ZULHEIMY MAAMOR

Wednesday, 8 February 2017

2017 - SUNWAY COLLEGE JOHOR BAHRU

Pada 7 Februari 2017 saya bersama Awareness Team Yayasan Jantung Malaysia (YJM) telah bertolak dari Kuala Lumpur menuju ke Johor Bahru untuk program kami seterusnya. 
Perjalanan sejauh 333 km mengambil masa 3 jam 20 min perjalanan. 


Kali ini program kami ialah di Sunway College Johor Bahru yang terletak di Taman Mount Austin, Johor Bahru. 
Ini ialah program kali kedua kami di College ini. Kali pertama ialah pada 19 April 2016.
Seramai 116 orang pelajar dan setaf serta pensyarah telah hadir menjalani ujian Pemeriksaan Kesihatan pada hari itu. 

Sunway College Johor Bahru
No. 3, Jalan Austin Heights Utama
Taman Mount Austin
81100 Johor Bahru
Johor
Tel: 07-359 6880     Fax: 07-359 6881

Semasa program, kami menetap di Hotel Vistaria yang terletak tidak jauh dari Sunway College Johor Bahru ia itu di Jalan Austin Heights 3, Taman Mount Austin, Johor Bahru. Sunway College Johor Bahru terletak dibelakang hotel ini sahaja.

Hotel Vistaria Sdn Bhd
1 & 3, Tingkat 1,2,3,4
Jalan Austin Heights 3
Taman Mount Austin
81100 Johor Bahru
Johor
Tel: 07-359 7399     Fax: 07-359 7499



Sebelum check in Hotel kami singgah sebentar di AEON Mall Tebrau City kerana kami merancang untuk mengadakan program di sini kemungkinan hujung tahun 2017. 
Saya pernah bersama Awareness Team menjalankan program di AEON Tebrau city ini pada tahun 2012. 

Rujuk : 
YJM - Johor Heartweek 2012


Sunway College Johor terletak dibelakang hotel kami menginap di Taman Mount Austin, Johor Bahru. 
Ditubuhkan pada tahun 2004 Sunway College Johor Bahru adalah sebahagian daripada Sunway Education Group.


Turut membantu kami pada program kali ini ialah jururawat daripada KPJ Puteri Specialist Hospital, Johor Bahru. 













Selesai program di Sunway College Johor Bahru pada 9 Februari 2017 kami meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. 

No comments:

Post a Comment