ZULHEIMY MAAMOR

Friday, 17 May 2019

AL-ARQAM DI MALAYSIA

Semalam ramai yang mengenang tragedi 13 Mei 1969 bersempena 50 tahun hal tu jadi.
Tragedi yang sepatutnya diingat sebagai pelajaran bukan medan mencari silap melunas dendam. Telah banyak diperkatakan, kita baca, kita perhalusi lalu kita jadikan iktibar buat pedoman bermasyarakat di masa hadapan.

Mungkin ramai tidak perasan,pada 13 Mei juga di tahun 2010 yakni 9 tahun yang lepas, telah kembalinya seorang guru kepada Sang Pencipta.

Guru yang di fasa akhir kehidupannya berdepan tragedi, yang bukan sahaja menimpa dirinya serta keluarga, malah lebih daripada itu hampir memporak perandakan ummah yang dipimpin secara khusus, dan masyarakat Islam di Malaysia secara amnya.
Siapakah lagi gerangan kalau bukan Allahyarham Tuan Guru Abuya Ashaari Mohammad, pemimpin tertinggi haraki Islam Al Arqam yang pengikutnya pernah mencecah jutaan manusia di dalam dan luar negara.
Apa yang tersiar, tersebar, dan diperkatakan di Malaysia selama lebih 20 tahun ini kita semua tahu;
Atas sebab ajaran Aurad Muhammadiah, pada 21 Oktober 1994 dengan rasminya gerakan Al Arqam dikelaskan sebagai sesat dan haram oleh kerajaan Malaysia kerana menyimpang daripada ajaran Islam.
Ok, aku bukan nak diskas ajaran Aurad Muhammadiah, atau nak buat justifikasi stand point salah atau betulkah ajaran tersebut. Tidak, tu bukan tujuan tulisan aku ni.
Apa yang aku nak tulis adalah imbauan sejarah, sejauh mana gerakan Al Arqam suatu masa dulu telah memajukan umat Islam di Malaysia dalam pelbagai sudut terutamanya ekonomi, pertanian, teknologi dan hiburan alternative yang kesemuanya mesti menjadi pelajaran untuk kita bangkit sebagai sebuah ummah yang lebih kuat di masa hadapan.
Seperti mana kita mahukan Islam bangkit semula di era Khilafah, gelombang Al Arqam menepati ciri cirinya, walau akhirnya mereka tumbang namun sejarah kejayaan yang mereka kecap harus kita pegang.
*Khilafah Islam terakhir Uthmaniah juga tumbang, asbab berbeza tapi hakikatnya sama. Tumbang.
Di zaman 70'an ketika murid muird sekolah masih berseluar pendek dan berskirt, Al Arqam muncul dengan tarbiyyah murid muridnya menutup aurat, berjubah, berserban dan berpurdah.
Visi jelas Almarhum Abuya Ashaari telah membawa Al Arqam bukan saja sebagai sosok counter culture kepada norma masyarakat yang tersedia pada masa tu, tapi lebih power melalui kepimpinan Almarhum Abuya, Al Arqam telah menjadi 'disrupter' kepada sistem ekonomi melalui pendekatan yang kita kenali sebagai Arqanomics.
Pendekatan ekonomi Arqanomics ni dia pegang 3 konsep asas;
1. Falsafah Islam
2. Teori Islam
3. Praktikal Islam

Ok macam mana Arqanomics ni berfungsi?
3 konsep tu macam governing principal yang menekankan elemen elemen seperti;
Mesti tidak menuju untung berlebihan
Mesti tidak membina kekayaan (individu) melampau
Dilaksanakan atas semangat fardhu kifayah
Perlaksanaan strategy niaga mestilah mengutamakan tenaga kerja, sumber asli, kemahiran, ilmu, usaha berterusan, dan aktiviti ibadah khusus (solat, puasa etc) dengan disiplin yang tinggi.
Arqanomics mencapai kemuncak utopia perlaksanaan ekonomi Islam apabila berjaya membawa aspirasi ekonomi tanpa riba', tanpa monopoli, tanpa penipuan, dan tanpa mengguna pakai sumber sumber yang syubhah lagi haram.
Dalam bidang teknologi, Arqam tak ketinggalan. Mereka ada Spectra Technology yang terlibat dalam Oil and Gas servicing industry. Spectra Technology serve syarikat multinational macam Exxon, Petronas dan Shell.
Tak ketinggalan dalam agriculture, Al Arqam acquire berpuluh ekar tanah di Batu Hampar (sebagai pusat latihan pertanian), puluhan ekar lagi sawah padi di Pulau Pinang dan ratusan ekar ladang di Sabah.
Al Arqam juga operate business dengan aset di beberapa negara Asia Tenggara, Asia Tengah dan serata Timur Tengah.
Dakwah?
Cawangan Arqam untuk pusat dakwah ni serata dunia. Singapura, United Kingdom, Indonesia, Amerika Syarikat, China, Perancis, Australia, New Zealand, German, Pakistan, Jordan, Mesir, Uzbekistan.
Macam aku bgtau tadi, Arqam ni disrupter. 
Cara dakwah untuk lagi efisyen, depa rekod video tape dan kaset kemudian distribute dalam dan luar negara. Teknik macam di Malaysia masa tu tak pernah dibuat orang.

Siapa urus? Syarikat mana Arqam hire?
Tak perlu hire. Semua in house.
2 syarikat yang hendel, Televideo Arqam dan Audiovideo Arqam. Puluhan ribu kaset video dakwah ceramah/nasyid semua ni depa jual. Kalau ada platinum award rasanya boleh multiple award dah Arqam bolot.
Ni belum kita cerita music industry disrupter thru Nadamurni dan The Zikr. Orang semua tengah into rock era 80'an tiba tiba dia datang bawa genre nasyid, boom meletop satu Malaysia!
Kau orang kenal Nadamurni dan The Zikr kan? Split team members Nadamurni ni dia jadi Hijaz, Rabbani dan Raihan. 
3-3 hasil air tangan Almarhum Abuya ni jadi legend dalam industri muzik Malaysia pasca Al Arqam.

Nadamurni ni kalau ikut sepanjang 6 tahun penubuhan depa rilis dekat 20 album, lebih kurang 150-200 buah lagu macam tu.
Guess what, hampir separuh lagu lagu tu Almarhum Abuya Ashaari yang cipta senikata dan lirik.
Some sort musical genius juga lah Almarhum Abuya ni.
Urus tadbir ekonomi power, lead delegasi dakwah pun power, buat lagu pun power.
Printed media?
Al Arqam dah ada suratkhabar sendiri sejak tahun 1977.
Pendidikan?
Setakat rekod pada tahun 1994, Al Arqam ada lebih kurang 250 sekolah seluruh Malaysia (self funded laa of course) dengan hampir 10,000 pelajar bersama 950 orang guru.
Siap Al Arqam ni ada tertiary education set up sendiri di Pekan Baru, Indonesia.
Jadi urusan bayar gaji pekerja, guru semua ni macam mana?
Ok ni lagi satu konsep Al Arqam yang power. Model yang depa guna pakai adalah kesama rataan - pendapatan bersandar keperluan.
Ada ciri sosialis.
Level pekerjaan tak penting. Apa yang penting level keperluan.
Contohnya, kerani kilang yang ada anak 3 gaji dia akan lebih sikit daripada jurutera kilang yang baru kahwin tak ada anak.
Nampak?
Benda ni untuk mainstream memang kita rasa tak ngam. 
Tapi yang ni lah Almarhum Abuya buat untuk keep intact brotherhood semua ahli di bawah pimpinan dan cara paling ideal untuk sampaikan bantuan terus kepada insan memerlukan.

Jangan terkeliru ya adik adik millenial, aku cerita pencapaian institusi dakwah Islamiah Arqam tu 30-40 tahun dulu punya kejadian, bukan 10 tahun lepas atau 20 tahun lepas.
Dah lama. Dah jadi sejarah.
Pokok pangkalnya, di Malaysia kita pernah memiliki, mengalami dan merasai sedikit sebanyak bagaimanakah situasinya apabila dakwah, ekonomi, teknologi dan kemasyarakatan itu wujud megikut utopia pemikiran tradisional sebuah kerajaan Islam.
Sekali lagi aku ulang, di sini bukan medan kita nak berhujah tentang salah silap Aurad, ekstremism, Tentera Badar, potensi rampasan kuasa dan beberapa lagi tuduhan ke atas Al Arqam yang dahulunya bisa mengancam keselamatan dan kestabilan negara.
Aku nak beritahu yang melalui sistem yang solid, ciri kepimpinan, dan visi yang jelas oleh seorang pemimpin dapat memandu ummah untuk berjaya dalam tarbiyah, ekonomi, sosio budaya, pendidikan, dan segala galanya yang boleh diimpikan.
Semalam, 13 Mei genaplah 9 tahun Almarhum Abuya Ashaaari Mohammad, seorang tokoh sebuah gerakan Islam Al Arqam menemui Sang Pencipta.
Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa beliau dan menempatkan beliau dikalangan hamba hamba yang soleh.
Dan semoga Allah SWT mengurniakan lebih ramai lagi Murobbi ummah yang dapat menyuluh umat manusia ke jalan kebenaran.

Copy and paste: FB Kebangkitan Bani Jawi (Nusantara)
17 Mei 2019 : 3.08 am



No comments:

Post a Comment