ZULHEIMY MAAMOR

Friday, 25 August 2017

KEMBARA HAJI 2017 - MEKKAH : ABRAJ AL JANADIRIYYAH, MASJIDILHARAM, TAWAF DAN SAIE

Artikel sebelum ini:
Kembara Haji 2017 - Penerbangan ke Jeddah

Dari Lapangan Terbang King Abdul Abdul Aziz Jeddah, kami dari Maktab 87 telah dibawa ke hotel penginapan kami iaitu Abraj Al Janadiriyyah yang terletak kira-kira 700 meter dari Masjidilharam di Mekkah. Kami bertuah kerana di Hotel ini juga adalah merupakan ibu Pejabat Tabung Haji di Mekkah. 
Pengarah Operasi Maktab 1438H, Mohd Nasir Mohd Yusoff menyatakan bahawa pada musim haji tahun ini (2017/1438H), 13 maktab penginapan disediakan untuk jemaah haji melibatkan 24 bangunan hotel... terima kasih Tabung Haji...


KAD MAKTAB 87 ABRAJ AL JANADRIYYAH






MELAKSANAKAN UMRAH - HAJI TAMATTUK
Oleh kerana saya dan isteri telah memilih untuk melaksanakan Haji Tamattuk, maka kami kena melaksanakan Ibadah Umrah sebelum Hari Wukuf pada 9 Zulhijjah. 
Selepas check in hotel di Mekkah, kami ke Masjidil Haram untuk melaksanakan ibadah Umrah. Memandangkan orang terlalu ramai, kami tidak dapat memasuki Masjidil Haram kerana pintu masuk telah ditutup. 
Kami hanya dapat masuk ke Masjidil Haram hanya selepas solat Isyak. Saya dan isteri terus melaksanakan ibadat Tawaf dan Saie serta bercukur. 
Selesai bercukur, maka terlepaslah larangan ihram dan kami boleh memakai pakaian biasa sehinggalah tiba hari Wukuf nanti. 

Lain-Lain Info:
4. Maksud Haji



Saie antara Safa dan Marwah








Rindu akan Baitullah adalah rindu yang bertandang walau kita tidak undang. Rindu ini begitu luas spektrumnya. Rindu kepada rumah Allah. Rindu kepada tanah kelahiran Rasulullah s.a.w. Rindu akan solat yang digandakan sehingga 100,000 kali ganda. Rindu ingin berdoa di begitu banyak titik utama mustajab doa. 




MASJIDILHARAM





Salah satu dari pintu masuk ke Masjidil Haram

Tandas lelaki di Masjidil Haram dikatakan adalah bekas tapak rumah Abu Jahal..


Perpustakaan di Masjidil Haram yang dikatakan adalah merupakan bekas tapak rumah Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w



Masjidil Haram adalah Masjid terbesar di dunia, terletak di Kota Mekkah yang dikelilingi dengan bukit bukau. Binaan kaabah yang merupakan qiblat umat Islam terletak di Masjid al-Haram. 
Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Imran ayat 96 yang bermaksud,"Sesungguhnya rumah ibadah yang pertama kali dibangun untuk manusia adalah Baitullah yang ada di Mekah yang diberkati dan menjadi petunjuk bagi manusia."
Pahala bersolat di Masjidilharam 100,000 kali berbanding dengan solat di tempat-tempat lain. 
Perkataan "Masjidilharam" disebut sebanyak 15 kali dalam al-Quran. 

Lain-lain info:



KAABAH




Kaabah sangat penting dalam sejarah Masjidil Haram. Kaabah berbentuk tiub atau segi empat berukuran Tingginya 15 meter. Kaabah juga dikenali sebagai Baitul Atiq, Baitul Haram atau dipanggil juga dengan panggilan Rumah Allah atau Baitullah.

Binaannya terletak di atas tapak yang dipanggil Syazarwan membentuk 4 penjuru iaitu:

a. Rukun Iraqi - mengarah ke Timur Laut

b. Rukun Asy-Syami mengarah ke Barat Laut

c. Rukun Al-Yamani - mengarah ke Barat Daya

d. Rukun Al Aswadi - mengarah ke Tenggara dimana terletaknya Hajar Aswad.

Berdoa di hadapan Kaabah, in sya Allah akan dimakbulkan Allah s.w.t. Antara yang terdapat di sekitar Kaabah ialah:

a. Hajar Aswad -  terletak di sebelah timur Kaabah, penanda permulaan tawaf.

b. Multazam - tempat antara Hajar Aswad dan pintu Kaabah, Rasulullah s.a.w dalam hadis baginda mengatakan disinilah adalah tempat dimana mustajabnya doa.

c. Makam Ibrahim - tempat Nabi Ibrahim a.s berdiri ketika membangunkan kaabah, juga tempat makbul untuk berdoa.

d. Al - Hathim - terletak antara Rukun dan Makam Ibrahim a.s, telaga zam-zam dan Hijr Ismail.

e. Hijir Ismail - binaan tembok berbentuk bulan sabit, dikatakan ditempat ini Nabi Ismail a.s dan ibunya Siti Hajar dimakamkan. Dianjurkan berdoa di Hijir Ismail.

f. Pancur Emas - pancur emas atau mizab yang menganjur keluar dari bumbung Kaabah bagi mengalirkan air hujan, kawasan yang mustajab bagi berdoa.







Lain-lain info mengenai Kaabah:

MEKKAH AL MUKARRAMAH


Mekkah ataupun Mekah dengan nama penuhnya Mekkah Al Mukarramah terletak lebih kurang 73 km daripada timur Jeddah. Mekkah adalah tempat lahirnya Nabi Ismail a.s. dan juga Nabi Muhammad s.a.w.  Disini jugalah turunnya wahyu kepada Nabi Muhammad s.a.w iaitu di Gua Hira di Jabal Nur. 

Dinamakan Mekkah ertinya Membinasakan atau mengurangkan kerana Mekkah mengurangkan dan menghapuskan dosa orang yang datang kepadanya atau membinasakan orang yang melakukan kezaliman di Mekkah. 

Kota Makkah terletak 600 km dari kota Madinah dan lebih 200 km dari kota terminal utama ke Makkah iaitu Jeddah. kota ini terletak di kawasan lembah yang sempit serta dikelilingi oleh gunung-ganang dengan bangunan Ka'abah sebagai titik tengah kota. Suhu pada musim panas di kota ini adalah sangat panas dan mencecah sehingga 40 °C (104 °F).

Disini terletaknya Masjidil Haram dimana terdapatnya Kaabah yang menjadi kiblat bagi umat Islam diseluruh dunia. 

Kajian saintifik telah dapat membuktikan bahawa Mekkah adalah merupakan pusat bumi. Kajian ini dilakukan oleh Prof Hosien Kamal El Din Ibrahim dari Mesir. 

Lain-Lain info:

Gambar pemandangan kota Mekkah yang diambil dari atas bumbung Hotel Abraj Al Janadiriyyah
Semasa Musim Haji dataran ini akan dipenuhi dengan bas-bas yang membawa para Jemaah Haji dari Hotel hotel yang jauh ke Masjidil Haram. Ia juga membawa para Jemaah Haji yang hendak pergi ke tempat bermiqat bagi menunaikan Umrah atau Haji. 




 Qarn Al-Manazil - tempat bermiqat bagi jemaah Haji dari Malaysia yang menaiki penerbangan


 Gambar Mekkah diambil dari bumbung hotel




Deretan bas-bas yang berwarna warni yang membawa jemaah Haji ke destinasi masing-masing



 Marwa Barbers Shop - disinilah saya bercukur selesai manasik Haji pada 5/9/2017








WAKTU MAKAN BERSAMA ISTERI
Ketika waktu makan (tengahari dan malam) kami akan makan bersama isteri masing-masing di berenda hotel di Tingkat 14. Ini adalah kenangan paling manis kerana jarang dapat makan bersama isteri dalam keadaan begini. 
Makan Tengahari dan Makan Malam bersama isteri di luar bilik hotel di Tingkat 14 adalah kenangan paling manis sepanjang musim haji di Mekkah. 


Beginilah keadaan kami ketika waktu makan bersama pasangan masing-masing


Beginilah pack makanan tengahari dan malam untuk Jemmah Haji bagi Pakej Muasassah





Saya telah ditempatkan di tingkat 14 di bilik nombor 1465 manakala pasangan isteri masing-masing ditempatkan disebelah bilik kami iaitu bilik nombor 1466.

RAKAN-RAKAN SEBILIK DI MEKKAH


Ini adalah senarai rakan-rakan sebilik saya di Mekkah

Senarai rakan sebilik isteri saya di bilik nomber 1466

Dato' Hj Roslan dan Isteri Datin Hjh Che Normadiah 

Haji Mohd Hafizar dan isteri Hjh Zeti Akhtar

Haji Jamal Parman dan isteri Hjh Azlina Baharom

Haji Mohamad dan isteri Hjh Wan Rohaya

Haji Rosli dan Isteri Hjh Hasnah

Pemandangan kota Mekkah dan Masjidil Haram dapat dilihat dengan jelas dari atas bumbung hotel kami ini. Di atas bumbung ini jugalah para penghuni hotel akan menjemur pakaian-pakaian yang telah di basuh untuk dikeringkan. 


Diatas Bumbung Tingkat 15 Abraj Al-Janadiriyyah, disini kami menyidai pakaian yang telah dicuci. Pakaian menjadi cepat kering kerana cuaca yang panas di Mekkah.


Bergambar kenangan dengan isteri di atas Bumbung Abraj Al Janadiriyyah, tempat dimana para Jemaah menyidai pakaian yang sudah dibasuh...jemur pakaian diatas bumbung tak sampai beberapa jam sudah kering kerana cuaca panas terik di Mekkah.







Masjid ini dapat dilihat dengan jelas dari tingkap bilik hotel saya di tingkat 14. Saya pun tak pasti apakah nama masjid ini.

PERKUBURAN MA'ALA
Dari atas bumbung hotel kami juga akan kelihatan Perkuburan Ma'la atau Al-Ma'lah iaitu sebuah kawasan permakaman besar keluarga Bani Hasyim, keluarga Rasulullah s.a.w. terletak 1 km utara Masjidil Haram. Pemakaman ini juga dikenali dengan nama Jannatul Ma'la yang bererti Syurga Al'Ma'la. 
Disinilah terdapatnya Makam Ummul Mukminin yang pertama Saidatina Khadijah binti Khuwailid r.a. Dulu permakaman Saidatina Khadijah didirikan kubah besar, namun ianya telah dirobohkan dan diratakan sehingga kini tidak siapa mengetahui dimana terletaknya makam Ummul Mukminin itu. 



Image result for FOTO LAMA MAKAM SAIDATINA KHADIJAH
Foto lama Makam Saidatina Khadijah r.a. sebelum ianya dirobohkan

Image result for FOTO LAMA MAKAM SAIDATINA KHADIJAH

Perkuburan Ma'ala, Masjid Jinn dan Hotel penginapan kami di 
Abraj Al Janadiriyyah

Yang pertama dikuburkan di Perkuburan Ma'la adalah Qushaybin Kilab, moyang kepada Rasulullah s.a.w dan kemudiannya datuk-datuk kepada Nabi yang lain yang antaranya adalah Abdul Manaf bin Qushay, Hasyim bin Abdu Manaf, Abdul Muthalib bin Hasyim. Selain keluarga Rasulallah saw terdapat juga perkuburan Abu Thalib bapa saudara Nabi saw, al-Walid ibnu Al-Mughirah, Al-Qasim dan At-Thayib (putera Nabi saw), Sumayyah binti al-Khabbath (wanita pertama yang mati syahid), Abdullah bin Yasir (saudara ‘Ammar bin Yasir), Asma’ binti Abubakkar Siddiq ra,  Abdurahman bin Abubakar Siddiq, Abdullah bin Umar bin Khattab, Abdullah bin Zubair, dan masih banyak lagi sahabat Nabi saw yang dimakamkan di Ma’la yang tidak dapat disebut satu persatu.

Jelasnya, Perkuburan Ma'la merupakan sebuah komplek pemakaman yang istimewa yang telah berada sejak dari Zaman Jahilliyah. Keistimewaan perkuburan ini telah disebut dalam sebuah hadis dari Abdullah bin Mas'ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Allah membangkitkan dari tempat ini (Perkuburan Ma'la) dan dari seluruh tanah Haram 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab atau tanpa perhitungan dosa. Setiap orang dari mereka dapat membawa 70,000 orang. Wajah mereka cerah dan bersinar bagaikan bulan purnama. "

(Al-Jundi Fi Fadhaillil Makkah).


Tingkat 14 Abraj Al-Janadirriyah , disini kami solat Berjemaah sekiranya tidak ke Masjidilharam.


Apabila keadaan cuaca tidak mengizinkan di Mekkah (keadaan panas yang melampau dan sebagai), kami penghuni Abraj Al Janadriyyah akan bersolat Fardhu secara berjemaah di tingkat 14 Abraj Al Janadriyyah.
Di sini jugalah taklimat-taklimat mengenai ibadah Haji turut di adakan dari masa ke semasa. 



Suasana di hadapan Abraj Al Janadiriyyah selepas solat subuh ternyata agak sibuk dengan para peniaga-peniaga jalan yang mula memenuhi jalan-jalan di hadapan hotel.. keadaannya agak meriah juga.



 Wanita Indonesia yang berniaga pakaian, tudung dan lain betul-betul dihadapan pintu masuk hotel kami di Abraj Al Janadirriyah


Wanita Indonesia yang berniaga berbagai juadah termasuk Nasi Lemak, Mee Hoon Goreng, Mee Goreng dan berbagai kuih muih... dapat juga hilangkan rasa rindu pada nasi lemak... 



Seorang pemuda Albino (T Shirt hijau) turut berniaga di hadapan hotel ... saya ada juga beli sejadah dari dia..






 Kedai makanan ini terletak di hadapan hotel kami, saya dan isteri kadangkala bersarapan pagi di sini.. untuk pakej Muasassah memang tidak disediakan sarapan pagi.


Pelbagai bangsa berniaga di sini, Arab, Afrika, Indonesia, Pattani dll



 Sempat juga orang rumah saya ambil gambar pemuda Arab ini...


Terdapat ramai para peniaga dari Indonesia dan Selatan Thailand (Pattani) yang berniaga di luar hotel ini. Ada yang menjual telekong, pakaian dan malah ada juga yang menjual nasi lemak, mee goreng, meehoon goreng dan sebagainya. Bagi yang rasa rindu pada masakan melayu, bolehlah beli di sini namun rasanya tak sama dengan nasi lemak di Malaysia kerana yang membuatnya pun bukan orang Malaysia.... tapi setidak-tidaknya hilang juga rindu pada nasi lemak dan mee goreng... malah roti canai juga ada dijual di sini. 

Sedang menunggu makanan yang dipesan


Saya dan isteri juga tak ketinggalan mengambil kesempatan untuk membeli belah setelah selesai ibadah hari itu....




Bagi jemaah Haji pakej muasassah, sarapan pagi tidak disediakan, jadi saya dan isteri sering bersarapan pagi samada di Cafeteria di Hotel atau di gerai-gerai makanan di luar hotel. Yang menariknya di Mekkah ini, Restoran makanan mereka tidak ada kerusi meja, jadi kami bersarapanlah dimana sahaja yang boleh, sama di tepi tangga, di beranda atau sebagainya. 


Peneman kami setiap pagi waktu sarapan...

Macam inilah rupa Mee Goreng yang dijual di sini....Tak macam Mee Goreng di Malaysia.... tapi tak kisah janji dapat juga makan Mee Goreng.....
  
Duduk makan berkerusi batu dan beralas kadbod....keunikan restoran dan gerai makan di Mekah


 Aiskrim kegemaran ku semasa di Mekkah

Sarapan pagi...unik tempat letak cup tu


Bila makan roti canai untuk sarapan, terasa macam berada di Malaysia


Kedai makan tiada kerusi meja....duduk saja di mana boleh....

KEMUDAHAN-KEMUDAHAN DI ABRAJ AL JANADIRIYYAH

Semasa musim Haji, Tabung Haji menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk kemudahan jemaah Haji sepanjang berada di Tanah Suci. 
Pengurusan Haji di Tanah Suci banyak melibatkan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak ke 3 yang dilantik oleh Kementerian Haji Arab Saudi seperti Muassasah Adilla' di Madinah, Muassasah Tawwafah Asia Tenggara di Mekah, Syarikat Konsortium Bas Nagabah dan lain-lain. 

Setiap hari, jemaah akan diberi sajian sebanyak dua kali iaitu makan tengah hari dan makan malam semasa di Mekah dan Madinah. Makanan disediakan oleh TH Global Services Sdn. Bhd., anak syarikat milik penuh Tabung Haji. Dapur-dapur yang digunakan di Tanah Suci diselia oleh tukang masak dari tanah air dan makanan disediakan dengan cita rasa Malaysia.

Pengurusan Tabung Haji dari Malaysia ini mendapat pujian dari Ketua Muasasah Tewafah Asia Tenggara, Sheikh Muhammed Amin Hassan Andarqiri, antara kata beliau kepada para wartawan semasa Mesyuarat Menteri dan Wakil Menteri ialah beliau sentiasa memberitahu wakil - wakil Menteri adalah elok jika semua jemaah Haji adalah seperti Jemaah Haji Malaysia.

Sheikh Muhammed Amin Hassan Andarqiri

Antara lain kata-kata beliau ialah: 

“Alhamdulillah, jemaah Malaysia, kita belajar daripada mereka. Pada mesyuarat bersama menteri dan wakil menteri, kita sentiasa diberitahu bahawa adalah elok jika semua jemaah adalah seperti jemaah haji Malaysia.
“Kita berasa amat berbangga bekerjasama dengan Lembaga Ta­bung Haji (Tabung Haji) kerana mereka mempunyai banyak pen­ga­laman menguruskan jemaah haji.
“Setiap tahun kita telah melihat penambahbaikan dan kema­juan dalam pengurusan jemaah haji Malaysia, begitu juga jemaahnya yang bagus. Apabila sebut sahaja tentang jemaah Malaysia, orang semua sudah tahu tentang kebaikannya,” katanya kepada wartawan Malaysia di pejabat Muasasah Asia Tenggara di sini hari ini.
(Ketua Muasasah Tewafah Asia Tenggara, Sheikh Muhammed Amin Hassan Andarqiri)

Terdapat banyak kemudahan-kemudahan disediakan di Hotel Al Janadiriyyah ini. Antara kemudahan-kemudahan tersebut ialah:

Cafeteria yang terletak di tingkat bawah Abraj Janadiriyyah menyediakan berbagai-bagai menu untuk menjamu selera bagi sarapan pagi, Makan tengahari dan malam. Cafeteria ini beroperasi 24 jam, jadi kalau pagi-pagi rasa lapar tak ada masalah. 
Disini juga ada dijual roti canai, nasi lemah, mee hoon dan macam-macam lagi masakan ala Malaysia buat pengubat rindu pada masakan Malaysia.

Yang paling laris di sini ialah Maggi Cup kerana ia adalah makanan yang paling cepat dan mudah, tak perlu tunggu lama-lama.


Kafeteria Al Basitiyah di tingkat bawah Abraj Al Janadriyah yang dikendalikan oleh TH Global Services Sdn Bhd. 

Farmasi ini terletak di tingkat bawah Abraj Al Janadiriyyah. Bagi jemaah Haji yang tidak sihat, klinik TH berada di Tingkat 3 dan Tingkat 8. Setelah mendapatkan rawatan, jemaah akan ke tingkat bawah untuk mengambil bekalan ubat. 

Klinik Maktab yang terletak di Tingkat 3 dan 8 Abraj Al Janadriyyah mempunyai 34 katil

Pada musim Haji 1438 Hijrah, Lembaga Tabung Haji (TH) membawa 275 orang petugas perubatan terdiri dari 18 doktor pakar, 40 pegawai perubatan, 63 penolong pegawai perubatan, 66 jururawat, seorang doktor gigi, 2 pakar pemakanan dan selainnya anggota sokongan perubatan. 
Timbalan Ketua Rombongan Haji (Perubatan) Dr. Mohammad Faid Abd Rashid berkata pihaknya mempunyai 3 pusat rawatan iaitu 2 di Mekkah dan satu di Madinah yang mempunyai keseluruhan 268 katil. Pihaknya juga mempunyai klinik disetiap maktab penginapan di Mekkah, manakala di Madinah, klinik disediakan di  zon bangunan penginapan. 
(Sumber: Harian Metro)




Pusat Rawatan Syisyah adalah pusat rawatan utama di Mekkah yang mempunyai 197 katil serta satu bilik pengasingan bagi penyakit berjangkit. Ia terletak lebih kurang 5.1 km dari hotel penginapan kami di Abraj Al Janadrriyah. 
Saya pernah menghantar isteri saya ke pusat Rawatan Syisyah pada 17 September 2017 kerana beliau mengalami sakit didada dan sukar bernafas... Syukur Alhamdullillah setelah menerima rawatan, isteri saya kembali pulih seperti sediakala...terima kasih kepada para petugas perubatan TH. 

Ambulan turut disediakan bagi membawa jemaah Haji yang perlu dirujuk di Hospital di Mekkah... 


Satu lagi kemudahan bagi para jemaah Haji di Mekkah ialah adanya kaunter Kewangan bagi membolehkan jemaah Haji membuat pengeluaran wang untuk perbelanjaan di Mekkah. Disini Jemaah Haji hanya perlu menyerahkan kad nama Jemaah Haji untuk mengeluarkan wang dan tidak perlu serahkan buku akaun Tabung Haji... cukup mudah dan menyenangkan bagi kami para jemaah Haji. Terima kasih TH. 

Di sini jugalah saya membuat bayaran dam Haji Tamattuk untuk saya dan isteri. Untuk seorang saya kena bayar Saudi Riyal 440.00. Jadi untuk 2 orang dam Haji Tamattuk adalah Saudi Riyal 880.00.

Lain-Lain info:
1. Dam Haji dan Umrah


Apa yang menarik ialah isteri saya telah bertemu dengan jiran sebelah rumah Emaknya di Jalan Kelang Lama ketika berada di Mekkah. Beliau merupakan antara jemaah Haji yang pergi lebih awal dari kami. Ketika gambar ini diambil beliau ketika itu dalam persiapan untuk kembali ke Tanah Air. 







Resit bayaran pos Laju ke Malaysia...sepanjang di Mekkah saya dan isteri telah 2 kali membuat penghantaran pos ke Kuala Lumpur.

Kaunter Pos Laju ini juga terletak di tingkat bawah hotel bagi memudahkan jemaah Haji Malaysia untuk membuat penghantaran barang ke Malaysia. Jadi Jemaah Haji tidak perlu membawa pulang barang-barang yang dibeli di Mekkah dengan bagasi, hanya perlu pos sahaja dan barangan itu akan dihantar terus ke rumah... saya dan isteri pun mengambil kesempatan untuk menghantar semua barang cenderahati yang di beli di Mekkah termasuk tamar, cokelat dan lain-lain melalui perkhidmatan Pos Laju TH supaya beg kami nanti tidaklah padat dengan barangan barangan tersebut. Saya sepanjang berada di Mekkah telah 2 kali membuat penghantaran melalui pos laju.






Selain dari perkhidmatan yang disebut di atas, antara lain-lain kemudahan lagi adalah kaunter TM Net bagi memudahkan para jemaah Haji untuk membuat panggilan ke Malaysia. Di sini disediakan perkhidmatan I talk dan juga SIM Card yang boleh digunakan untuk melayari internet di Mekkah. Jadi Jemaah Haji tidak perlu risau terputus hubungan dengan saudara mara di Malaysia kerana TM Net sentiasa berada di sini untuk membantu. 
Juga ada Pusat Khidmat Pelanggan dan Kaunseling di Tingkat Bawah Hotel, perkhidmatan Dobi dan gerai-gerai cenderahati. 

Pusat Khidmat Pelanggan terdapat di Tingkat bawah Abraj Al Janadriyyah



Pada tahun ini (2017) Lembaga Tabung Haji telah mewujudkan Pasukan Peronda Mekkah atau lebih dikenali sebagai pasukan "Lipan Bara' bagi menangani masalah jemaah Haji Malaysia yang tersesat ketika beribadat di Masjidil Haram. 
Ketua Unit Peronda Mohammad Amer Jawahil mengatakan bahawa seramai 17 orang anggota peronda diletakkan di 7 pos atau pintu Utama Masjidil Haram seperti Marwah, Babus Salam dan King Fadh. 
Anggota Unit bertugas 24 jam sehari dengan 17 anggotanya digilirkan mengikut syif iaitu bermula pukul 7 pagi sehingga 2 petang, 2 petang sehingga 10 malam dan 10 malam sehingga 7 pagi.Anggota pasukan berkenaan mudah dikenali jemaah haji Malaysia kerana berpakaian baju T merah, berseluar hitam dan bertopi merah yang tertera perkataan Tabung Haji.
Mohammad Amer berkata anggota pasukan itu terdiri daripada 12 anggota Polis Bantuan TH, dua anggota daripada Kor Agama Angkatan Tentera dan tiga dari pasukan Polis Diraja Malaysia.

Musim Haji 1438 H Lembaga Tabung Haji (TH) telah melantik seramai 370 Sahabat Maktab bagi membantu Jemaah Haji khususnya semasa operasi Masyair (Arafah, Muzdalifah dan Mina) dari 30 Ogos sehingga 4 September 2017. 

Perkhidmatan dobi di Tingkat bawah 


Perkhidmatan Ziarah kota Mekkah juga ada disediakan untuk Para Jemaah Haji. Jemaah Haji yang hendaklah melawat tempat-tempat bersejarah di Mekkah boleh mendaftar di lobby Hotel di Tingkat Bawah dan dikenakan bayaran tertentu. 
Memandangkan saya telah pun melawat semua tempat-tempat tersebut ketika menunaikan Umrah pada tahun 2015 dahulu, saya tidak berhasrat untuk mengikuti lawatan tersebut. 

 Foto ini pada 5 September 2017 (4 pagi) ..hari kami menyempurnakan Manasik Haji...

 KFC dihadapan Masjidilharam




Artikel Seterusnya:
Kembara Haji 2017 - Wukuf di Arafah

No comments:

Post a Comment