ZULHEIMY MAAMOR

Tuesday, 13 August 2019

17 AMALAN KHURAFAT SEMASA DI TANAH SUCI MEKAH

Khurafat di tanah air sendiri sebelum tiba di Tanah Suci
1. Tidak boleh memijak bendul rumah. Kalau dipijak, alamat tidak akan balik semula.
2. Setelah bertolak dari rumah, tidak boleh memandang ke belakang melihat rumah. Kalau dipandang, ibadah hajinya tidak sempurna kerana teringat-ingat ke rumah.
3. Membawa uri, rambut dan kuku bayi untuk ditanam di Tanah Haram supaya anak tersebut menjadi orang ternama dan disukai ramai.
4. Setelah balik, mesti berkurung diri di rumah selama 40 hari yang disebut "idah haji". Barulah haji itu berkat dan melekat di hati, kalau melanggar, sia-sialah haji.
Khurafat di Tanah Suci
1. Mesti mencari tiang Jin di dalam Masjidil Haram. Peluk kuat-kuat boleh memanjangkan umur.
2. Boleh mendapat toyol dengan bersembahyang sunat sebanyak-banyaknya secara mengadap tiang tersebut untuk dibawa balik toyol itu sebagai khadam.
3. Jin yang dibawa balik dari Mekah adalah jin yang baik kerana mereka adalah Islam.
4. Menampal duit syiling yang siap bergam di bawah pintu Baitullah dan dibawa balik untuk dibuat ibu duit bagi tujuan melariskan perniagaan, mendapat jodoh dan murahkan rezeki.
5. Memungut anak-anak batu di Arafah untuk dibawa balik dengan tujuan jika dicampak ke dalam kolam ikan, maka ikan akan menjadi banyak. Jika ditabur di kebun tanaman, maka buah-buahan akan menjadi. Jika diletak di dalam kedai, maka akan laris.
6. Mencuri tali-tali khemah di Padang Arafah dan Mina untuk dijadikan tangkal bagi tujuan pelaris untuk jualan dan membanyakkan tangkapan ikan.
7. Membawa balik Tanah Arafah untuk upacara “Memijak Tanah” buat pertama kali bagi bayi untuk menghindarkannya dari sebarang penyakit dan gagah berani.
8. Tidak boleh melihat cermin semasa di dalam ihram. Jika dilihat, muka akan menjadi hodoh dan orang tidak suka melihatnya.
9. Menyapu-nyapu tiang masjid dan diusap ke muka untuk menambah seri wajah.
10. Mengetuk-ngetuk pintu dan gelang kuncinya di kawasan Sa'i sebagai simbolik kepada mengetuk pintu rezeki. Jika tidak membuatnya, rezeki akan tertutup selama-lamanya.
11. Bersetubuh dengan isteri di dalam Masjidil Haram boleh mendapat anak yang mudah masuk syurga.
12. Orang yang mandul boleh segera mendapat anak jika bersetubuh dengan suaminya di dalam Masjid dua kali dari arah pancur emas sekali kerana kepercayaan pancur emas itu melambangkan kemaluan Nabi Adam dan sekali lagi dari arah yang menghala ke Hajar Aswad kerana Hajar Aswad melambangkan kemaluan Siti Hawa.
13. Kain ihram perlu dibawa balik dan diwasiatkan bila mati nanti hendaklah dikafan dengan kain itu bagi menghindar diri dari seksa kubur.
14. Beli kain putih khusus yang hendak dijadikan kafan dan basuh dahulu dengan air zam-zam di Mekah, disimpan dan diwasiatkan untuk dijadikan kain kafan. Dengannya, Munkar dan Nakir tidak berani memukul badan yang dibalut dengan kain tersebut.
15. Kalau hujan, mandilah di bawah curahan air dari pancur emas agar sembuh segala penyakit dan tidak akan terkena penyakit hawar.
16. Tiang-tiang masjid boleh dibeli untuk diwakafkan. Sekiranya ada orang yang menawarkannya, maka jangan disoal banyak, beli sahaja akan menjaminkan masuk syurga.
17. Mandi bertelanjang di telaga Ja’aranah boleh memikat suami dan cepat mendapat jodoh bagi yang belum bersuami.
Dan berbagai-bagai khurafat lagi yang masih diamalkan oleh masyarakat Islam Asia Tenggara.
Sumber: Allahyarham Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din (Harakahdaily)
-Debu-
Copy and paste: FB Kebangkitan Bani Jawi (Nusantara)
13 Ogos 2019 : 6.20 pm

No comments:

Post a Comment