ZULHEIMY MAAMOR

Tuesday, 10 July 2018

KEZALIMAN VASCO DA GAMA ; SEJARAH YANG PERLU DILURUSKAN

Kita benar2 ditipu oleh sejarah semasa di sekolah dahulu.
Di sekolah kita diajar bahawa dia adalah seorang penjelajah/pelayar.Kita tidak pernah diberitahu bahawa dia adalah penjahat serta penumpah darah yang dipenuhi kebencian.

Pemalsuan sejarah oleh musuh.Hanya orang-orang bodoh yang enggan untuk meluruskan sejarah ini.
Dalam perjalanannya ke India pada tahun 1502,dia menghalang sebuah kapal jemaah haji yg membawa 700 Muslim dalam perjalanan mereka ke Mekkah di Teluk Oman dan membakar mereka hidup-hidup di atas kapal !!
Vasco da Gama juga telah menghancurkan hampir 300 buah masjid dalam salah satu kempen perang salib melawan Muslim Afrika Timur.Ketika armadanya tiba di Mozambique, dia berkata: "Sekarang kami telah mengepung umat Islam dan hanya tinggal menarik benang".
Vasco da Gama bertemu dengan kapal jemaah haji yang baru pulang dari Mekah dan bertindak menahannya.Dia menjarah kesemua barang mereka,mengumpulkan 380 penumpang kapal dan membakarnya.Kapal mengambil masa kira² empat hari untuk tenggelam ke laut yg membunuh semua penumpang termasuk wanita dan kanak-kanak.
Peristiwa ketika Vasco da Gama tiba di kota Kalkuta,India.Kota ini telah dia hancurkan dengan bedilan meriamnya.Di kota ini,dia juga telah menampilkan 'pertunjukannya'.Mereka yg di jadikan tawanan perang telah di perlakukan dengan kejam di mana tangan, telinga dan telinga mereka telah dipotong serta gigi mereka dipatahkan.Kemudian mereka diikat dalam kapal lalu tentera Vasco da Gama bertindak membakarnya.
Sumber:
تحت ظلال السيوف
مختصر التاريخ السياسي للخليج العربي منذ أقدم حضاراته حتى عام 1971

(Di Bawah Bayang-bayang Pedang.Ringkasan
Sejarah Politik Teluk Arab Sejak Peradaban Tertua Hingga Tahun 1971)

credit:Syafridhani Smaradhana
- Ziefenz Zee MMA

Copy and paste: FB Kebangkitan Bani Jawi (Nusantara)
10 Julai 2018 : 10.45 pm

No comments:

Post a Comment