ZULHEIMY MAAMOR

Monday, 20 May 2019

Pengertian HAKIKAT

Istilah bahasa hakikat berasal dari kata “Al-Haqq”, berarti "kebenaran". Kalau dikatakan Ilmu "Hakikat", berarti ilmu yang dipelajari untuk mencari suatu "kebenaran".

Beberapa rumusan dari ulama dan ahli ilmuan merumuskan berikut:
a. Asy-Syekh Abu Bakar Al-Ma’ruf mengatakan :

“Hakikat adalah (suasana kejiwaan) seorang Saalik (Shufi) ketika dia dalam perjalanan mencapai suatu tujuan sehingga ia dapat menyaksikan (tanda-tanda) keTuhanan dengan mata hatinya”(pandangan mata bashiroh).

b. Imam Al-Qasyairiy mengatakan:
“Hakikat adalah menyaksikan sesuatu yang telah ditentukan, ditakdirkan, disembunyikan (dirahsiakan) dan yang telah dinyatakan (oleh Allah kepada hamba-Nya”.

Hakikat yang didapatkan oleh Sufi setelah lama menempuh Tarekat dengan selalu menekuni Suluk, menjadikan dirinya yakin terhadap apa yang dihadapinya. Kerana itulah, Ulama Sufi sering mengalami tiga tingkatan keyakinan:

1) “Ainul Yaqiin"

iaitu tingkatan keyakinan yang ditimbulkan dari pengamatan, pemerhatian pancaindera terhadap alam semesta, sehingga menimbulkan keyakinan tentang kebenaran Allah sebagai penciptanya.

2) “Ilmul Yaqiin"

Iaitu tingkatan keyakinan yang ditimbulkan oleh analisis pemikiran ketika melihat kebesaran Allah pada alam semesta ini.

3) “Haqqul Yaqqin"

iaitu suatu keyakinan yang didominasi oleh hati nurani Sufi tanpa melalui ciptaan-Nya, sehingga segala ucapan dan tingkah lakunya mengandungi nilai ibadah kepada Allah SWT. Maka kebenaran Allah terus langsung disaksikan oleh hatinya, tanpa ada yang diragukan oleh keputusan akalnya”.

Pengalaman batin yang sering dialami oleh Sufi, melukiskan bahwa betapa erat kaitan antara "hakikat" dengan ma'rifat, dimana "hakikat" itu merupakan tujuan awal Tasawuf, sedangkan ma’rifat merupakan tujuan akhirnya.

Hakikat secara dalam bahasa asalnya berarti "inti" sesuatu, puncak atau sumber dari segala sesuatu, dalam dunia sufi, hakikat diertikan sebagai aspek lain dari syari`ah(syariat) yang bersifat lahiriah, "hakikat" itu batiniah, sehingga rahsia yang paling dalam dari segala amal, inti dari syariat dan akhir dari perjalanan yang ditempuh oleh seorang sufi.

"Hakikat" juga dapat diertikan sebagai kebenaran sejati dan mutlak, sebagai akhir dari semua perjalanan, tujuan segala jalan.

Hakikat dalam Tasawuf adalah imbangan kata syariat yang menyangkut dengan aspek kerohanian dalam ajaran Islam. Untuk merintis jalan mencapai hakikat seseorang itu harus memulai dengan aspek moral yang baik di iringi dengan amal ibadah yang berterusan. Bila kedua aspek ini diamalkan dengan penuh kesungguhan dan keIKHLASan ia akan dapat meningkatkan tahap mental seseorang dari tingkat yang rendah secara bertahap naik ke tingkat yang lebih tinggi.
Pada posisi tertinggi Allah akan menerangi hati sanubarinya dengan nur-Nya, sehingga ia betul-betul dapat dekat dengan Allah, mengenal Allah dan melihat-Nya dengan mata hatinya.
Syeikh Yusuf al-Makasary, telah membahagikan kiblat maqam kepada 4 :
1. Kiblat Amal" disebut kiblat orang-orang awam (ahli syariat), seperti contoh bagi orang awam tidak sah solat apabila tidak menghadap arah ke kiblat masjil haram.

2.Kiblat Ilmu" disebut kiblat orang-orang khusus (al-khawas) sebagaimana Firman Allah “ Kemanapun kamu menghadap disitulah wajah(redha) Allah” (Al-Baqarah : 115)

3.Kiblat al-sirr" disebut kiblat khususnya bagi orang khusus atau ahli hakikat-ma’rifat ( khas al-khawas alal khawas) kiblat ini adalah kiblat rahsia yang meliputi segala sesuatu yang dapat terlihat, dalam segala sesuatu, atas segala sesuatu, menurut segala sesuatu, bersama segala sesuatu, kepada segala sesuatu dan DIA-lah Segala sesuatu itu.

4. Kiblat Tawajjuh" adalah kiblat yang ada di hati sanubari dan sejajar dengan hakikat hati, yang telah diisyaratkan dalam sebuah Hadis “ Hati seorang Mukmin adalah Arsyullah”.

Sebahagian ulama sufi menyatakan “ Hati itu ghaib, al-Haq juga ghaib, sehingga yang ghaib lebih layak dengan pendekatan yang ghaib juga. Apabila orang telah sampai pada keadaan ini, maka dia termasuk orang BEBAS.

Di kalangan Sufi orang yang telah mencapai tingkatan ini disebut "ahli hakikat". Kalau dihubungkan dengan Tuhan, hakikat adalah sifat-sifat Allah SWT, sedangkan Zat Allah disebut "al-Haqq.
Sufi yang dikenali dengan faham hakikat ialah Abu Yazid al-Bustami dan al-Hallaj yang pernah menyatakan “Ana al-Haqq”.
Pembicaraan mengenai masalah ini tentu tidak dapat dilepaskan dari konsep Ittihad, Hulul dan TAUHID yang dalam pemahaman selintas dapat diertikan sebagai penyatuan makhluk dan Khaliq.
Para ulama Syari’at dalam Islam memandang konsep ini bertentangan dengan Islam. Oleh kerna itu sebagaimana diketahui al-Hallaj mati dibunuh kerna mempunyai faham Hulul dan seperti di tanah Jawa Indonesia Syekh Siti Jenar juga mengalami hal yg serupa.
Kaum Sufi yang mempunyai fahaman ini merasa takut untuk membicarakan Ittihad, Hulul dan Tawhid secara terbuka. Kerana itulah huraian tentang hal ini hanya dijumpai didalam karangan-karangan moden dan tulisan-tulisan para Orientalis.
Ittihad" adalah satu tingkatan dalam Tasawuf ketika seorang Sufi telah merasa dirinya bersatu dengan Tuhan. Saat itulah terjadi penyatuan antara yang mencintai dengan yang dicintai. Dalam "Ittihad" seperti inilah satu sama lain dapat memanggil Ya Ana (wahai aku). Meskipun yang terlihat hanya satu wujud pada hakikatnya terdapat dua wujud yang berbeda.
Adapun "Hulul" bererti menempati atau mengambil tempat. Dalam Tasawuf, Hulul berarti suatu keadaan (hal) yang dicapai seorang Sufi ketika aspek an-nasut (sifat kemanusiaan) Allah SWT bersatu dengan aspek al-Lahut (sifat ketuhanan) yang ada pada manusia. Hulul merupakan salah satu bentuk kebersatuan antara Allah SWT dan manusia. Kondisi ini dapat terjadi apabila manusia dapat mencapai "Fana"(merasa hancur kewujudan diri yg tinggal hanya Allah) dengan menghilangkan sifat-sifat kemanusiaan yang dimilikinya sehingga yang tersisa hanyalah sifat-sifat keTuhanan.
Sebagaimana yg dijelaskan oleh Harun Nasution bahwa sebelum seorang Sufi dapat bersatu dengan Tuhan ia harus lebih dulu menghancurkan(mengFana'kan dirinya). Selama ia belum dapat menghancurkan dirinya, iaitu selama dia masih sedar akan dirinya, dia TAK akan dapat bersatu dengan Tuhan. Penghancuran diri ini dalam Tasawuf disebut Fana’.
Penghancuran diri dalam Fana’ ini senantiasa diiringi dengan Baqa’ yang bererti tetap atau terus hidup. Fana’ dan Baqa’ merupakan dua sisi atau kembar dua sebagaimana penjelasan Sufi “Jika kejahilan (kebodohan) seseorang hilang yang akan tinggal ialah pengetahuan”.
Pada saat seorang Sufi telah mencapai hancurnya perasaan atau kesedaran tentang adanya tubuh kasar(zohir) manusia dalam erti tidak disadarinya maka yang akan tinggal hanyalah wujud rohaninya dan ketika itulah dia dapat bersatu dengan Tuhan. Dalam kajian Tasawuf, Abu Yazid al-Bustamilah yang dipandang sebagai 'Sufi pertama' yang memunculkan faham Fana’ dan Baqa’.
Faham tersebut tersimpul dalam kata-katanya:
“Aku tahu pada Tuhan melalui diriku, hingga aku hancur, kemudian aku tahu pada-Nya melalui diri-Nya, maka akupun hidup”.
Selanjutnya ia pun mengungkapkan:
“Ia membuat aku gila pada diriku sehingga aku mati, kemudian Ia membuat aku gila pada-Nya, dan akupun hidup…….Aku berkata: Gila pada diriku adalah kehancuran dan gila pada-Mu adalah kelanjutan hidup”.
Kelihatannya Zunnun al-Misri baru sampai ke tingkat Ma’rifat sementara Abu Yazid al-Bustami telah melewati tingkatan tersebut dan mencapai Fana’ dan Baqa’ seterusnya Ittihad, bersatu dengan Tuhan.
Dalam keadaan Hulul seorang Sufi dapat mengeluarkan kata-kata yang aneh dalam pendengaran orang awam, seperti yang diucapkan oleh al-Hallaj:
“Ana al-Haqq (Aku adalah Yang Maha Benar)”.
Dalam istilah Sufi ungkapan-ungkapan seperti ini disebut Syatahat. Munculnya istilah seperti ini disebabkan oleh rasa CINTA yang berlimpah.
Menurut faham Hulul al-Hallaj lah, sebenarnya yang mengeluarkan kata-kata tersebut bukan roh al-Hallaj, melainkan unsur an-nasut Allah yang sedang mengambil tempat bersatu dengan unsur al-lahut al-Hallaj. Bukan pula pada Zat Allah, melainkan unsur an-nasut-Nya yang mengambil tempat pada unsur lahut manusia. Hal ini terlihat dari ungkapan syairnya:
“Aku adalah Rahasia Tuhan Yang Maha Benar, dan bukanlah yang Maha Benar itu Aku, Aku hanya satu dari yang benar, bezakanlah antara kami atau aku dan Dia Yang Maha Benar”.
Dalam Hulul proses kemenunggalan Allah SWT dan manusia itu adalah Allah SWT turun mengisi dan memasuki serta mengambil tempat pada tubuh-tubuh manusia yang Ia pilih, sedangkan dalam Ittihad roh manusia naik (Mi’raj), lebur menunggal di alam Ketuhanan.
Memang mendalami dunia HAKIKAT dapat menyebabkan seseorang menjadi sesat dan “syirik”, sebagaimana Ali bin Abi Thalib pernah berkata :
“Mencari Hakikat itu termasuk Syirik”.
Sebagian ahli hakekat mengatakan :
”Syarat kesempurnaan ibadat seorang hamba adalah mengetahui bahwa yang disembah itu tampak terlihat pada dirinya, kalau tidak demikian, maka ia tidak dapat menjadi penyembah yang sebenarnya, sebab ia dapat memasuki lautan syirik yang tersembunyi.
Bagaimana tidak, sedangkan ia menjadi seorang penyembah kerana dia menerima perintah dariNya Ta’ala dan Dia adalah yang disembah, kerana segala sesuatu kembali kepada-Nya. Ia juga harus mengetahui dan mengerti bahawa setiap kali ia menghadapi sesuatu apakah itu gambaran atau pengertian , ia mendapati al-Haq dpt dilihat padanya dan nyata olehnya dengan pengadaan dan penciptaan-Nya secara umum, ini dapat dicapai setiap orangsesuai dengan kemampuannya dalam penerimaan penampakan itu secara khusus.
Sebagaimana Abu Yazid al-Bhustomi menyatakan 

“ Aku adalah yang mencintai dan yang dicintai adalah Aku”.

Abu Bakar al-Shiddiq berkata berkata “ Saya tidak pernah melihat sesuatu, kecuali melihat Tuhan sebelumnya”,
Umar Ibn al-Khattab berkata “Aku tidak pernah melihat sesuatu, kecuali melihat Tuhan sesudahnya”,
Usman ibn Affan berkata “Aku tidak pernah melihat sesuatu, kecuali melihat Tuhan bersamanya,
Sedangkan Ali Ibn Abi Thalib berkata “Aku tidak pernah melihat sesuatu, kecuali melihat Tuhan di dalamnya."
Perkataan para sufi dalam hal ini tujuannya sama. Adapun perbezaanya adalah terletak pada penyaksian perkataan mereka terhadap masing-masing dari mereka sesuai dengan tingkatan ma’rifatnya dalam kesufian.
Demikianlah Petikan dari beberapa kitab hasil karya Syech Yusuf Taj al-Makasari, semoga petikan ini dapat beri manfaat bagi para ahli suluk yang sedang "berjalan menuju kehadirat Allah SWT".
Ad-Durrun-Nafis ( Permata Yang Indah )
Copy and paste: FB Siti Wan Mahani
20/5/2019 : 1.08pm

No comments:

Post a Comment