ZULHEIMY MAAMOR

Thursday, 22 February 2018

KEMBARA TURKI 22 FEBRUARI 2018 (PAMUKKKALE - KONYA - CAPPADOCIA)

22 FEBRUARI 2018 (PAMUKKALE - KONYA-CAPPADOCIA)

Sambungan dari : KEMBARA TURKI 21 FEBRUARI 2018 (KUSADASI - PAMUKKALE)


Selepas bersarapan pagi, rombongan bertolak dari Pamukkale ke Konya yang terletak lebih kurang 396 km dan mengambil masa perjalanan selama 5 jam 3 minit. 



Sarapan pagi sebelum bertolak ke Konya. 


KONYA, TURKI

Konya terletak lebih kurang 8 jam memandu dari Istanbul, Turki. Konya asalnya adalah dibawah pemerintahan Kerajaan Seljuk dan Karamanids. Bandar ini telah didiami sejak tahun 3000 SM.  Ianya kemudian bertukar tangan dari satu pemerintah ke satu pemerintah sehinggalah ianya ditakluk oleh Kerajaan Seljuk pada tahun 1084 sebelum ianya bertukar tangan dibawah pemerintahan Kerajaan Turki Uthmaniyyah. 









Dalam perjalanan ke Konya, rombongan singgah di sebuah gedung tekstil yang terkenal di Turki. 
Kemudian rombongan dibawa singgah untuk makan tengahari di sebuah restoran sebelum meneruskan perjalanan ke Konya. 




MEVLANA MUSEUM 






Di Mevlana Museum ini terletak makam Maulana Jalaluddin Muhammad Rumi, seorang pujangga Islam terkenal abad ke 13. Beliau telah menulis ratusan puisi yang terkenal dalam berbagai bahasa. Beliau juga dikaitkan dengan Tarian / meditasi Sufi (Whirling Derwish) yang terkenal di Turki. 
Kawasan sekitar muzium ini dipenuhi dengan makam-makam yang kebanyakannya adalah pengikut-pengikut Maulana Jalaluddin Muhammad Rumi. 

















SULTANHANI CARAVANSERAI



Rombongan kemudian dibawa melawat ke Sultanhani Caravanserai. Sultanhani Caravanserai terletak di Konya ialah sebuah Caravanserai yang terbesar yang dibina oleh Alaattin Keykubat 1 pada tahun 1229.
Caravanserai bermaksud hotel atau kalau zaman dahulu ia sesuai dipanggil tempat perhentian dan berehat untuk para pedagang dan unta.




HOTEL PENGINAPAN








Avrasya Hotel
Yeni Mahallesi
Jan Zakari Cadessi
50500 Avanos / Nevsehir
Turkey
Tel: + 90 384 511 51 81

Bersambung ke : 
KEMBARA TURKI 23 FEBRUARI 2018 (CAPPADOCIA)






No comments:

Post a Comment