ZULHEIMY MAAMOR

Wednesday, 3 July 2019

RAHSIA TERSURAT PULAU CENDERAWASIH


Pulau Cenderawasih adalah sebutan dan panggilan umat Nusantara lama kepada sebuah pulau besar di hujung timur Nusantara iaitu Pulau Papua.
Pulau tersebut berbentuk seperti burung Cenderawasih. Di kepulauan Papua ini, terdapat dua negara iaitu di sebelah barat adalah negeri Irian Jaya (Indonesia) dan di sebelah timur adalah negara Papua New Guinea.
Dalam bahasa Arab, maksud "Papua New Guinea" diambil daripada perkataan "Babul Ghaniul Jadid" membawa maksud "Pintu Kekayaan".
Adakah pembentukan Pulau Papua dengan burung Cenderawasih ada kaitan mengapa spesis burung Cenderawasih banyak hidup membiak di pulau tersebut?
Adakah ia satu kebetulan atau memang ada kisah di sebalik pembentukan Pulau Papua yang menyerupai burung Cenderwasih itu?
Maha suci Tuhan yang Maha mengetahui akan segala rahsia rencanaNya dan hikmah di setiap ciptaanNya.
HABITAT RASMI BURUNG CENDERAWASIH
Pulau Cenderawasih merupakan tempat habitat rasmi burung Cenderawasih di bumi. Ia melingkungi di kepulauan Papua dan hutan Australia timur (bersempadan dengan Pulau Papua).
Burung ini sinonim dengan masyarakat asli pendalaman di kepulauan Papua. Habitat dan kedudukan mereka terpencil dan jauh di pendalaman.
Mitos tentang burung yang sangat istimewa ini bukan sahaja telah menjadi warisan penduduk Nusantara sahaja tetapi sudah menular ke seluruh pelusuk dunia.
Di Barat, mereka mengenalinya dengan nama "Bird of Paradise" dan di negara China pula mengenalinya dengan nama "Phoenix".
Burung Cenderawasih adalah burung yang dikaitkan dengan misteri dan rahsia yang kini semakin dibongkar sedikit demi sedikit, telah diketahui umum penggunaannya yang meluas di dalam kesenian, kebudayaan, perubatan dan sebagainya.
SEJARAH PENJAJAHAN DI PULAU CENDERAWASIH
Pulau Cenderawasih adalah sebuah pulau yang kaya dengan hasil bumi dan alam, atas faktor ini telah berlaku rebutan penjajah-penjajah untuk merebut pulau emas ini untuk mengembangkan lagi pengaruh dan kuasa mereka di bumi Nusantara.
Mereka beranggapan, sesiapa yang dapat mengambil Pulau Cenderawasih, maka mereka diiktiraf sebagai satu kuasa yang berpengaruh dan ulung di zamannya.
Maka berlumba-lumbalah mereka menjajah Pulau Cenderawasih yang penuh misteri itu. Direkodkan sebanyak 3 penjajah besar telah menjajah Pulau Cenderawasih secara serentak iaitu di sebelah barat Irian Jaya dijajah oleh Belanda.
Di sebelah timur terpecah kepada 2 kuasa penjajah yang cuba berebut dan membuat sempadan perjanjian penjajahannya iaitu di sebelah utara dikuasai penjajah Jerman dan di sebelah selatan dikuasai oleh penjajah Inggeris.
Sayang seribu kali sayang, wilayah Nusantara yang bernama Papua New Guinea terlepas ke tangan penjajah barat kerana di situ terdapatnya sumber emas paling banyak di dunia.
Sangat dramatik penjajahan ke atas pulau emas Cenderawasih ini, telah berlaku banyak perebutan oleh penjajah ke atasnya. Pulau ini dicatatkan dalam sejarah sebagai sebuah pulau yang sangat dikehendaki dan memiliki penjajah yang ramai ke atasnya.
Jika dilihat, mesti ada sebab dan beberapa faktor penting kenapa penjajah sangat bersungguh-sungguh mahu menjajah bumi emas Cenderawasih ini.
Semasa penjajahan, pulau emas Cenderawasih ini dijadikan markas utama mereka di hujung timur jauh Nusantara. Mereka memonopoli hasil buminya terutama emas dan hasil galian yang lain untuk dibawa pulang ke negara mereka sebagai aset negara dan harta intelek yang kekal di dalam simpanannya sehingga kini.
Untuk makluman, Pulau Cenderawasih pada hari ini hakikatnya masih lagi dijajah sebenarnya kerana 99% hasil buminya dikaut oleh Amerika dan sekutunya, tetapi hanya 1% sahaja diserahkan kepada Indonesia dan Papua New Guinea.
Pulau ini masih terikat dengan penjajah moden. Walaupun sudah diberi kemerdekaan, hakikatnya pulau ini dipecah-belahkan.
Para musuh tahu inilah pulau yang orang Nusantara maksudkan sebagai "pulau yang hilang dari Nusantara", mereka berusaha memisahkan pulau ini dengan menjajahnya dan kini meletakkannya di dalam zon Benua Oceana.
Dalam Benua Oceana ini, hampir kesemua pulau yang bernaung di bawahnya masih dijajah secara halus dan 'moden' seperti Pulau Cenderawasih ini.
SORONG SEBAGAI MATA CENDERAWASIH
Raja Ampat merupakan nama kepada kawasan kepulauan yang terdiri daripada pulau-pulau seperti Misool, Salawati, Batanta dan Wiageo yang dikelilingi oleh lebih daripada 1,500 pulau-pulau kecil.
Sorong menjadi simbolik mata kepada burung Cenderawasih kerana mata kepala burung Cenderawasih menghadap ke barat Nusantara.
Jika dilihat jarak Raja Ampat dan sorong ke Malaysia, titik sentuh dari mata Cenderawasih adalah berkoordinat ke negeri Melaka.
Garisan-garisan tersebut (rujuk gambar) adalah anggaran jarak di antara bandar-bandar besar di Nusantara.
HASIL BUMI PULAU CENDERAWASIH
Bumi Cenderawasih adalah bumi yang kaya dengan hasil alam kurniaanNya. Para penguasa dari kerajaan Srivijaya pernah mengirimkan persembahan kepada Maharaja China.
Di dalam persembahan itu terdapat beberapa ekor burung Cendrawasih yang dipercayai sebagai burung dari taman syurga yang merupakan haiwan asli dari Papua.
Dengan armadanya yang besar, Srivijaya mengunjungi Kepulauan Maluku dan Papua untuk memperdagangkan rempah-rempah, wangi-wangian, mutiara dan bulu burung Cenderawasih.
Tanah Papua sangat kaya. Tembaga dan Emas merupakan sumber alam yang sangat berlimpah.
Papua satu masa duhulu terkenal dengan pengeluaran emasnya yang terbesar di dunia dan pelbagai kekayaan alam yang begitu melimpah ruah.
Pulau Cenderawasih diibaratkan seperti syurga keaneka ragaman khazanah dan peninggalan yang tersisa di bumi pada zaman ini.
GELARAN KEPADA PULAU CENDERAWASIH
"Dunia yang hilang" 
- Gelaran yang diberikan oleh pengkaji sejarah pada tahun 2006.

"Pulau yang hilang dari Nusantara"
- Panggilan ini diberikan oleh orang Melayu Nusantara lama, pulau yang paling jauh di hujung timur Nusantara.

"Pulau emas" 
- Pulau yang mengandungi banyak sumber emas, pernah menjadi pengeluar emas terbesar dunia kerana banyaknya hasil emas di perut buminya.

"Taman Firdaus di bumi" 
- Menyaksikan puluhan jenis burung, kupu-kupu, katak dan tumbuhan yang belum pernah tercatat dalam sejarah dan belum direkodkan spesisnya.

"Syurga kecil yang jatuh ke bumi"
- Julukan khas diberikan sempena kekayaan khazanah alam flora fauna yang tiada bandingannya.

"Syurga burung cencerawasih" 
- Merupakan habitat asal burung Cenderawasih di bumi.

-Debu-
Copy and paste : FB Kebangkitan Bani Jawi (Nusantara)
3/7/2019: 2.37 pm

No comments:

Post a Comment