ZULHEIMY MAAMOR

Sunday, 12 November 2017

KEMBARA CHINA 2017 - SILVER CAVE, GUILIN

Sambungan:
12 November 2017 - Bamboo Rafting Lipu River Guilin

Destinasi kami seterusnya ialah ke Silver Cave, gua batu kapur yang terletak di bandar Maling daerah Lipu Xian, Guilin. Ia terletak lebih kurang 85 km dari Guilin dan 18 km dari Yangshuo merupakan gua karst yang terbesar di Guilin. 
Silver Cave atau Yinzi Cave adalah satu contoh gua batu kapur yang masih wujud di dunia ini. 


Ada legenda yang menceritakan bahawa pada zaman Dinasti Qing semasa pemerintahan Maharaja Kangxi, tentera pemberontak yang kalah dalam pertempuran telah menjadikan Silver Cave sebagai tempat persembunyian. 
Ada peribahasa China berbunyi "Anyone who has been to Silver Cave will never be short of money."..... Wallahualam.



Pintu masuk ke Silver Cave



  Ukiran kuda Emas di pintu masuk ke Silver Cave



Patung "God of Prosperity" di laluan masuk ke Silver Cave


 Para Peniaga di sini boleh menyebut beberapa perkataan Melayu kerana ramai rakyat Malaysia yang berkunjung ke sini. 


Untuk masuk ke Gua Perak (Silver Cave) ini mestilah mempunyai kekuatan dan kesihatan yang baik kerana kita perlu memanjat anak-anak tangga yang tinggi dan perlu berjalan paling jauh 4 km. Memandangkan anak tangga yang tinggi, saya mengambil keputusan untuk tidak mendaki gua tersebut. Isteri dan 2 anak saya sahaja yang terus mendaki anak-anak tangga untuk ke gua. Saya dan ibu mertua tinggal menunggu di bawah. 







 







Pemandangan yang indah dan cantik begitu memukau setiap mata yang memandang. Ini adalah satu pengalaman yang sukar untuk dilupakan... hati berasa begitu tenang apabila dapat menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan Yang Maha Esa. 

Selesai menjelajah Silver Cave, kami terus menaiki bas untuk ke destinasi seterusnya iaitu di Bamboo Unlimited. 

Bersambung.....



No comments:

Post a Comment