ZULHEIMY MAAMOR

Thursday, 30 January 2020

Akhbar, Buku & Sejarah : Pemburu Hidupan Liar Amerika di Bumi Tringanu – 1897 – 1924


Deskripsi :
Charles Mayer (1862-16 Mei 1927) merupakan seorang pemburu hidupan liar berbangsa Jerman yang berasal dari New York, Amerika Syarikat beroperasi dari pangkalannya di jalan Orchard di Singapura. Beliau mula di perkenalkan dalam bidang memburu serta menangkap haiwan liar oleh Gaylord & P. T. Barnum yang terlibat dalam persembahan circus yang mana seringkali belayar ke Siam, Jawa, Sumatra dan Semenanjung Tanah Melayu.
Mei 1897, dengan restu Raja Siam serta keizinan Sultan Zainal Abidin III Charles Mayer memulakan operasi memburu serta menangkap kawanan gajah yang dikesan berada dalam kawasan hutan di Marang. Berdasarkan maklumat dan penemuan orang awam, ada yang pernah teserempak dengan kawanan gajah liar terdiri dari 14 ekor dewasa dan 2 ekor anak. Operasi ini di bantu dengan sokongan penduduk tempatan bila mana setiap penghulu di kawasan Marang di wajibkan menghantar 10 orang pekerja bagi setiap minggu sebagaimana titah perintah “kerahan” oleh Sultan Tringanu sehingga semuanya selesai.
12 Julai 1897, Charles Mayer berjaya menangkap kawanan gajah ini dengan menjual 10 ekor; 2 ekor mati ketika dalam operasi memburu dan cubaan di jinakkan. 2 ekor anak gajah di jual kepada Harmston Circus (Pulau Jawa), 4 ekor gajah dewasa ke Madras dan 4 ekor lagi kepada Maharaja Mysore (Karnataka) dari India serta yang selebihnya di serahkan kepada Sultan Tringanu.
Hasil dari kejayaan ini secara tidak langsung terjalin persahabatan antara Charles Mayer dengan Sultan Zainal Abidin III. Berita kejayaan ini memperkenalkan namanya di kalangan warga barat dengan gelaran “Sir Elephant”. Kehadiran beliau berjaya di buktikan lagi dengan jelas bilamana kisahnya di laporkan dalam surat menyurat Christen S. Feilberg di dalam buku (Bahasa Denmark) yang bertajuk “Farbror Kristens liv: (Christen S. Feilberg 1839-1919), seorang wakil pembeli (kelapa kering - Copra) kepada syarikat East Asiatic Company dan jurufoto (sambilan) berbangsa Denmark yang pernah menetap di Kampung Cina sekitar tahun1900 sehingga 1910.
Charles Mayer merakamkan kembali aktiviti memburu, menjerat serta menangkap hidupan liar di Tringanu ini di dalam 2 buah buku karyanya iaitu :
1. Trapping wild animals in Malay jungles. Duffield and Company. 1921.
2. Jungle beasts I have captured. Garden City, N.Y., Doubleday. 1924.

Kisah-kisah pemburuannya seringkali tersiar sebagai cerpen ataupun cerita bersiri di dalam akhbar dan majalah samada di England atau Amerika Syarikat. 16 Mei 1927 dilaporkan beliau meninggal dunia pada usia 65 di sebuah hospital di New York.
15 April 1933 di laporkan hampir 5 tahun kematiannya, F.N Chasen selaku Pengarah Muzium Raffles di Singapura berjaya mendedahkan tindakan “ Plagiarism” ataupun penipuan sebahagian karyanya di dalam “Chapter VI - Killing Man-Eater” dari buku “Trapping wild animals in Malay jungles (1921)“. Saduran ini di ceduk bulat-bulat dari buku “Thirteen Years Amongs the Wild Beast of India: Their haunts and habits from personal observation: with an account of the modes of capturing and taming elephants. G. P. Sanderson. Edinburgh (1912).
Sebagaimana rujuk silang dari rekod-rekod sejarah Kesultanan Trengganu di era pemerintahan Sultan Zainal Abidin III, belum pernah lagi di temui kehadiran beliau di laporkan secara jelas. Bagi yang berminat dan ingin mengetahui lebih dekat persepsi serta pandangan seorang warga Amerika terhadap cara hidup, budaya, ekonomi serta persaingan di kalangan kerabat dalam cubaan menambat serta mendapatkan kepercayaan sultan bagi membawa pelabur ke Trengganu bolehlah membaca buku-buku beliau.
Alhamdulilah setelah hampir 3 tahun mencari dan menyelongkar keratan akhbar lama, majalah ataupun journal akhirnya berjaya di temui sekeping foto kecil yang memaparkan raut wajah Charles Mayer dari laporan di dalam akhbar yang bertajuk : In the lair of the jungle beast east of Suez – 2 Julai 1911, The Washington Post.
Posting Berita & Sejarah – 16 Ekor Gajah Di buru di Marang,Tringanu – 1897 pada 11 Mac 2018;
Rujukan :
1. Trapping wild animals in Malay jungles. Duffield and Company. 1921.
2. Jungle beasts I have captured. Garden City, N.Y., Doubleday, 1924.
3. In the lair of the jungle beast east of Suez – 2 Julai 1911, The Washington Post.
4. A Local Ship Owner In Court. The Singapore Free Press & Mercantile Advertiser (Weekly), 10 November 1897, Page 299
5. Adventures Weird And Wonderful. Weekly Sun, 16 November 1912, Page 8.
6. Amazing Case Of Plagiarism Is Exposed Locally The Straits Times, 15 October 1933, Page 1.
7. Books Received. The Straits Times, 24 April 1922, Page 10.
8. Elephant Catching In Tringganu. The Singapore Free Press & Mercantile Advertiser (Weekly), 7 September 1897, Page 6.
9. Fight with Apes. Malaya Tribune, 3 October 1916, Page 11.
10. The Delicious Durian. The Singapore Free Press & Mercantile Advertiser (Weekly), 14 January 1925, Page 7.
11. Sir Elephant in his element: the trapper in the jungle. 13 May 1922, The Illustrated London News.
12 Jungle Beast I have captured. Charles Mayer. 1 Nov 1929. The Illustrated London News.
13. An Elephant Hunt. The Trap, and How the Big Beasts Were Driven In and Tamed.30 April 1898, Dublin Weekly Nation.
14. How Sir Elephant Mastered The Herd. Asia the American Magazine on the Orient. January 1921.
15. Charles Mayer Dead.; Trapper of Elephants in Africa and Asia Dies in a Hospital. May 16, 1927. The New York Times Archives.
16. Villages Wiped Out. The Straits Times, 29 November 1924, Page 11.
17. Kompilasi foto Charles Mayer dan 2 buah bukunya; Trapping wild animals in Malay jungles. Duffield and Company. 1921.(Abebooks) dan Jungle beasts I have captured. Garden City, N.Y., Doubleday, 1924. (FB Balai Buku Raya).

 Copy and paste:
30 January 2020: 8.49 pm


No comments:

Post a Comment