ZULHEIMY MAAMOR

Thursday, 30 January 2020

MAYAT SYUHADA UHUD TERKELUAR DARI QUBUR UHUD KERANA BANJIR :

Credit to : Roujin d'Umi FB Kesultanan Alam Melayu
- Ustaz Shukri Harun

shukriharun.blogspot. com


- Edit oleh Roujin d'Umi
04 Jumadil Akhir 1441H
24 Januari 2020; 16:19

MATI SYAHID adalah suatu kurniaan ALLAH yang sangat besar yang dikurniakan kepada hamba-hambaNYA yang IKHLAS untuk agama ISLAM. Kurniaan yang besar ini adalah suatu galakan untuk para pejuang Islam terus istiqamah dalam perjuangannya menegakkan agama ISLAM.
Mati syahid adalah suatu ganjaran yang lebih besar dari harta seisi dunia. Orang yang mati syahid diberikan kemudahan untuk masuk syurga tanpa hisab. Ketika matinya sebagai pahlawan dan perwira agama, mereka tidak perlu dimandikan, tidak perlu dikafankan dan tidak perlu dimandikan, ini adalah kerana mereka masih hidup. Adakah perlu dimandikan, dikafankan dan disolatkan bagi orang yang masih hidup?
Firman Allah Ta’ala :
وَلاَ تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ أَمْوَاتاً بَلْ أَحْيَاء عِندَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ
“Janganlah sekali kali kamu mengira bahwa orang orang yang gugur di jalan ALLAH itu mati, tetapi mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki .”
[QS. Al Baqarah: Ayat 169]

Orang mati syahid akan bangkit di hari kiamat nanti dengan darah berceceran, rupanya rupa darah tapi baunya bau kasturi, sabda Rasulullah ﷺ :
عن أبي هريرة قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم لا يكلم أحد في سبيل الله والله أعلم بمن يكلم في سبيله إلا جاء يوم القيامة اللون لون الدم والريح ريح المسك قال أبو عيسى هذا حديث حسن صحيح وقد روي من غير وجه عن أبي هريرة عن النبي صلى الله عليه وسل
"Tiada seseorang yang mengisahkan tentang orang-orang yang berjihad fi sabilillah, sesungguhnya ALLAH sahajalah yang mengetahui dan DIA sahaja yang mampu mengkhabarkan akan kelebihan orang berjuang fisabilillah, melainkan orang mati syahid akan datang pada hari kiamat dengan warna darah tetapi baunya bau kasturi".
Dalam siri peperangan yang dihadiri oleh Rasulullah ﷺ dan para sahabat Baginda, ramai yang telah berjaya menemui SYAHID ini. Antara peperangan yang menyaksikan sahabat-sahabat terkorban sebagai syahid ialah Perang Badar, Perang Uhud, Perang Khandak dan lain-lain.
...

PARA SYUHADA UHUD :
Satu khabar yang sangat menggemparkan, ketika berlaku banjir pada tahun 2013, kebanyakan jenazah para syuhada’ ini telah terkeluar dari quburan.
Waktu berlaku banjir di Madinah, kubur 70 orang syuhada ditenggalami air banjir sehingga menyebabkan mayat syuhada' Uhud terkeluar, dan kelihatan masih utuh serta segar lagi dan masih berdarah.
Sayangnya, hanya dua mayat sahaja yang dikenali.
[1] Saidina Hamzah bin Abdul Muttalib kerana terdapat tembus dadanya kerana telah dikeluarkan jantung nya oleh Hindun, badannya tegap dan agak tinggi, tangan Hamzah masih menutup lukanya di lambungnya yang terkena lembing yang dilontar oleh Wahsy, bekas terkena lembing itu masih lagi berdarah biarpun mayat itu melalui masa ribuan tahun.
[2] Saidina Abdullah bin Jahsy kerana di kenali dari kuping dan hidungnya yang terpotong-potong kerana diikat benang.

Kedua-dua sahabat ini sahaja yang diletak nisan, manakala yang lainnya tidak dikenali, dikebumikan semula tanpa nisan. Jika kita menziarahi syuhada' Uhud sekarang ini, akan kelihatan dua nisan tersebut.
...

SEBUAH “KESAKSIAN” :
Dr. Thariq As-Suwaidan dalam kasetnya yang berharga, “Qisshatun Nihayah”, yang dinukil secara langsung dari Syaikh Mahmud Ash-Shawaf menyebutkan peristiwa besar yang dialami oleh sebagian ulama dalam penguburan semula sebagian sahabat yang gugur syahid di perang Uhud.
Bagaimana mereka menyaksikan para sahabat setelah 1400 tahun berlalu, jasad mereka seperti sedia kala tanpa perubahan, tanpa pembusukan. Sebagai bukti nyata atas kebenaran berita gumbira dari Nabi Muhammad ﷺ kepada para syuhada, bahwa bumi tidak memakan jasad mereka.
Berikut adalah sebagian dari kaset pembicaraan Dr. Thariq As-Suwaidan tentang peristiwa tersebut.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Syaikh Mahmud Ash-Shawaf telah menyampaikan kepada kami bahwa dia adalah salah seorang yang diundang dari kalangan ulama besar untuk pemakaman semula para sahabat yang gugur syahid di perang Uhud di kompleks kuburan syuhada Uhud, pekuburan yang terkenal. Karena diterjang banjir, maka sebagian jasadnya muncul ke permukaan. Para ulama diundang untuk menguburkan semula para sahabat tersebut.
Beliau berkata,
"Di antara orang yang aku kuburkan adalah Hamzah, badannya besar, kedua telinga dan hidungnya terpotong, perutnya terbelah, dia meletakkan tangannya diatas perutnya. Ketika kami menggerakkannya dan mengangkat tangannya, darahnya mengalir. Aku menguburkannya bersama sahabat-sahabat lainnya yang gugur syahid di Uhud".

Dr Thariq As-suwaidan berkata lagi,
"Ini adalah perkara yang terbukti secara mutawatir dan dengan mata kepala. Semoga Allah menyampaikan kita semua ke derajat para syuhada. Syaikh Mahmud telah menyampaikan kepada kami tentang aroma harum misk yang berasal darinya ketika darah mengalir dari jasad Hamzah".
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Subhanallah, setelah 1400 tahun lebih, betapa agungnya Engkau ya ALLAH. Alangkah besarnya kekuasaan-MU, Maha suci Engkau. Betapa utamanya, betapa mulianya, ALLAH memberikan nya kepada para syuhada.
Jika seperti itu kemuliaan jasadnya yang terpendam di perut bumi yang tak seorangpun melihatnya, lalu bagaimanakah dengan kemuliaannya di syurga yang luasnya seluas langit dan bumi?
Selamat bagi yang telah melihat sahabat yang mulia ini, Hamzah bin Abdul Mutthalib, paman Rasulullah ﷺ.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JASAD SYUHADA YANG TIDAK MENGALAMI PEREPUTAN DAN PEMBUSUKAN :
Jabir bin Abdillah bercerita, ”Menjelang perang Uhud, ayahku memanggilku pada malam hari. Ia berkata: ’Aku merasa akan menjadi orang yang pertama gugur di antara para sahabat Nabi ﷺ. Sungguh aku tidak meninggalkan sesuatupun yang lebih ku sayangi selain engkau, di samping Nabi ﷺ. Sesungguhnya aku memiliki hutang, maka lunasilah. Dan bersikap baiklah kepada saudara-saudara perempuanmu.’
Keesokan harinya, ia pun menjadi orang yang pertama gugur. Ia dimakamkan bersama orang yang lain dalam satu lubang kubur. Tetapi hatiku merasa kurang nyaman membiarkan ayahku membagi lubang kubur bersama orang lain.
Enam bulan kemudian, aku membongkar makamnya dan mengeluarkannya. Ajaib, jasadnya masih tetap utuh sama seperti pertama kali aku menguburkannya.”
[HR Bukhari, Fathul Bari, 3/214]
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Petikan hadist di atas membuktikan dimana ayah Jabir terbunuh dalam perang Uhud dan ketika 6 bulan kemudian makamnya dibongkar, maka jasadnya tetap utuh. Enam bulan adalah waktu yang lama di mana tubuh mayat seharusnya sudah hancur berantakan.
Penelitian membuktikan bahwa 24-36 jam pertama mayat dikuburkan, maka bola mata mulai menonjol dan kornea menghitam. Cabang-cabang urat nadi mulai terlihat di perut dan dada.
2-5 hari berikutnya, wajah dan seluruh tubuh menggelembung, dari tubuh mayat keluar bau busuk.
Setelah melewati 5-10 hari, kulit mulai rapuh dan tubuh di kerubungi larva. Organ-organ tubuh meleleh ke tanah dan mulai menyisakan tulang saja.
[dinukil dari buku Ushuluth Thibbisy Syar’i, Dr. Muhammad Ahmad Sulaiman]

- Dalam sejarah Uhud bencana banjir pertamakali terjadi pada tahun 46 H atau 667 M, atau 43 tahun setelah Perang Uhud yang ceritanya mirip, yaitu jasad jasad mereka mengapung. 

- Dalam cerita DR. Thariq ini saya tidak tahu banjir yang keberapa dan tahun berapa.
...

HANZALAH BIN ABI AMlR (حنظله بن أبي عامر رضي الله عنه) :
Hanzalah merupakan seorang sahabat Nabi ﷺ yang baru sahaja berkahwin pada malam sebelum berlakunya peperangan Uhud.
Pada malam itu, Hanzalah meminta keizinan Nabi ﷺ untuk bersama-sama isterinya sedangkan dia tidak tahu sama ada malam itu sebagai malam pertemuan atau malam perpisahan bagi pasangan tersebut. Nabi ﷺ memberi keizinan kepada Hanzolah untuk beliau bermalam bersama isterinya.
Namun, ketika Hanzalah terjaga dari tidurnya, beliau mendengar gendang perang dibunyikan dengan begitu kuat sekali. Beliau mendapatkan berita daripada salah seorang sahabat bahawa tentera Islam mendapat tentangan yang hebat dan berada dalam keadaan genting. Lalu, tanpa membuang masa, Hanzalah terus memakai pakaian perang dan mengambil pedang. Beliau menuju ke medan tempur tanpa sempat mandi junub.
Semasa dalam perang tersebut, Hanzolah berlawan dengan Abu Sofyan b. Harb. Dengan tangkasnya, beliau menebas kaki kuda Abu Sofyan dari arah belakang sehingga Abu Sofyan terjatuh dari kudanya.
Pada saat itu, datanglah Syaddah b. Al-Aswad membantu Abu Sofyan melawan Hanzolah. Kemudiannya, salah seorang daripada mereka telah melempar lembing dan menusuk ke hati Hanzolah. Lalu, Hanzolah turut menjadi syahid peperangan Uhud dalam keadaan masih berjunub.
Semasa Nabi ﷺ melihat mayat beliau selepas perang tamat, baginda berkata bahawa Hanzolah telah dimandikan oleh para malaikat. Pada masa itu Nabi ﷺ berpaling daripada mayat itu.
Sahabat-sahabat bertanya Nabi ﷺ mengapa baginda berpaling daripada mayat. Lalu, baginda menjawab bahawa bersama-sama Hanzolah ada dua orang isterinya daripada bidadari syurga.
Salah seorang daripada sahabat, Abu Said Saidi pergi melihat mayat Hanzolah. Wajah beliau begitu tenang sekali. Dari rambutnya, kelihatan titisan air berlinangan turun. Sungguh beruntung Hanzolah mendapat layanan yang begitu istimewa dari malaikat.
Tidak pernah terjadi dalam sejarah seorang syahid dimandikan dengan cara yang luar biasa ini. Malahan, wafatnya juga sebagai syuhada menjadikan beliau sebagai penghuni syurga tanpa dihisab.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

DAFTAR NAMA PEJUANG PERANG UHUD YANG SYAHID:
1 ) حمزة بن عبد المطلب رضي الله عنه
2 ) حنظله بن أبي عامر رضي الله عنه
3 ) مصعب بن عمير رضي الله عنه
4 ) عبد الله بن عمرو بن حرام رضي الله عنه
5 ) عمرو بن الجموح رضي الله عنه
6 ) خارجة بن زيد رضي الله عنه
7 ) سعد بن ربيع رضي الله عنه
8 ) النعمان بن مالك رضي الله عنه
9 ) عبدة بن الحسحاس رضي الله عنه
10) مالك بن سنان رضي الله عنه
11) شماس بن عثمان المخزومي رضي الله عنه
12) سهل بن قيس رضي الله عنه
13) عمرو بن معاذ رضي الله عنه
14) عبد الله بن جبير بن النعمان رضي الله عنه
15) عمرو بن معاذ بن النعمان رضي الله عنه
16) الحارث بن أنس بن رافع رضي الله عنه
17) عمارة بن زياد بن السكن رضي الله عنه
18) سلمة بن ثابت بن وقش رضي الله عنه
19) عمرو بن ثابت بن وقش رضي الله عنه
20) رفاعة ابن وقش رضي الله عنه
21) اليمان أبو حذيفة بن اليمان رضي الله عنهما قتله المسلمون خطاء
22) صيفي بن قيظي رضي الله عنه
23) الحباب بن قيظي رضي الله عنه
24) عباد بن سهل رضي الله عنه
25) عبد الأشهل إياس بن أوس بن عتيك بن عبد الأعلم ابن زعوراء بن جشم رضي الله عنه
26) عبيد بن التيهان رضي الله عنه
27) أبو سفيان بن الحارث بن قيس بن زيد بن ضبيعة وهو أبو البنات رضي الله عنه
28) أنيس بن قتادة رضي الله عنه
29) خيثمة أبو سعد رضي الله عنه
30) عبد الله بن سلمة رضي الله عنه
31) سبيق بن حاطب بن الحارث بن هيشة رضي الله عنه
32) أوس بن أرقم بن زيد بن قيس بن النعمان بن ثعلبة بن كعب رضي الله عنه
33) مالك بن سنان بن الأبجر وهو أبو أبي سعيد الخدري رضي الله عنه
34) سعد بن سويد بن قيس بن عامر بن عمار بن الأبجر رضي الله عنه
35) عتبة بن ربيع بن رافع بن معاوية بن عبيد بن ثعلبة رضي الله عنه
36) ثعلبة بن سعد بن مالك بن خالد بن نميلة رضي الله عنه
37) حارثة بن عمرو رضي الله عنه
38) نفث بن فروة بن البدي رضي الله عنه
39) عبد الله بن ثعلبة رضي الله عنه
40) قيس بن ثعلبة رضي الله عنه
41) طريف الجهيني رضي الله عنه
42) ضمرة الجهيني رضي الله عنه
43) نوفل بن عبد الله رضي الله عنه
44) العباس بن عبادة بن نضلة رضي الله عنه
45) النعمان بن مالك بن ثعلبة بن غنم رضي الله عنه
46) مجذر بن ذياد رضي الله عنه
47) عنترة مولى بني سلمة رضي الله عنه
48) رفاعة بن عمرو رضي الله عنه
49) خلاد بن عمرو بن الجموح رضي الله عنه
50) المعلى بن لوذان بن حارثة بن رستم بن ثعلبة رضي الله عنه
51) ذكوان بن عبد قيس رضي الله عنه
52) عمرو بن قيس رضي الله عنه
53) قيس بن عمرو بن قيس رضي الله عنه
54) سليط بن عمرو رضي الله عنه
55) عامر بن مخلد رضي الله عنه
56) أبو أسيرة بن الحارث بن علقمة بن عمرو ابن مالك رضي الله عنه
57) عمرو بن مطرف بن علقمة بن عمرو رضي الله عنه
58) أوس بن حرام رضي الله عنه
59) أنس بن النضر بن ضمضم رضي الله عنه
60) قيس بن مخلد رضي الله عنه
61) كيسان مولى بني النجار رضي الله عنه
62) سليم بن الحارث رضي الله عنه
63) النعمان بن عمرو رضي الله عنه
64) وهب بن قابوس رضي الله عنه
65) الحارث بن عقبة بن قابوس ( ابن أخ وهب بن قابوس ) رضي الله عنه
66) عبد الله بن جحش رضي الله عنه
67) سعد مولى حاطب رضي الله عنه
68) شماس بن عثمان بن الشريد رضي الله عنه
69) عبد الله ابن الهبيت رضي الله عنه
70) عبد الرحمن بن الهبيت رضي الله عنه
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ketika ambe, Roujin d'Umi menunaikan Haji pada tahun 1996, ambe telah dimaklumkan oleh seorang sahabat yang berpeluang mengunjungi Perpustakaan di bawah Masjid Nabawi bahawa terdapat gambar-gambar para Syuhada disimpan kemas di Perpustakaan tersebut.
Amat menakjubkan, wajah-wajah para sahabat yang telah syahid masih utuh dan tidak mereput. Wajah saidina Hamzah r.a. menjadi wajah yang diingati.
Setiap kali para jemaah yang mengunjungi Masjid Nabawi yang seiras wajah para syuhada, maka menggigil lah tangan mereka bersalaman dengan jemaah yang datang berziarah itu.
Wallahu a'lam.
Copy and paste:
30 January 2020: 8.42 pm

No comments:

Post a Comment