ZULHEIMY MAAMOR

Friday, 29 May 2020

MERIAM MELAYU - MERIAM RAYA


Ada beberapa golongan yang tidak percaya bahawa orang Nusantara pada zaman dahulu telahpun pandai menggunakan meriam di dalam perang. Tidak tahu mengapa fakta ini cuba dinafikan oleh pelbagai pihak yang tidak bertanggungjawab. Namun artikel ini akan tetap mempertahankan bahawa Nusantara memang dari dulu dah pandai pakai meriam.
Di dalam Song Lian (History Of Yuan) ada menuliskan bahawa orang Jawa (Majapahit) telah pun menggunakan senjata ubat bedil (meriam) ketika diserang oleh Kublai Khan (Monggol) pada tahun 1293 masihi. 3 000 tentera elit Monggol telah terkorban di dalam perang ini.
Dipercayai Majapahit telah menggunakan meriam yang bernama 'Bedil Warastra'. Dipercayai kilangnya ketika itu di Rajakwesi, Bojonegoro dan ubat bedil dikilangkan di Swatantra Biluluk (Lamongan).
Selepas Perang Paregreg (Perang Saudara Majapahit) pada tahun 1404 Masihi, ramai pembuat meriam yang berlindah kerana tidak mahu terlibat dengan perang saudara ini. Maka mereka mulai berpindah ke pulau-pulau lain di Nusantara antaranya Sumatera, Brunei, Semenanjung dan Filipina. Maka kerajaan-kerajaan Nusantara lain ketika itu pun mengambil peluang untuk menggunakan pengetahuan bermeriam ini di kerajaan masing-masing. Boleh sahaja dikatakan pada tahun berikutnya, meriam ini telah kelihatan 'normal'. Hal ini turut dirakamkan di dalam The History of Java penulisan Thomas Stamford Raffles,1965.
Maka tidak pelik lah jika benar Portugis datang ke Melaka dalam keadaaan Melaka telah terkubu dengan Meriam. Bukan sahaja itu, malah orang-orang Dayak juga telah menggunakan meriam sebagaimana peristiwa Rentap melawan James Broke di Sungai Skrang.
Malah saya rasa ada baiknya saya buka cerita tentang adat orang Melayu ketika hari raya iaitu bermain meriam buluh. Mana datangnya budaya ini kalau bukan kerana orang Melayu memang telah fasih dengan ilmu peledak.
Orang Nusantara lah orang yang telah menormalisasikan penggunaan meriam, sehingga akhirnya meriam ni hanya dibuat untuk permainan anak-anak sahaja. Sehingga hari ini, anak-anak Melayu lah yang bermain meriam buluh secara buatan tangan. Tidak seperti mercun, yang boleh sahaja dibeli sudah siap untuk diletupkan. Meriam buluh perlu di buat sendiri dengan tangan. Daripada itu sehingga hari ini, orang Nusantara lah yang menginovasikan meriam buluh kepada versi paip pvc, konkrit dan pelbagai lagi bahan lain.
Betapa ilmu meriam ini telah diturunkan daripada satu generasi kepada satu generasi Nusantara. Saya tidak tahu tamadun mana lagi di dunia yang menjadikan meriam sebagai permainan anak-anak. Tapi, Nusantara telahpun mencapai tahap itu menunjukkan betapa 'normal' nya kewujudan meriam di dalam komuniti.
Wallahualam.
[Revolusi Melayu Baru]
Copy and paste: 29/5/2020 @ 6 Syawal 1441H: 5.23 am

No comments:

Post a Comment