ZULHEIMY MAAMOR

Friday, 17 May 2019

SULTAN MAHMUD MANGKAT DIJULANG

Kisah Sultan Mahmud Mangkat Dijulang telah menjadi sebuah legenda yang sangat masyhur. Ini bukannya kisah dogengan, ia kisah Benar yang berlaku di Kota Tinggi, pada tengah hari Jumaat pada tahun 1699. Sultan Mahmud Syah ditkam sempai mati oleh Laksamana baginda sendiri, seorang pahlawan dari Bentan, kepulauan Jawa, yang bernama Megat Seri Rama.

Kisah Pilu ketika hujan panas hampir reda itu sangat menggemparkan, selain sultan, beberapa orang pengiring baginda turut ditikam oleh Laksamana Bentan yang hilang pertimbangan kerana terlalu marah, setelah isteri beliau yang mengandung anak sulung dihukum bunuh atas arahan sultan, hanya kerana mengidam makan seulas nagka yang diambil dari taman diraja. Selepas kemangkatan Sultan Mahmud ibni Almarhum Sultan Ibrahim Syah, Sultan Melaka terakhir ( 1488-1511) , yang mana putera kedua baginda telah ditabalkan menjadi Sultan Johor I pada tahun 1528 dengan gelaran Sultan Alauddin Riayat Syah. Selepas peristiwa tahun 1699 itu, Kesultanan Melayu Johor telah diambil oleh Keturunan Bendahara ( 1699-1816 ), kemudian beralih tangan kepada keturunan Temenggung Abd.Rahman Sultan Johor Riau ( 1816 ), dan diwarisi oleh Sultan Mahmud Iskandar, Sultan Johor yang sedang bertaktha pada hari ini.
Perihal tragedi yang menimpa Sultan Johor yang masyhur ini, telah diceritakan terus menerus, lepas satu ke satu generasi sampai ke hari ini. Selepas hampir 4 kurun peristiwa ini berlaku, kisah Sultan Mamud mangkat dijulang ini masih menjadi kisah yang sangat diingati oleh penduduk-penduduk asal Kota Tinggi, lebih-lebih lagi orang-orang keturunan Bentan sendiri masih takut terkena sumpah jika memijak tanah Kota Tinggi. Catatan sejarah Johor purbalaka ada meriwayatkan tatlaka hujan panas mulai turun mencurah-curah pada hari Jumaat dalam tahun 1699, orang-orang besar Istana telah melarang Sultan Mahmud II, daripada menunaikan sembahyang Jumaat di masjid yang terletak tidak berapa jauh daripada istana baginda. Cakap-cakap orang telah sampai kepengetahuan Datuk Bendahara Tun Abd.Majid, bahawa Laksamana Bentan( Megat Sei Rama) yang baru pulang daripada mejalankan titah sultan menghapuskan lanun-lanun di kepulauan Riau telah mengetahui perihal kematian isterinya ( Dang Anum) yang sedang sarat mengandung sulung itu. Datuk Bendahara khabarnya telah mengadap baginda dalam keadaan basah kuyup untuk menyampaikan rasa tidak sedap hatinya dan menasihatkan baginda supaya tidak keluar daripada Balai Rong seri sebagaimana kebiasaaannya. Baginda juga telah diberi ingatan oleh Bendahara supaya berhati-hati dengan menambahkan bilangan pengawal di-Raja semasa berangkat menunaikan sembahyang Jumaat.
Hujan panas masih belum reda, tatkala Sultan Mahmud Syah II berkira-kira untuk berangkat meninggalkan istana buat kali yang terakhir, seorang pengiring baginda telah datang dan menyembahkan sebilah keris untuk dipakai oleh baginda sebagai langkah berjaga-jaga. Baginda turun dari istana dan memasuki usungan yang diangkat oleh empat orang pengiring dengan dikelilingi oleh ramai pengawal istana. Di pertengahan jalan hujan mulai teduh, tepai masih renyai-renyai, awan agak mendung dan mentari beransur-ansur hilang di balik awan yang muram seolah-olah sedang beradu. Sebagaimana minggu-minggu sebelum itu baginda akan diturunkan agak jauh dari masjid tetapi pada hari Jumaat yang malang itu, pengawal-pengawal istana baginda berkeras mahukan baginda diusung hingga ke tangga masjid dan di saat-saat akhir hayat baginda pun tiba, Megat Seri Rama telah hilang siumannya, hanya menanti masa untuk menuntut hutang darah,
Tatkala sultan hampir dengan tangga masjid dan masih lagi di atas usungan, Megat Seri Rama dengan tanpa berlengah lagi menerkam dan menikam baginda tepat pada perut sultan, darah merah pekat membuak-buak membasahi pakaian baginda sultan dan menitis jatuh di atas tanah, beriringan dengan titis hujan air hujan yang membasahi bumi. Sebuah keluhan pilu kedengaran. Baginda mengerang kesakitan, bisa keris yang telah diperasap limau pantas menyelinap ke segenap urat saraf Sultan Johor yang malang itu. Megat Seri Rama bagaikan dirasuk, habis pengawal diraja ditikam, orang ramai yang datang untuk bersembahyang Jumaat pada hari itu bertempiran lari menyelamatkan diri. Di saat sakaratulmaut sudah menghampiri, Sultan Johor, Sultan Mahmud II sempat mencabut kerisnya dan melontarkan ke tanah terkena hujung ibu jari Megat Seri Rama. Demi kedaulatan raja yang tinggi, luka yang sedikit itu meninggalkkan bisa yang bukan kepalang. Laksamana Bentan sempat mengerang hanya seketika sebelum jatuh menemui ajal tidak lama kemudian. Sumpahan seorang sultan yang penuh daulat " Aku sumpah tujuh keturunan Bentan akan muntah darah kalau pijak bumi Kota Tinggi" . Baginda mangkat sebelum diturunkan di atas usungan.
Kisah sedih ini tercatat dalam Sejarah Johor oleh Tun Sri Lanang sebagai " Sultan Mahmud Mangkat Dijulang " Baginda mangkat dalam usia yang muda dan menaiki taktha pada tahun 1685. Kemangkatan baginda yang tidak meninggalkan zuriat menyebabkan pembesar Johor pada masa itu bermaufakat untuk melantik Bendahara Tun Habib Abd.Majid menjadi Sultan Johor yang baru dengan gelaran Sultan Abd.Jalil IV ( 1699-1718) dan semenjak itu berakhirlah titisan zuriat Sultan Mansur Syah, Sultan Melaka yang mengasaskan kesultanan Johor semenjak 1428.
-Hangpcdua Malaya-
Copy and paste: FB Kebangkitan Bani Jawi (Nusantara)
17 Mei 2019: 2.43 am

No comments:

Post a Comment