ZULHEIMY MAAMOR

Thursday, 31 January 2019

SOLAT DAIM

Dalam suatu majlis,seorang murid bertanya tentang solat WUSTHO sebagaimana di perintahkan dlm surat al baqarah 238.
Allah SWT berfirman:
حَافِظُوْا عَلَى الصَّلَوٰتِ وَالصَّلٰوةِ الْوُسْطٰى وَقُوْمُوْا لِلّٰهِ قٰنِتِيْنَ
"Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala solat fardu, khasnya solat Wusta (solat Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam solat kamu) dengan taat dan khusyuk."
( Al-Baqarah 2: Ayat 238)

Ketahuilah solat wustho itu adalah solatnya Roh.
Wustho artinya tengah yaitu tengahnya ruang dan waktu(space and time)
Tengahnya ruang antara depan belakang,kanan kiri,atas bawah yakni HATI sbg pusat(centre).
Tengahnya waktu antara esok dan kemaren yakni yang SEKARANG ini yg abadi.
Jadi solat wustho itu solat yg di tegakkan dlm hati dan di waktu kini yg terus menerus berlanjutan. Kerananya ia juga di sebut sbg SOLAT DAIM (surat al maarij ayat 20)
Allah SWT berfirman:
اِذَا مَسَّهُ الشَّرُّ جَزُوْعًا
"Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah;"
( Al-Ma'arij 70: Ayat 20)
Bagaimana kaifiyatnya GURU ,tanyanya lagi?
Sebagimana solat secara syariat terdiri dari 3 rukun gerakan,ucapan dan penghayatan/tumakninah.
Begitu juga solat wustho/daim sbg solat hakikat.
GERAK jiwa.
Berdirinya adalah tawakal.
Rukuknya adalah sabar
Sujudnya adalah syukur dan 
Duduknya adalah redha.

Tawakal terhadap harapan dan ketakutan akan masa depan
Sabar dan syukur atas kenyataan di masa kini
Redha dgn apa yg tlh terjadi di masa lalu.
ZIKIR nya adalah zikir nafas .
TUMA'NINAH nya adalah berserah diri pada Allah.
TAHIYATnya adalah makrifat /musyahadah
SALAMnya 
Kekanan menebar kedamaian ke penduduk langit
Ke kiri menebar kedamaian ke penduduk bumi.

Inilah solat hakikat yg di tegakkan para nabi dan para Auliya' terdahulu hingga sepanjang zaman.
Dan
Oleh sebab itulah para nabi dan para wali selalu dlm keadaan bebas dari ketakutan(khoufun )kerana selalu tawakal dan terlepas dari kesedihan(hazn) kerana selalu sabar, syukur dan redha ,serta selalu dalam tenang, sukacita (bushro) krn senantiasa bermakrifat pada Allah.

Sebagimana firman Allah
Ingatlah para wali² itu tidak pernah merasakan ketakutan(khoufun)bagi mereka dan kesedihan (hazn).Mereka itu adalah orang2 yg beriman, bertaqwa dan tenang jiwanya .
Bagi mereka kegembiraan raya (busyro) ada di dlm kehidupan di dunia dan akhirat.Dan itulah kemenangan yg agung (surat yunus 62, 63,64).
Allah SWT berfirman:
اَ لَاۤ اِنَّ اَوْلِيَآءَ اللّٰهِ لَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُوْنَ
"Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita."
( Yunus 10: Ayat 62)

الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا وَكَانُوْا يَتَّقُوْنَ
"(Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa."
(QS. Yunus 10: Ayat 63)

لَهُمُ الْبُشْرٰى فِى الْحَيٰوةِ الدُّنْيَا وَفِى الْاٰخِرَةِ ۗ لَا تَبْدِيْلَ لِـكَلِمٰتِ اللّٰهِ ۗ ذٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيْمُ
"Untuk mereka sahajalah kebahagiaan yang mengembirakan di dunia dan di akhirat; tidak ada (sebarang perubahan pada janji-janji Allah yang demikian itulah kejayaan yang besar."
(QS. Yunus 10: Ayat 64)

Copy and paste from Facebook
31.1.2019: 7.27 pm

No comments:

Post a Comment