ZULHEIMY MAAMOR

Tuesday, 29 January 2019

29 JANUARI 1819 - STAMFORD RAFFLES DI SINGAPURA

Ayman Rashdan Wong

Esok, tepat 200 tahun yang lepas (29 Januari 1819), Stamford Raffles berjaya mendarat di Singapura, dalam misinya mencari sebuah pelabuhan baharu bagi Britain untuk memecah monopoli perdagangan Belanda di Asia.
Pendaratan Raffles membawa kepada 4 buah perjanjian yang mengilhak Singapura dari Empayar Johor-Riau - peristiwa yang disambut oleh warga Singapura sebagai "founding of modern Singapore".
Walaupun kebanyakan warga Singapura melihat ulang tahun "founding" tersebut yang ke-200 sebagai sesuatu historic moment yang patut dibanggakan, namun hakikatnya ia adalah lebih kepada sebuah tragedi.
Mula-mula, Raffles berjumpa dengan Temenggong Abdul Rahman untuk mendapat izin membuka pelabuhan Britain di Singapura. Itu membawa kepada perjanjian antara Raffles dan Temenggong pada 30 Januari 1819.
Tapi "tuan" sebenar Singapura ialah Sultan Johor-Riau. Sultan ketika itu ialah Sultan Abdul Rahman yang bersemayam di Lingga. Namun pertabalan Sultan Abdul Rahman ada kontroversi sikit sebab baginda menjadi sultan kerana abangnya, Tengku Hussain tidak berada di samping ayahanda mereka, Sultan Mahmud Syah III ketika mangkat. By right, Tengku Hussain lebih berhak mewarisi takhta selaku putera sulung.
Tengku Hussain dan Sultan Abdul Rahman masing-masing disokong oleh Temenggong dan YamTuan Muda. YamTuan Muda di bawah pengaruh Belanda dan Belanda memain peranan aktif dalam pertabalan Sultan Abdul Rahman. Jadi Temenggong dan Tengku Hussain melihat kehadiran Britain sebagai peluang.
Justeru, Raffles menandatangani perjanjian dengan Tengku Hussain pada 6 Februari 1819 dengan janji memberi sokongan kepada baginda sebagai Sultan. Raffles juga bersetuju untuk membayar elaun tahunan sebanyak 5,000 Dolar Sepanyol kepada Sultan dan 3,000 kepada Temenggong sebagai "sewa" Singapura.
Tapi itu bukan bermaksud Sultan dan Temenggong terus "menjual" Singapura. Sultan dan Temenggong menganggap kerjasama tersebut bertujuan mengimbangi Belanda semata-mata. Malah selepas menyewa Singapura kepada Britain, Sultan Hussain dan Temenggong masih in contact dengan Belanda untuk balancing antara Britain dan Belanda.
Takut Singapura terlepas dari tangan Britain, maka Raffles memaksa Sultan dan Temenggong untuk menandatangani Perjanjian 7 Jun 1823 yang melucut kuasa Sultan dan Temenggong terhadap tanah Singapura. Untuk cover, dia offer elaun bulanan 1,500 dan 800 kepada Sultan dan Temenggong masing-masing dan mengekalkan kuasa Sultan dan Temenggong terhadap jajahan mereka.
Selepas Britain dan Belanda mencapai kata sepakat pada 17 Mac 1824 mengenai zon pengaruh masing-masing di Nusantara melalui Anglo-Dutch Treaty, maka Britain bolehlah sembelih Sultan dan Temenggong tanpa segan silu. Belanda tak mahu kacau Britain lagi, Britain tak mahu kacau Belanda lagi. Maka Sultan dan Temenggong tidak lagi mempunyai Belanda sebagai "bargaining chip" atau "leverage" dalam diplomasinya dengan Britain.
John Crawfurd yang menggantikan Raffles (pencen dan balik kampung selepas mencapai KPI) memuktamadkan dominasi Britain ke atas Singapura melalui Perjanjian Persahabatan dan Perikatan (Treaty of Friendship and Alliance) pada 2 Ogos 1824. Nama perjanjian punyalah suci tapi isi kandungannya jahat namati.
Crawfurd offer untuk membeli seluruh Singapura dengan membayar lump sum 33,200 tambah elaun bulanan 1,300 kepada Sultan, dan lump sum 26,800 tambah elaun bulanan 700 kepada Temenggong. Siap offer kalau Sultan dan Temenggong meninggalkan Singapura, mereka masing-masing boleh dapat extra 20,000 dan 15,000 serta pembatalan hutang.
Sultan dan Temenggong enggan, maka Crawfurd menghentikan bayaran elaun yang dijanjikan oleh Raffles. Lepas 3 bulan, akhirnya Sultan dan Temenggong akur dan menandatangani perjanjian tersebut. Temenggong ialah pembesar, di bawah beliau ada ratusan kalau tidak ribuan pengikut, kalau tak ada elaun macam mana nak sara hidup mereka. Trump pun surrender lepas 35 hari. Trump ok lagi ada duit poket sikit, ni Britain langsung memonopoli hasil Singapura dengan melarang Sultan dan Temenggong mengutip cukai dan hadiah dari para pedagang.
Akhirnya, pada 1826, Singapura dimasukkan ke dalam Negeri-Negeri Selat, menjadi jajahan Britain sehingga tahun 1963.
Mark Twain pesan, sejarah tidak sentiasa berulang, tetapi rentaknya sama (history does not repeat itself, but it does rhyme). 100 tahun kemudian, episod yang lebih kurang sama berlaku di sebelah Tanah Arab pula.
Pada 16 Oktober 1916, Thomas Edward Lawrence, atau lebih dikenali sebagai "Lawrence of Arabia" tiba di Jeddah untuk berbincang dengan Syarif Hussain, Raja Hijjaz yang memerintah Mekah dan Madinah mengenai kerjasama menentang Kerajaan Turki Uthmaniyyah.
Keluarga Syarif Hussain memerintah Hijjaz sejak tahun 1201 dan berbaiah kepada Khalifah Uthmaniyyah sejak 1517, tapi sekarang beliau rasa nak memberontak, sebab beliau rasa khalifah kat Istanbul tu dah tak ada keabsahan. Syarif Hussain pula nak try jadi khalifah, lagi-lagi dengan keturunan beliau sebagai Ahlul Bait yang dianggap mampu rally semua umat Arab di bawah satu panji.
Britain tahu pasal ni, jadi Lawrence diutuskan untuk membincangkan hal pemberontakan tersebut. Britain memberi "jaminan" mereka akan membantu Syarif Hussain mencapai cita-cita khalifah tersebut jika Syarif memberi kerjasama untuk menyerang Uthmaniyyah secara bersama.
Tapi akhirnya, bukan saja Britain mungkir janji, malah Palestin juga tergadai. Tanah Arab yang diimpikan oleh Syarif Hussain ("dari Laut Mediterranea hingga ke Teluk Parsi") sebagai jajahan khilafah baharu di bawah beliau dipecahkan kepada 4 negara (Syria, Lubnan, Jordan, Iraq).
Skripnya sama kerana penulis skripnya sama. Britain, master dalam "divide and conquer" telah berjaya memanipulasi tension dalaman sesebuah empayar dan merampas hak mereka step by step.
Malah dalam kedua-dua kes, Britain guna orang macam Raffles dan Lawrence untuk mendapatkan kepercayaan pemerintah tempatan. Raffles bukan saja fasih berbahasa Melayu, mahir tulisan Jawi malah dikatakan memiliki "budi" yang mampu mencairkan para pemerintah Melayu.
Lawrence pula bukan saja fasih berbahasa Arab, pandai seni pedang Arab, malah siap berjubah lengkap ikut gaya Arab. Syarif tengok, masha Allah, macam mana tak yakin dengan "keikhlasan" Britain.
Pengalaman Sultan Hussain dan Syarif Hussain membuktikan bahawa formula bekerjasama dengan orang luar untuk menyelesai masalah dalaman tidak pernah memberi solusi, malah hanya membuka Pandora Box perpecahan bangsa dan negara.
Realpolitik yang berasaskan logik "musuh kepada musuh saya ialah kawan" tanpa mengambil kira maslahat ada risikonya. Apatah lagi berdepan dengan musuh yang licik seperti Britain.
Sejarah menyediakan banyak lesson (ibrah) percuma untuk kita, cuma kita terlalu ego untuk belajar darinya. Sultan Hussain dan Syarif Hussain (nama pun sama, scary) learnt their lesson hard.
29 Januari 2019. Sementara jiran di seberang laut menyambut ia sebagai titik permulaan naratif negara, kita wajar mengenang sejarah pengilhakan Singapura sebagai pengajaran kita untuk 100 tahun yang akan datang.
Copy and paste: Facebook
29 January 2019 : 6.17 pm

No comments:

Post a Comment