ZULHEIMY MAAMOR

Sunday, 5 February 2017

KELEBIHAN DAN KEISTIMEWAAN AL QURAN

1. Al-Quran mengandungi sebanyak 114 surah dengan 6236 ayat. Ia mencakupi 30 juzuk di mana setiap juzuk terbahagi kepada 2 hizb (bahagian). Oleh itu sebanyak 60 hizb terkandung di dalamnya.
2. Terdapat 2 kumpulan surah dalam Al-Quran:
a. Surah Makiyyah (diturunkan di Mekkah sebelum Hijrah) sebanyak 86 surah.
b. Surah Madaniyah (diturunkan di Madinah selepas Hijrah) sebanyak 28 surah.
3. Setiap surah dimulai dengan kalimah Bismillah kecuali surah at-Taubah, manakala surah An-Naml mengandungi 2 Basmalah.
4. Surah yang terpanjang adalah Surah Al-Baqarah iaitu 286 ayat. Surah yang terpendek ialah Surah Al-Kautsar mengandungi 3 ayat. Manakala Surah al-Ikhlas adalah satu-satunya surah yang didalamnya hanya ada satu baris kasroh.
5. Surah Al-Fatihah adalah surah yang pertama kedudukannya dalam Al-Quran. Dan Surah A-Nas adalah yang terakhir berdasarkan turutan yang umum dalam mushaf, bukan berdasarkan kepada turutan turunnya ayat itu.
6. Setiap surah dalam Al-Quran memiliki nama-nama yang khusus. Dan sebahagian surah pula memiliki lebih dari satu nama seperti surah Al-Fatihah yang mengandungi lebih dari 20 nama antaranya, Ummul-Kitab, As-Sablu, al-Matsani, al-Kana, al-Wafiyah, al-Kafiyah, as-Syafiyah dan lain-lain.
7. Terdapat 29 surah dimulakan dengan huruf Muqathaiah (Thahaa, Yaa Sin, Shad, Qhaf, Alif Lam Miim dan lain-lain).
8. Terdapat 15 surah dalam Al-Quran terkandung di dalamnya Ayat Sajadah yang dihukumkan sunat muakkad untuk melaksanakan Sujud Tilawah ketika sampai pada bacaan ayat tersebut.
9. Bilangan setiap pasangan perkataan disebut sama rata, contoh:
a. Dunia disebut 115 kali dan akhirat juga disebut sebanyak 115 kali.
b. Syurga (77 kali) dan Neraka (77 kali)
c. Malaikat (88 kali) dan Syaitan (88 kali)
d. Hidup (145 kali) dan mati (145 kali)
e. Faedah (50 kali) dan rugi (50 kali)
f. Lelaki (24 kali) dan perempuan (24 kali).
g. Perkataan Bulan disebut sebanyak 12 kali manakala hari disebut sebanyak 395 kali (bersamaan dengan kiraan bulan dan hari).
10. Nabi Musa a.s adalah nama yang paling banyak disebutkan, manakala Maryam adalah satu-satunya nama perempuan yang disebut dalam Al-Quran.


Sumber: Majalah Al-Islam keluaran Jun 2013

No comments:

Post a Comment