Sebelum merungkai peristiwa yang besar maknanya pada umat Islam ini, mari kita lihat sedikit peristiwa yang sama aturannya dengan peristiwa korban Nabi Ismail as.
Peristiwa yang ingin dirungkaikan adalah peristiwa korban Nabi Ishak as (Isaac) yang juga anak kepada Nabi Ibrahim as.
NABI ISHAK DIKORBANKAN
Nabi Ishak atau Isaac adalah watak penting dalam tiga agama samawi iaitu Islam, Kristian dan Yahudi. Ini kerana, Nabi Ishak as adalah ayah kepada Nabi Yaakob as, iaitu bapa kepada Bani Israel (Children of Israel). Banyak riwayat menyatakan Nabi Ishak adalah adik tiri kepada Nabi Ismail.
Peristiwa korban Isaac diceritakan di dalam Genesis, ayat 2 menyatakan,
"And He said: Take now thy son, thine only son, whom thou lovest, even Isaac, and get thee into the land of Moriah; and offer him there for a burnt-offering upon one of the mountains which I will tell thee of."
Dalam ayat ini menyatakan bahawa Abraham membawa Isaac ke Gunung Moriah untuk dikorbankan tanpa menyoal walau sedikit pun perintah Tuhan.
Ia selari dengan peristiwa korban Nabi Ismail. Korban dalam istilah Hebrew disebut "Olah".
UMUR ISAAC
Umur Isaac ketika peristiwa "Olah" tidak dinyatakan sepenuhnya dalam Kitab Hebrew Bible di "Book of Genesis". Walau bagaimanapun, umur Isaac ada dinyatakan dalam Talmud.
* Talmud adalah kitab Yahudi bertulisan Hebrew yang membincangkan mengenai persoalan rabbi-rabbi, isu-isu sejarah bangsa mereka, hukum-hakam Yahudi, etika Yahudi, etika pemakaian Yahudi dan juga falsafah Yahudi.
Dalam Talmud, rabbi bersependapat bahawa umur Isaac adalah 37 tahun. Bagaimanapun menurut Bishop Ussher, umur Isaac adalah 20-an.
Untuk pengetahuan anda, dalam tradisi Yahudi, umur 13 tahun telah dikira dewasa!
ISAAC TIDAK DIKORBANKAN
Seperti mana peristiwa korban Nabi Ismail as, Nabi Ishak (Isaac) juga tidak dikorbankan. Diceritakan dalam Genesis 22:11-13,
11. And the angel of the LORD called unto him out of heaven, and said: Abraham, Abraham. And he said: Here am I.
12. And he said: Lay not thy hand upon the lad, neither do thou any thing unto him; for now I know that thou art a God-fearing man, seeing thou hast not withheld thy son, thine only son, from Me.
13. And Abraham lifted up his eyes, and looked, and behold behind him a ram caught in the thicket by his horns. And Abraham went and took the ram, and offered him up for a burnt-offering in the stead of his son.
Ketika Abraham mahu menghunus pisau di leher Isaac, malaikat datang kepada Abraham untuk menghentikan perbuatan itu atas perintah Tuhan. Dan juga seperti mana peristiwa korban Nabi Ismail, kibas dari syurga digantikan dengan Isaac.
KEJANGGALAN DALAM PERISTIWA "OLAH" ISAAC
Rasulullah saw telah bersabda dalam sebuah hadis yang menceritakan tentang diri baginda,
“Aku adalah anak keturunan dua orang zabihain.”
"Zabihain" bermaksud 2 orang yang hampir dengan kecelakaan. Jadi, Rasulullah saw ingin menyatakan bahawa baginda berasal daripada keturunan 2 orang yang hampir dengan kecelakaan.
Kecelakaan pertama yang dimaksudkan adalah ketika moyang Rasulullah saw iaitu Nabi Ismail diperintah dikorbankan seperti yang dinyatakan dalam Surah Al-Shaffat ayat 100 - 111.
Kecelakaan kedua ketika ayah Rasulullah saw sendiri hampir dikorbankan. Kisah tentang ayah baginda yang terancam untuk dikorbankan adalah kisah yang terkenal dalam sirah Rasulullah saw iaitu kisah nazar datuknya, Abdul Mutalib.
Di sini diketahui bahawa sabda Rasulullah saw membawa maksud Nabi Ismail yang disembelih, bukannya Nabi Ishak.
Untuk lebih menyakinkan, ingin dirungkai lagi kejanggalan peristiwa "Olah Isaac" ini melalui terjemahan King James Bible, Genesis 22:2,
“And He said: Take now thy son, thine only son Isaac, whom thou lovest, and get thee into the land of Moriah; and offer him there for a burnt offering upon one of the mountains which I will tell thee of.”
Dalam terjemahan Bahasa Inggeris normal,
"Then God said: Take your son, your only son, Isaac, whom you love, and go to the region of Moriah. Sacrifice him there as a burnt offering on one of the mountains I will tell you about."
Dalam Bahasa Melayu,
"Kata Tuhan: Pergilah ke tanah Man’a dengan Isaac, anakmu yang tunggal, yang sangat kau kasihi. Di situ, di sebuah gunung yang akan Ku tunjukkan kepadamu. Persembahkanlah anakmu sebagai korban kepada-Ku.”
Apa yang janggal di sini adalah ayat “thine only son Isaac”, yang membawa maksud "anak tunggal kepada Nabi Ibrahim" seterusnya sebagai anak sulung Nabi Ibrahim.
Padahal melalui dua ayat dalam Bible iaitu daripada Genesis 16:16 dan Genesis 21:5, Nabi Ismail adalah anak sulung kepada Nabi Ibrahim. Bandingkan dua ayat ini,
Genesis 16:16 dalam terjemahan King James Bible,
”And Abram was fourscore and 6 years old, when Hagar bare Ishmael to Abram.”
* "Fourscore" bermaksud 80 tahun dan ayat ni bermaksud umur Abram (Ibrahim) adalah 86 tahun. Abram atau Avram adalah nama lain bagi Abraham.
Genesis 21:5 dalam terjemahan King James Bible,
"And Abraham was an 100 years old, when his son Isaac was born unto him."
Di sini kita tahu bahawa dalam kitab suci mereka sendiri menyatakan Nabi Ismail adalah anak sulung kepada Nabi Ibrahim dengan perbezaan umur dengan Nabi Ishak adalah sebanyak 14 tahun!
Bagaimana boleh tersilap dengan menyatakan ayat berbunyi “thine only son Isaac”? Ayat ini seperti menyatakan Nabi Ishak adalah anak sulung kepada Nabi Ibrahim.
Ayat ini tidak boleh diterima sama sekali sebagai hujahan mereka kerana dalam kitab mereka pun telah menyatakan sebaliknya jauh sekali untuk dibanding dengan kitab suci Al-Quran.
Di dalam Al-Quran, selepas peristiwa korban Nabi Ismail ini, Nabi Ibrahim disampaikan berita gembira yang mana baginda akan menimang seorang lagi cahaya mata daripada isterinya yang tua iaitu Sarah. Dipercayai, Sarah adalah wanita mandul.
Dengan kekuasaan Allah dan keberkatan doa seorang Rasul, Sarah dapat melahirkan anak yang dikenali sebagai Ishak. Peristiwa ini dirakamkan dalam surah Al-Shaffat ayat 112.
KEJANGGALAN TENTANG TEMPAT KORBAN
Dinyatakan dalam King James Bible, Genesis 22:2 (boleh juga rujuk di atas),
“And He said: Take now thy son, thine only son Isaac, whom thou lovest, and get thee into the land of Moriah; and offer him there for a burnt offering upon one of the mountains which I will tell thee of.”
Dalam ayat ini, tempat korban berlaku di Moriah. Orang Yahudi dan Kristian mendakwa tempat peristiwa ini berlaku adalah di Masjidil Aqsa (kononnya tapak Temple of Solomon) berada sekarang.
Ironinya, nama "Temple of Mount" atau "Mount Moriah" diberikan setelah Nabi Musa as diberikan Kitab Taurat.
Menurut tradisi masyarakat Arab dan Islam, peristiwa korban Nabi Ismail sangat terkenal dan sebagai mengenang peristiwa bersejarah ini, tanduk kibas digantung di dalam Kaabah. Peristiwa korban Nabi Ismail ini dipercayai berlaku di Jabal Marwah.
Cuba anda perhatikan, "Jabal Marwah" mempunyai sebutan yang hampir sama dengan "Mount Moriah".
M.a.r.w.a.h = M.o.r.i.a.h
PERISTIWA YANG BESAR KESANNYA
Peristiwa korban ini sebenarnya telah diseleweng sepenuhnya dalam Taurat dan Bible akibat daripada sifat mereka yang iri hati dengan kemuliaan yang diberikan kepada Nabi Ismail. Mereka menganggap peristiwa yang membabitkan Nabi Ismail tidak pernah berlaku.
Disebabkan itu, kebanyakan dalam Taurat dan Bible tidak banyak menceritakan mengenai kisah Nabi Ismail.
Mereka menukar watak Nabi Ismail kepada Nabi Ishak bagi menaikkan martabat mereka kerana mereka percaya daripada peristiwa ini, ia memberi impak yang besar kepada bangsa mereka.
Dan benarlah firman Allah swt yang bermaksud,
“Sesungguhnya Kami telah mengambil perjanjian dari bani Israil, dan telah Kami utus kepada mereka para rasul. Tetapi setiap datang seorang rasul kepada mereka dengan membawa apa yang tidak diingini oleh hawa nafsu mereka, (maka) sebahagian dari para rasul itu mereka dustakan dan sebahagian yang lain mereka bunuh.” (al-Maidah : 70)
-Debu-
Copy and paste : FB Kebangkitan Bani Jawi (Nusantara)
13 Ogos 2019 : 6.23 pm
seronok baca kisah nabi2 ni.
ReplyDeletedone follow your blog, tuan haji.
www.zukidin.com