ZULHEIMY MAAMOR

Sunday, 9 February 2020

SUBUH LEWAT & TAHAJJUD

Subuh masuk lewat ketika ini (iaitu jam 6:04) ketika status ini ditulis - waktu Putrajaya), nescaya jika kita terbangun dari tidur pada jam 5:50 pagi hatta jam 6 am sekalipun, kita masih berpeluang mendirikan solat tahajjud dua rakaat dan ditutup dengan 3 atau 1 rakaat solat witir (kecuali jika telah witir sebelum tidur - tidak perlu witir lagi kerana Nabi sebut tiada dua witir dalam satu malam)

Waktu solat TAHAJJUD bermula selepas isyak, kemudian tidur dan mujahadah bangun sebelum subuh untuk solat menurut majoriti ulama berdasar athar sahabat nabi bernama Hajjaj Bin al- Amru yang hasan sanadnya menurut Ibn Hajar dalam Talkhis al-Habir.

Tamat waktunya adalah ketika masuk waktu Subuh atau fajar sebagaimana hadis :-
إن الله أمدكم بصلاة هي خير لكم من حمر النعم ، وهي الوتر فجعلها الله لكم فيما بين العشاء إلى طلوع الفجر
Ertinya : Sesungguhnya Allah mengurniakan bagimu solat yang lebih baik dari unta merah (barang paling berharga di dunia) iaitulah solat witir dan dijadikan baginya waktu selepas solat Isyak sehingga naik Fajar. (Riwayat Abu Daud & Tirmidzi)

Justeru, ambillah peluang mendirikan solat tahajjud yang ditutup dengan witir sebagai mujahadah diri dan jiwa. Allah swt menjanjikan kemulian kedudukan (di akhirat) bagi mereka yang melaziminya. JANGAN niat solat Tahajjud untuk kononnya muka bercahayalah, putih, untuk kaya dan lain-lain sebab dunia, jadikan ia khas untuk menghampirkan diri kepada Allah swt & redhanNya. Insha Allah.

JANGAN juga pandang rendah jika hanya mampu laksana DUA rakaat Tahajjud sahaja, asalkan konsisten kerana ibadah yang konsisten lebih dicintai Allah swt berbanding yang banyak tetapi terputus.

Tahajjud dua rakaat yang tidak melahirkan bongkak dan ujub JAUH LEBIH MULIA dari berbelas rakaat tetapi ujub, bongkak dan memandang rendah ibadah orang lain.

Sumber : Dr Zaharuddin Abd Rahman

CARA MENUNAIKAN SOLAT TAHAJUD

1. Niat Lafaz niat ialah

ﺃُﺻَﻠِّﻲ ﺳُﻨَّﺔَ ﺍﻟﺘَﻬَﺠُّﺪِ ﺭَﻛْﻌَﺘَﻴْﻦِ ﻟِﻠَّﻪِ
ﺗَﻌَﺎﻟَﻰ
Maksud: Sahaja aku solat sunat tahajud dua rakaat kerana Allah taala.

2. Sekurang-kurangnya 2 rakaat satu malam atau beberapa rakaat mengikut kemampuan sama ada bersendirian atau berjemaah.

3. Pada rakaat Pertama Baca:
Al-fatihah & Al-Kafirun atau mana-mana surah lazim

4. Pada rakaat kedua baca:
Al-Fatihah dan Al-ikhlas atau mana-mana surah lazim

5. Membaca doa tahajud atau apa sahaja doa yang ingin disampaikan kepada Allah Ta'ala

Moga Allah pegang hati kita semua dan siramkan dengan iman sentiasa

Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabb

** Nota tambahan dari saya:

KELEBIHAN  SOLAT TAHAJJUD

.

    1. Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
    2. Doa dimakbulkan Allah.
    3. Memperolehi ketenangan jiwa.
    4. Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
    5. Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
    6. Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
    7. Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
    8. Mencegah dosa dan menghindari  penyakit.
    9. Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
    10. Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
    11. Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
    12. Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
    13. Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
    14. Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.
    15. Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
    16. Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
    17. Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
    18. Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.

Copy and paste:
9 Februari 2020: 5.10 pagi
15 Jamadil Akhir 1441H.

No comments:

Post a Comment