ZULHEIMY MAAMOR

Wednesday, 3 July 2019

KAPAL KATEGORI GHALI dalam Hikayat Hang Tuah



Dalam Hikayat Hang Tuah, pada zaman kesultanan Melaka dinyatakan bahawa terdapat sekurang-kurangnya tujuh buah kapal atau perahu besar kelas ghali dibina di Melaka dan berpuluh-puluh perahu lain yang boleh belayar di laut lepas atau laut dalam.
Semasa peristiwa belayar ke Inderapura (Singapura) untuk temasya bermain-main, Sultan Melaka telah membawa dua isterinya, iaitu Raden Emas Ayu dan Tun Teja serta anakandanya Puteri Gunung Ledang, dengan disertai oleh Bendahara, Laksamana dan pembesar-pembesar yang lain. Mereka menaiki tujuh buah perahu besar, iaitu 
1)Sairul Amin(dinaiki Raja Dewa) 
2)Mi’ratus Safa(dinaiki Tun Bija Sura)
3)Mendam Berahi(dinaiki Raden Emas Ayu diketuai oleh Hang Tuah), 
4)Sekepar (ﺮﻔﻜﺳ) (dinaiki Raja Melaka dan Tun Teja), 
5)Batil Tuasa(dinaiki Bendahara dan anak buahnya), 
6)Rancung Mengkuang(dinaiki Tun Mat dan orang-orangnya) 7)Sebuah ghali baharu yang dibina Hang Tuah (tanpa disebut nama) (dinaiki oleh Maharaja Setia). 
(Kassim Ahmad 1966: 426).

Kapal utama kerajaan Melaka (flagship) ialah Mendam Berahi(Suppressed Passion), iaitu perahu kelas Ghali (ﻲﻠﻏ ) yang telah dibina oleh tukang kapal Melaka untuk pelayaran pertama kalinya ke Majapahit membawa perutusan peminangan Sultan Melaka terhadap Raden Emas Ayu anakanda kepada Seri Betara Majapahit. Dalam Hikayat Hang Tuah pembinaan kapal ghali ini bermula dengan Bendahara dan Tun Tuah bermesyuarat:
“…hendak membangunkan ghali akan kenaikan raja (untuk meminang puteri Majapahit). Adapun panjangnya ghali itu enam puluh gaz "
(60gaz = 360kaki = 5 kali ganda panjang gelanggang tenis). Maka Bendahara pun mengerahlah segala tukang utas… Maka segala perbuatan ghali itu dindingnya dibubuh papan kambi, maka ditampalnya dengan beledu yang kuning, merah 
dan hijau. Maka dibubuhnya kaca kerangan dan atapnya daripada kaca kuning dan merah dan beberapa jurai awan dan petir. Maka dibubunya kekuningan dan paterakna dan awan berarak. Antara tiang agung ke buritan itu Bendahara 
Paduka Raja yang mereka dia, dari haluan datang kepada tiang agung itu Bentara Tun Tuah mereka dia… Maka ghali itupun sudahlah; indah-indah perbuatannya. Maka kata Bendahara “Apa baik kita namakan ghali ini”. Maka sahut Tun Tuah “Pada bicara sahaya dato; baiklah ghali ini dinamai Mendam Berahi.” (Kassim Ahmad 1966: 95).

Copy and paste: FB Kebangkitan Bani Jawi (Nusantara)
3.7.2019: 2.45 pm

No comments:

Post a Comment