ZULHEIMY MAAMOR

Sunday, 12 November 2017

KEMBARA CHINA 2017 - BAMBOO UNLIMITED, GUILIN

Sambungan:
12/11/2017 - Silver Cave, Guilin

Dari Silver Cave kami menuju ke destinasi seterusnya, iaitu Bamboo Unlimited di Yangshuo, Guilin. Untuk pakej lawatan ke China ada 3 destinasi yang menjadi persinggahan wajib yang ditetapkan oleh Kerajaan China, iaitu Bamboo Shop, Kilang memproses kain sutera dan kedai-kedai herba yang menjadi milik kerajaan. 


Penduduk di Yangshuo ternyata dapat memanfaat penggunaan buluh dengan membuat perlbagai produk dari buluh. Sebelum ini saya pun tak terfikir ada pakaian, pakaian dalam dan kasut yang dibuat dari buluh. Boleh dikatakan banyak produk keperluan harian diperbuat daripada buluh antaranya tisu, tuala mandi, sabun mandi dan macam-macam lagi. 
Contohnya seperti pakaian dalam dari buluh, menurut pemandu pelancong kami Mr. Alex, pakaian dalam yang dibuat dari benang buluh sangat tahan malah boleh dipakai 3 - 4 hari tanpa di basuh dan tidak meninggalkan bau.... kami semua terfikir dalam kepala masing-masing...boleh ke pakai seluar dalam 3-4 hari tanpa basuh... hehe... rasanya orang Malaysia kalau beli mesti pakai 1 hari dah basuh..... tak sanggup ..tak sanggup...haha





 Benang Buluh




Kesemua ini adalah sebahagian dari produk-produk yang dihasilkan dari benang buluh...







  
Pemandangan Pekan Yangshuo di luar Bamboo Unlimited




Isteri bergambar kenangan dengan gadis yang mempromosikan produk-produk dari Buluh.

Di sini saya dan isteri telah membeli 3 pasang kasut buluh untuk saya, isteri dan anak bongsu saya. Anak yang sulong tidak berminat dengan kasut tersebut. Dia berminat untuk beli seluar boxer. 




Selesai lawatan kami menaiki bas untuk menuju ke destinasi seterusnya iaitu ke Shangri-La Park. 

Bersambung.......
12/11/2017 - Shangri-La Park Guilin


No comments:

Post a Comment