism yang sebenar. Think about it.


Copy and paste: 30 Mei 2020 / 7 Syawal 1441H: 1.20 pm

GEOPOLITIK BATU PUTEH


Permohonan semakan berkaitan kes Batu Puteh (“Pedra Branca”) adalah selari dengan ketetapan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 23 Mei 2008. Malaysia boleh mengemukakan permohonan untuk menyemak semula keputusan tersebut dalam tempoh masa 10 tahun sekiranya menemui bukti baru. Jadi, adalah hak kita untuk berbuat sedemikian.
Kemilikan Batu Puteh bukan sekadar isu sejarah atau isu maruah, isu akarnya ialah geopolitik yang berkait rapat dengan keselamatan Malaysia. Apa tujuan Singapura mahu sebuah batuan yang tidak mempunyai sebarang sumber asli? Dalam geopolitik, kawalan ke atas ruang fizikal yang strategik, walhal seinci pun, akan menambah kekuatan negara.
Sejak ia mencapai kemerdekaan pada 1965, Singapura secara geografinya dikunci (“locked”) oleh wilayah perairan Malaysia dan Indonesia. Singapura rasa keadaan ini bukan sahaja mengehadkan kebebasannya malah tidak bagus untuk keselamatannya dalam masa jangka panjang. Jadi, Singapura memerlukan strategi untuk memecah (“breakthrough”) batas wilayah perairan Malaysia dan Indonesia, dan lagi bagus kalau ia dapat mencapai Laut China Selatan.
Maka, Singapura telah memulakan permainan geopolitiknya pada 14 Februari 1980. Dari 1973 hingga 1982, penggubalan Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu Tentang Undang-Undang Laut (UNCLOS) sedang berlangsung dan negara-negara yang menjadi parti kepada UNCLOS perlu mengemukakan pemetaan sempadan wilayah perairan (“territorial sea”) dan pelantar benua (“continental shelf”) masing-masing. Singapura telah menyuarakan bantahan ke atas peta Malaysia (“Territorial Waters and Continental Shelf Boundaries of Malaysia”) yang diterbitkan pada 21 Disember 1979 yang telah menggariskan Batu Puteh dalam wilayah Malaysia. Singapura tahu kaedah undang-undang ICJ yang sedia ada akan memihak kepadanya, maka ia telah membawa kes tersebut kepada ICJ dan ia telah berjaya “merampas” Batu Puteh daripada kita.
Menurut Artikel 3 UNCLOS, kedaulatan Singapura ke atas Batu Puteh membolehkan ia menuntut wilayah perairannya sehingga 12 batu nautika (22 kilometer). Namun tindakan ini tidak dapat diteruskan oleh Singapura tanpa menimbulkan kes baru: Batuan Tengah (“Middle Rock”) masih dimiliki Malaysia dan jarak di antara Batu Puteh dan Batuan Tengah adalah lebih kurang 1 kilometer sahaja. Sudah tentu wilayah Malaysia dan Singapura akan bertindih. Maka, Jawatankuasa Teknikal Bersama (MSJTC) ditubuhkan oleh Malaysia dan Singapura untuk mencari penyelesaian kepada masalah tersebut, namun ia tidak bermaksud Malaysia akan melepaskan Batu Puteh begitu sahaja.
Singapura juga menyatakan niatnya untuk menuntut 200 batu nautika zon eksklusif ekonomi (EEZ) yang akan betul-betul membenarkan Singapura melancarkan kuasa (“projecting power”) ke wilayah Laut China Selatan. Cuma, Singapura tidak dapat bertindak kerana Batu Puteh ialah sebuah batuan, bukan pulau. Menurut Artikel 121(3) UNCLOS, batuan (“rocks”) hanya boleh menjana wilayah perairan, bukan EEZ. Maka, ada netizen melakar gambar rajah di bawah untuk menyindir Singapura. Tapi, siapa bilang ia tidak akan terjadi? Maklumlah, Singapura memang hebat dalam menambak laut.
Copy and paste: 30 Mei 2020 / 7 Syawal 1441H : 1.15 pm

Friday, 29 May 2020

MAKANAN TRADISIONAL HARI RAYA ORANG MELAYU


Ditulis, diterangkan, disusun dan disaring maklumat oleh.
DR. DR.H.C JOHAN ISKANDAR BIN ABDUL KARIM


Tahukah anda Makanan dihari raya ialah merupakan ujian memasak kepada bakal calon isteri dan diuji oleh bakal mertua?
Tahukah anda , Makanan Tradisional Dihari Raya Ialah Makanan Perang.
Setiap kali pada hari Raya akan ada makanan jenis yang tahan lama.Contoh makanan yang dimasak pada hari raya adalah seperti:-
- Lemang
- Ketupat
- Rendang
- Rendang tok
- Serunding
- Dodol
- dan banyak lagi makanan yang tahan lama

Mengapa Melayu Mengamalkan Adat Ini?
Adat ini diamalkan supaya :-
1 - Sebagai latihan persediaan bekalan makanan pergi berperang kerana takut semua bekalan makanan putus dan dikawal penjajah atau musuh jika berlalunya perperangan.
2 - Adalah sebagai penghormatan, menghargai, mengingati perjuangan tentera dan para pejuang orang Melayu zaman dahulu.

Sebab itulah makanan jenis ini dicipta oleh BENDARI supaya tahan lama tidak mudah basi atau rosak supaya orang Melayu tidak perlu takut kalau semua punca makanan disekat jika dikuasai musuh.
Makanan Jenis Tahan lama Untuk Menguji Bakal Pengantin Perempuan.
Makanan-makanan seperti ini adalah antara syarat wajib yang mesti semua perempuan Melayu tahu masak pada zaman dahulu sebelum layak berkahwin untuk menilai tahap kesabaran bakal isteri anaknya.
Setiap masakan mereka akan dinilai oleh bakal ibu mertua. Ini untuk memastikan bakal isteri untuk anak mereka adalah seorang yang sabar dan tidak panas baran.
Antara jenis masakan yang selalu diuji ialah:-
- Rendang Tok atau nama asalnya ialah Rendang Tok Bidor
- Serunding
- Dodol

Sejarah Pencipta Makanan Perang
Kebanyakan makanan seperti ini dicipta Oleh Bendari, Bendari ialah tukang masak tentera laut di kapal. Makanan jenis ini dicipta oleh BENDARI supaya supaya orang Melayu boleh belayar lebih jauh dengan kapal tanpa putus bekalan makanan kerana tahan lama dan tidak mudah basi atau rosak .

Makanan ini juga penting supaya orang Melayu zaman dahulu tidak perlu takut kalau semua punca makanan disekat jika dikuasai musuh apa bila berlakunya perang.Makanan jenis ini tidak perlu dimasak selalu seperti makanan harian sekarang.

Sebagai penghormatan pada jasa Bendari zaman dahulu, maka terciptalah Tanjak Bendari sebagai satu pangkat yang bertanggungjawab keatas bekalan makanan tentera laut zaman dahulu. Tanpa makanan agak mustahil sebuah kuasa tentera dapat menjalankan tugas mereka dengan baik. Jawatan Bendari juga masih digunakan sehingga sekarang oleh tentera laut sebagai jawatan tukang masak diatas kapal. Sayangnya tidak ramai yang tahu mengapa nama Bendari masih digunakan hanya untuk tukang masak diatas kapal dan bukan didarat.

Antara makanan lain dimasak oleh Bendari ialah ikan masin, ikan perkasam, makanan yang diperam supaya tahan lama.

Ditulis, diterangkan, disusun dan disaring maklumat oleh.
DR. DR.H.C JOHAN ISKANDAR BIN ABDUL KARIM

Boleh lihat pautan :
Copy and paste: 29 May 2020 / 6 Syawal 1441H: 5.28 am

MERIAM MELAYU - MERIAM RAYA


Ada beberapa golongan yang tidak percaya bahawa orang Nusantara pada zaman dahulu telahpun pandai menggunakan meriam di dalam perang. Tidak tahu mengapa fakta ini cuba dinafikan oleh pelbagai pihak yang tidak bertanggungjawab. Namun artikel ini akan tetap mempertahankan bahawa Nusantara memang dari dulu dah pandai pakai meriam.
Di dalam Song Lian (History Of Yuan) ada menuliskan bahawa orang Jawa (Majapahit) telah pun menggunakan senjata ubat bedil (meriam) ketika diserang oleh Kublai Khan (Monggol) pada tahun 1293 masihi. 3 000 tentera elit Monggol telah terkorban di dalam perang ini.
Dipercayai Majapahit telah menggunakan meriam yang bernama 'Bedil Warastra'. Dipercayai kilangnya ketika itu di Rajakwesi, Bojonegoro dan ubat bedil dikilangkan di Swatantra Biluluk (Lamongan).
Selepas Perang Paregreg (Perang Saudara Majapahit) pada tahun 1404 Masihi, ramai pembuat meriam yang berlindah kerana tidak mahu terlibat dengan perang saudara ini. Maka mereka mulai berpindah ke pulau-pulau lain di Nusantara antaranya Sumatera, Brunei, Semenanjung dan Filipina. Maka kerajaan-kerajaan Nusantara lain ketika itu pun mengambil peluang untuk menggunakan pengetahuan bermeriam ini di kerajaan masing-masing. Boleh sahaja dikatakan pada tahun berikutnya, meriam ini telah kelihatan 'normal'. Hal ini turut dirakamkan di dalam The History of Java penulisan Thomas Stamford Raffles,1965.
Maka tidak pelik lah jika benar Portugis datang ke Melaka dalam keadaaan Melaka telah terkubu dengan Meriam. Bukan sahaja itu, malah orang-orang Dayak juga telah menggunakan meriam sebagaimana peristiwa Rentap melawan James Broke di Sungai Skrang.
Malah saya rasa ada baiknya saya buka cerita tentang adat orang Melayu ketika hari raya iaitu bermain meriam buluh. Mana datangnya budaya ini kalau bukan kerana orang Melayu memang telah fasih dengan ilmu peledak.
Orang Nusantara lah orang yang telah menormalisasikan penggunaan meriam, sehingga akhirnya meriam ni hanya dibuat untuk permainan anak-anak sahaja. Sehingga hari ini, anak-anak Melayu lah yang bermain meriam buluh secara buatan tangan. Tidak seperti mercun, yang boleh sahaja dibeli sudah siap untuk diletupkan. Meriam buluh perlu di buat sendiri dengan tangan. Daripada itu sehingga hari ini, orang Nusantara lah yang menginovasikan meriam buluh kepada versi paip pvc, konkrit dan pelbagai lagi bahan lain.
Betapa ilmu meriam ini telah diturunkan daripada satu generasi kepada satu generasi Nusantara. Saya tidak tahu tamadun mana lagi di dunia yang menjadikan meriam sebagai permainan anak-anak. Tapi, Nusantara telahpun mencapai tahap itu menunjukkan betapa 'normal' nya kewujudan meriam di dalam komuniti.
Wallahualam.
[Revolusi Melayu Baru]
Copy and paste: 29/5/2020 @ 6 Syawal 1441H: 5.23 am

BERGEMBIRA LAH JIKA ADA TETAMU YG SUDI DATANG RUMAH

TETAMU MEMBAWA BERKAT

Ada seorang lelaki yang senang dgn kedatangan tetamu kerumahnya… Namun isterinya menunjukkan sikap sebaliknya tidak suka tetamu datang…
Setiapkali ia membawa tetamu ke rumahnya, isterinya menunjukkan sikap yang tidak baik. Suaminya itu memberitahu keadaan isterinya kepada..

Rasulullah SAW Mendengar itu cerita itu..

✨Rasulullah SAW bersabda, 💫“Katakan kepada isterimu, hari ini Rasulullah SAW dan beberapa orang sahabatnya akan menjadi tetamu dirumah kita.”

✨Rasulullah SAW berpesan kepada orang itu, 💫“Katakan kepada isterimu supaya ia memerhatikan tetamu pada saat mereka keluar rumah kamu nanti.”

👉Isteri laki-laki itu melakukan apa yang diperintahkan Rasulullah SAW.. Pada saat tetamu masuk, ia melihat mereka membawa daging dan buah-buahan yang banyak dan pada saat keluar mereka membawa keluar ular dan kala jengking yang begitu banyak.

✨Rasulullah SAW Bersabda, 💫“Kedatangan tetamu ke rumah mendatangkan kurnia yang banyak ke dalam rumah dan pada saat pergi, mereka membawa keluar berbagai bencana.”

👉Dengan menyaksikan hal itu, wanita itu pun berubah menjadi orang yang suka menerima tetamu. 💫Alhamdulillah

✨Rasulullah SAW Bersabda, 💫“Sesungguhnya seorang tetamu yang datang mengunjungi seseorang, membawa rezeki untuk orang tersebut dari langit, Apabila ia memakan sesuatu, Allah SWT akan mengampuni penghuni rumah yang dikunjungi tersebut.”

✨Imam Ali bin Musa ar-Redha berkata, 💫“Orang dermawan adalah orang yang memakan makanan orang lain agar orang lain dapat memakan makanannya. Adapun orang kikir adalah orang yang tidak memakan makanan orang lain agar orang tersebut tidak memakan makanannya.”

✨Rasulullah SAW Bersabda, 💫“Suatu majlis ( pertemuan ) tidak akan terasa sempit dengan adanya orang-orang yang saling mencintai di dalamnya.”

✨✍🏻Dalam kesempatan lain, Rasulullah SAW Bersabda, 🌹“Setiap rumah yang tidak dikunjungi tetamu, maka malaikat pun tidak akan mengunjungi rumah tersebut.”👀

✨Imam Jaafar ash-Sadiq berkata,👀” Barangsiapa mengunjungi sahabatnya semata-mata kerana Allah, nescaya Allah SWT mengutus 70 ribu malaikat untuk menyertainya. Para malaikat itu berkata,

✨Jadikan Syurga Itu Sebagai MISI dan VISI Kita 
.” ( Mizan al Hikmah )

👀Sesungguhnya beruntunglah rumah-rumah yang sering kedatangan tetamu, maka itu janganlah mengeluh jika ada orang yang ingin menjadi tetamu kerumah kita..👁

👀Kebahagiaan itu jika di ukur dari harta kekayaan maka ianya tidak akan kekal lama..

👀Biarlah dicaci dan dihina kerana tiada harta.. Tiada apa yang nak dibanggakan sangat dengan harta dan pangkat..

👀Harta dan pangkat tak dapat dibawa mati..

👀Harta dan pangkat yang dibanggakan tidak dapat menolong menjawap soalan Malaikat dalam kubur kelak..

👀Harta dan pangkat juga tidak dapat menjamin kita akan selamat di akhirat kelak..

👀👁Hanya amalan saja yang akan dibawa mati kelak menjadi penentu samada Syurga ataupun Neraka..
Jangan lah risau jikalau ada tetamu yang datang ke rumah kita bagi makan sebahagian harta kita untuk mereka..

Copy and paste: Whatsapp Group Otai Greenwood Park
29 May 2020 / 6 Syawal 1441H: 5.01 am