ZULHEIMY MAAMOR

Monday, 20 May 2019

KISAH KANAK2 YANG MENUMBANGKAN 'ULAMA' SOMBONG DAN SESAT

Alkisah di masa Imam Abu Hanifah masih kanak2, sekitar umur 7 tahun, dan seorang ulama yang memiliki ilmu yg banyak dan tiada tandingannya bernama Dahriah.

Semua ulama pada masa itu tiada yang mampu menandinginya ketika berdebat, terutama dalam bab Tauhid. Maka timbullah sifat sombongnya hingga dia berani kata Allah tidak ada. 

Sayangnya belum ada ulama yang mampu mengalahkan dia dalam berdebat, sampai tiba pada suatu pagi ketika para ulama dikumpulkan di suatu Majlis milik Syeikh Himad, guru Imam Abu Hanifah, yang pada hari itu kanak2 bernama Abu Hanifah juga hadir di majlis itu.

Dahriyah naik ke mimbar dan berkata dengan bongkak dan sombongnya:

Siapakah di antara kalian hai para ulama yang sanggup menjawab pertanyaanku?

Sejenak suasana hening, para ulama semua diam, tiba-tiba berdirilah Abu Hanifah dan berkata;

Abu Hanifah: Pertanyaan apa ini? 
Sesiapa yg tahu pasti akan jawab pertanyaanmu!

Dahriah: 
Siapa kamu hai budak hingus, berani kamu kata begitu denganku. Tidakkah kamu tahu, bahawa ramai yang telah berusia,  berserban besar, para pegawai, dan para pemilik jubah kebesaran, mereka semua kalah dan tidak dapat menjawab pertanyaanku, kamu masih berhingus dan kecil berani menentangku!!

Abu Hanifah: 
Allah tidak menyimpan kemuliaan dan keagungan kepada pemilik serban yang besar, para pegawai dan para pembesar, tetapi kemuliaan hanya diberikan kepada ulamak tertentu.

Dahriah: Apakah kamu akan menjawab pertanyanku?

Abu Hanifah: 
Ya saya akan menjawab pertanyaan tuan dengan petunjuk Allah.

Dahriah: 
Apakah Allah itu ada?

Abu Hanifah: 
Ya, ada!

Dahriah : 
Dimana Dia?

Abu Hanifah: 
Dia Allah, tiada tempat bagi Dia!

Dahriah: 
Bagaimana boleh kata ada bila Dia tidak bertempat?

Abu Hanifah: 
Dalilnya ada di badan tuan, iaitu roh. Saya tanya, kalau tuan yakin roh itu ada, di mana tempatnya? Di kepala, di perut atau di kaki tuan?

Dahriah diam seribu bahasa dengan muka malu.

Abu Hanifah minta air susu dari gurunya, Syeikh Himad dan tanya Dahriah;

Apakah tuan yakin susu ini manis?

Dahriah: 
Ya saya yakin susu itu manis.

Abu Hanifah: Kalau tuan yakin ada manisnya, saya tanya apakah manisnya di bawah, di tengah, atau di atas?

Dahriah diam lagi dengan rasa malu.

Abu Hanifah meneruskan; Seperti roh atau manis yang tidak bertempat, demikianlah Allah tidak bertempat samada didunia ataupun di Arash.

Dahriah tanya lagi; Sebelum Allah itu apa dan setelah Allah itu apa?

Abu Hanifah: 
Tiada apa-apa sebelum Allah dan sesudahnya tidak ada apa-apa.

Dahriah: 
Bagaimana boleh jelaskan bila sebelum dan sesudahnya tak ada apa-apa?

Abu Hanifah: 
Dalilnya ada di jari tangan tuan, apakah sebelum ibu jari dan apakah setelah kelingking? 
Dan apakah tuan boleh terangkan ibu jari 👍 dulu atau kelingking 🤙 dulu?

Demikianlah sifat Allah, ada sebelum semuanya ada dan tetap ada bila semua tiada. Itulah makna kalimat ada bagi Allah.

Dahriah dimalukan lagi, dia berkata: 
Satu lagi pertanyaan saya, Allah sedang buat apa sekarang?

Abu Hanifah : 
Tuan telah membalikkan fakta, seharusnya yang bertanya itu di bawah mimbar dan yang ditanya di atas.

Dahriah pun turun dari mimbar dan Abu Hanifah naik ke atas.

Dahriah:
Allah sedang buat apa sekarang?

Abu Hanifah: 
Allah sekarang menjatuhkan orang yang tersesat seperti tuan ke bawah jurang neraka dan menaikkan yang benar seperti saya ke atas mimbar keagungan.

Maha Suci ALLAH yang telah menyelamatkan keyakinan Islam melalui seorang kanak2 seusia 7 tahun.

Mudah-mudahan kita semua dijauhkan dari sifat-sifat: 
* Riak.
* Bangga diri.
* Sombong.
* Angkuh.
* Memandang rendah orang lain.
* Berburuk sangka, 
* Takbur.
* Zalim.

Ya Allah Muliakanlah orang yang membaca dan membahagikan artikel ini.
Ringankan kakinya untuk melangkah ke masjid.
Lapangkanlah hatinya.
Bahagiakanlah keluarganya.
Luaskan rezekinya seluas lautan.
Permudahkan segala urusannya.
Kabulkan cita-citanya.
Jauhkan dari segala musibah dan bala bencana.
Jauhkan dari semua penyakit, fitnah, prasangka keji, berkata kasar dan mungkar.
Dekatkanlah jodohnya untuk orang yang membaca dan membahagikan artikel ini. Aamiin ya Rabbal'alamin.

Sahabat, sekarang anda ada 2 pilihan;

1. Membiarkan sedikit pengetahuan ini hanya dibaca & dibiarkan disini.
2. Membahagikan pengetahuan ini kesemua kawan2, insya Allah bermanfaat dan mendapat pahala sharing. Aamiin..

Dipetik dari Kitab Fathul Majid, Syeikh Muhammad Nawawi bin Umar Al-Jawi Asy-Syafi’ie. والله اعلم

Copy and paste: Whatsapp Group xKD Sri Rejang
20 Mei 2019 : 12.42 pm

No comments:

Post a Comment