ZULHEIMY MAAMOR

Wednesday, 21 February 2018

KEMBARA TURKI 21 FEBRUARI 2018 (KUSADASI - PAMUKKALE)

21 FEBRUARI 2018 (KUSADASI - PAMUKKALE)

Sambungan dari : KEMBARA TURKI 20 FEBRUARI 2018 (BURSA - KUSADASI_



Perjalanan dari Bursa ke Kusadasi adalah sejauh 413 km dan mengambil masa perjalanan selama 5 jam 5 minit.

KUSADASI

Kusadasi  adalah sebuah Bandar peranginan terletak di Pantai Aegea, Turki. Pelancongan adalah merupakan industry pertama Bandar ini. Nama Kusadasi berasal dari perkataan ‘Kus’ (burung) dan ‘ada’ (Pulau).
Di zaman Kerajaan Rom Byzantine ia dikenali dengan nama Ephesus Neopolis dan kemudiannya dikenali pula dengan nama Scala Nova.
Kusadasi adalah pusat Seni dan Budaya mengikut rekod awal sejarahnya.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sejarah Kusadasi boleh merujuk kepada laman web Wikipedia.
Rujuk : https://en.wikipedia.org/wiki/Ku%C5%9Fadas%C4%B1

Selepas sarapan pagi, rombongan dibawa melawat ke bebarapa tempat menarik di Kusadasi, Turki. 


LECO LEATHER AND FUR


Rombongan dibawa melawat ke Leco Leather and Fur yang terletak di Selcuk / Izmir Turkey, sebuah kedai barangan kulit yang terkenal di Turki. 







Cantik memang cantik...harga pun cantik... tapi semuanya dijual dalam US Dollar..yang paling murah pun sekitar 1000 USD.




 Rombongan turut dipersembahkan dengan pertunjukan fesyen.







KOTA EPHESUS (WONDER OF THE WORLD)



Ephesus Archaeological Museum terletak di daerah Selcuk / Izmir, Turkey. Ephesus dahulunya adalah sebuah Bandar besar di Asia Kecil, terletak di Pantai Barat Anatolia.
Bandar ini terkenal sebagai lokasi Kuil Artemis, salah satu dari 7 Keajaiban Dunia Purba. Kuil Artemis merupakan Kuil Tamaddun Yunani Purba yang dibina untuk dewa Artemis. Kuil ini dibina pada tahun 550 S.M. Kota ini dirobohkan pada tahun 401 SM tetapi dibangunkan semula sebelum sebahagian besarnya musnah akibat gempa bumi. Kota ini dianggarkan telah dihuni sejak 6,000 SM. 


The Temple of Hadrian, salah satu struktur yang masih terpelihara di Ephesus ini dibina pada tahun 138 Masehi untuk memperingati lawatan Maharaja Rom, Hadrian  (117 - 138 Masehi). 

Maharaja Hadrian adalah diantara "The Five Good Emperors" yang merujuk kepada 5 Maharaja Rom iaitu Nerva, Trajan, Hadrian, Antonius Pius dan Marcus Aurelius. 





Tandas Awam zaman dulu.... agak-agak kalau tandas kat Malaysia macam ini.... rasanya tak tergamak nak buang air besar....hehe

The Prytaneum sebuah dewan Eksekutif dimana pemerintah Ephesus mengadakan perbincangan atau mesyuarat, majlis makan dan menerima tetamu dari luar yang datang melawat Ephesus. 
Prytan adalah ketua Jawatankuasa Eksekutif yang dipilih dari kalangan keluarga-keluarga bangsawan dan elit di Ephesus. 
Patung Dewa Artemis yang dipamerkan di Muzium Ephesus ditemui tertanam di Prytaneum.








The Curetes Street adalah salah satu dari 3 jalan utama antara Pintu Hercules hingga ke Perpustakaan Celsus. Jalan ini mengambil sempena nama para pendeta yang dipanggil Curetes dimana nama-nama mereka ada terukir di Prytaneion. 










The Nymphaeum Traiani ialah sebuah pancutan air yang dibina sebagai menghormati Maharaja Trajan (98-117 Masehi), iaitu Maharaja Empayar Rom yang 13. Beliau diingati sebagai seorang Tentera dan Maharaja yang memgembangkan kekuatan Tentera Rom. Bangunan pancutan air ini adalah sumbangan Tiberius Claudius Aristion dan isterinya pada tahun 102 dan 114 Masehi, bagi menghormati Artemis of Ephesos dan juga Kaisar Trajan.
The Nymphaeum Traiani ditempui semasa kerja-kerja pengalian pada tahun 1957 oleh Franz Miltner. 











Selesai lawatan Kota Ephesus, rombongan telah dibawa melawat ke Gozbasi Lokum, kedai yang menjual Turkish Delight. 








PAMUKKALE
Selesai lawatan di Gozbasi Lokum, rombongan bertolak ke Pamukkale iaitu sebuah bandar di Barat Turki yang terkenal dengan perairan Terma yang kaya dengan mineral yang mengalir terus ke lereng bukit berhampiran. 
Jarak perjalanan dari Kusadasi ke Pamukkale ialah sejauh 201 km dan mengambil masa perjalanan 2 jam 54 minit. 
Pamukkale terkenal dengan peninggalan sejarah dan juga keindahan alamnya. Nama Pamukkale berasal dari perkataan Turki yang bermaksud "Cotton Castle". 



ANTIQUE CITY OF HIERAPOLIS
Setiba di Pamukkale, rombongan telah dibawa untuk melawat ke Antique City of Hierapolis. 
Antique City of Hierapolis mengikut sejarah didirikan oleh Eumenes II, Raja Pergamus yang memerintah dari tahun 197 - 159 SM. Nama Kota ini berasal dari nama Hiera, iaitu isteri Telephus (anak dari Hercules dan cucu Zeus). 
Hierapolis telah diserahkan kepada Empayar Rom pada tahun 133 SM namun ianya telah dihancurkan oleh gempa bumi yang berlaku pada tahun 60 Masehi ketika pemerintahan Maharaja Nero. 






Bangunan Theater, sebuah bangunan gaya Yunani yang terpelihara terletak dilerang bukit. Bangunan setinggi 91 meter ini dibina pada tahun 62 Masehi selepas gempa bumi yang berlaku pada tahun 60 Masehi.











Dari Hierapolis, rombongan kemudian dibawa berkunjung ke Cotton Castle, iaitu teres-teres kolam air panas berwarna putih di lereng bukit. 







Kucing di Turki
Banyak tempat yang dikunjungi, akan kelihatan kucing yang comel-comel. Ini yang dapat diabadikan. 







HOTEL PENGINAPAN







PAM Thermal Hotel
Karahayit Mahallesi
120. Saglik Sokak 5/1
20190 Pamukkale / Denizli
Turkey
Tel: + 90 258 271 41 40

SETERUSNYA : KEMBARA TURKI 22 FEBRUARI 2018 (PAMUKKALE - KONYA - CAPPADOCIA)

No comments:

Post a Comment