ZULHEIMY MAAMOR

Tuesday, 9 August 2016

Dengki Yang Diharuskan

Dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: "Tidak diperbolehkan dengki selain dalam dua hal, seseorang yang Allah beri al-Quran lalu ia membaca sepanjang malam dan siang, sehingga ada orang lain berkata; 'Kalaulah aku diberi kurnia seperti orang itu, nescaya kulakukan sebagaimana yang dia lakukan.' Dan seseorang yang Allah beri harta, ia belanjakan menurut haknya sehingga orang mengatakan; 'Kalaulah aku diberi seperti yang dikurniakan kepada dia, niscaya kulakukan sebagaimana yang dia lakukan.'" (HR Bukhari No: 6691)
Pengajaran:
1. Dengki adalah apabila seseorang itu merasakan tidak senang hati melihat orang lain meraih kebahgiaan, dan kenikmatan tetapi merasa bahagia apabila orang itu ditimpa musibah
2. Sifat dengki seperti ini adalah dilarang
3. Dengki yang dibolehkan ialah rasa iri terhadap kenikmatan orang lain dan pada masa yang sama cuba memajukan dirinya seperti mereka
4. Contoh dengki yang dibenarkan dalam dua perkara dan ingin mencontohinya:
a. Seorang yang menguasai al-Quran, siang dan malam dibaca dan dijadikan panduan hidup
b. Seorang yang dikurniakan harta, digunakan harta tersebut untuk jalan Allah seperti zakat, infak dan sebagainya
‪#‎Rahmah‬ Untuk Semua#
8 Ogos 2016
5 zulkaedah 1437

BACA INI SUPAYA KITA FAHAM AGAMA.

Hari ini suami tidak mampu dtg solat & belajar agama di masjid (adakah termasuk saya & awak?). Maka suami tidak mampu mengajar anak isteri utk memahami Agama. Maka wujud 3 suasana di rumah2 di seluruh dunia:
1-Suasana Rumah Seperti Pawagam
(Rumah jd seperti pawagam.. Tv n Audio yg besar2.. karaoke2.. video2 games.. seakan berada di Pawagam). Anak2 dibesarkan dlm suasana kelalaian.. sehingga rasa terkilan bila terlepas drama di tv.. menangis bila tgk hindustan.. ada juga ibu bapa yg bersyukur bila anak2 terpilih jd penyanyi buat maksiat di pentas2.. ini kesan dari suasana rumah seperti Pawagam)
2-Suasana Rumah seperti Hotel
(Suasana rumah yg dihias mewah2 seperti Hotel.. setiap tahun tukar sofa baru.. tilam2 mewah.. bilik air mewah..sehingga menjadi tempat rehat yg lebih merehatkan diri dr ketika berada di rumah Allah.
3-Suasana Rumah seperti Restoran
(Suasana rumah yg dipenuhi dgn makanan seperti restoran.. setiap saat dlm kekenyangan.. fikiran hanya fikir makan dan minum sahaja.. fikir untuk penuhkan. perut.. peti ais penuh dgn makanan.. dan pembaziran berlaku dgn begitu banyak)
Sebab itulah kita perlu berubah kepada Kefahaman Agama agar suasana rumah tempat lahirnya manusia2 berubah. Suasana rumah spt rumah Baginda Saw dan Sahabat2 di Madinah tidak wujud lagi.. iaitu Suasana Rumah spt Madrasah.
Hidupkan suasana bacaan Quran dan Hadis di rumah. Hidupkan suasana dakwah. Bercakap mengenai kebesaran ALLAH dan suasana Ilmu di rumah. Hidupkan suasana zikir dan solat2 sunat di rumah..
Rumah penuh dgn Nur Quran Hadis.. ALLAH turunkan Rahmat.. Keberkatan.. dan Sakinah dalam rumah dan ahlinya.. keluarga hidup dalam keadaan bahagia. Lahirkan anak2 yg alim alimah, Hafiz Hafizah dan Daie Daieyah yg memperjuangkan Agama di seluruh alam..
Suasana ini yg perlu kita wujudkan di rumah2 kita. Hari ini anak2 kita makan makanan penyihat otak dan penguat ingatan, kismis dan mcm2 lg tp pencapaian exam tak cemerlang. belajar tak pandai2.. rupanya bukan salah makanan kesihatan tp sbnrnya hati anak2 gelap sbb tak dgr Hadis.
Sbb itulah kita perlu wujudkan amalan bacaan "taklim" Hadis Nabawi di rumah2 kita. Cari satu masa kumpul keluarga baca Hadis2 Nabi Saw dan baca kisah2 para sahabat dlm kitab Hayatus Sahabah agar isteri dan anak2 kita mengenali kehidupan sahabat2 Nabi Saw, insan2 yg telah berjaya. Barulah mereka siap untuk hidup secara sederhana dan tidak berhajat kepada mewah2 sehingga kadangkala melebihi kemampuan bapa dan suami.
Semoga kita semua niat dan azam untuk hidupkan suasana rumah seperti Madrasah di rumah kita insha Allah..
Ustaz Khann Da'ie.
Hayyu Asyir Nasr City.
Bumi Kaherah

Sumber dari Facebook
9 Ogos 2016

Tuesday, 2 August 2016

PENIPUAN WAHHABI VS IMAM ASY SYAFIE DAN ULAMAK MAZHAB ASY SYAFIE

Tersebar artikel kononnya Imam Asy Syafie dan beberapa pendapat yang diambil secara tidak amanah kononnya mengikut sebagaimana ajaran Wahhabi.
1. Apabila kita lihat isi artikel ternyata bukan semuanya adalah dari ijtihad Imam asy Syafie. Ini namanya PENIPU ATAS NAMA IMAM ASY SYAFIE dan ULAMAK MUKTABAR DALAM MAZHAB ASY SYAFIE. Ingat tanda-tanda munafiq ?
2. Antara ciri-ciri wahhabi yang utama adalah 3 T iaitu Tasyrik (mengkafirkan), Tabdi' (membid'ah sesatkan) dan Takfir (mengkafirkan) ulamak dan umat Islam tanpa hak serta membawa aqidah mengimaginasikan Allah.
3. DOA QUNUT SUBUH - Imam Taqiyuddin as-Subki asy-Syafie dan Syeikh Abu Hasan al-Karajji asy-Syafie tidak pernah menyatakan doa qunut subuh adalah bid'ah sesat. Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Umar bin Khattab, Usman bin Affan, Ali bin Abi Talib, Ibnu Abbas, Barra' bin Azib Imam As Syafie, Ibnu Abi Laila, Hasan bin Soleh, Abu Ishaq Al Ghazali, Abu Bakar bin Muhammad, Hakam bin Utaibah, Hammad, Ahli HIjjaz, Al Auza'ie kebanyakan Ahli Syam malah menurut Imam An Nawawi dalam Majmu'. Ia adalah pendapat yang dipegang oleh kebanyakan ulama salaf dan generasi selepas daripada mereka bahawa doa qunut disunatkan pada solat Subuh setiap hari. Rujuk Al-Majmu' syarah Muhazzab jilid 3 hlm.50. Imam Asy Syafie sendiri menyatakan : 
"Tak ada qunut dlm sembahyang lima waktu kecuali sembahyang subuh. Kecuali jika terjadi bencana maka boleh qunut pada semua sembahyang jika imam menyukai" Al-Um jilid 1 hlm.205.

4. SOLAT SUNAT QOBLIYAH SEBELUM SOLAT JUMAAH - Melemahkan pandangan bukan bermakna membid'ahkan, mengkafirkan atau mensyirikkan Solat Sunat Qabliyah 2 Rakaat Sebelum Solat Jumaat seperti Wahhabi,
5. AZAN DUA KALI SEBELUM SOLAT JUMAAT - Imam Asy Syafie tidak pernah membid'ahkan dua kali azan sebelum Solat Jumaat. Beliau menerangkan
Dan yang mana di antara yang kedua itu yang terjadi pada masa RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam lebih saya sukai
(Umm Juz I, halaman 195). Lihat bagaimana Imam Syafie mengggunakan af'al tafdhil. Lebih mengutamakan, melebihkan. Tiada pun sebut larangan. TETAPI al albani membid'ahkan lihat kitabnya al-Ajwibah al-Nafi’ah.

6. KENDURI ARWAH - Makruh dalam mazhab asy Syafie bukan bermakna berdosa. Ertinya tuntutan supaya meninggalkan dengan tidak pasti, apabila dibuat tidak berdosa dan apabila ditinggalkan pula mendapat pahala. Di dalam kenduri arwah terdapat sunnah yang dihidupkan seperti memberi makan jiran tetangga, membaca al Quran, berselawat, bertahlil dan sebagainya. Dan ini bukanlah bentuk ratapan. Imam Asy Syafie serta ulamak yang disebutkan tidak menyatakan ia sebagai bid'ah sesat. Maka hujjah wahhabi tertolak sama sekali.
7. Imam Asy Syafie adalah mujtahid mutlaq. Tiada satupun ulamak wahhabi yang bertaraf mujtahid mutlak. Bahkan pengikut wahhabi bertaqlid buta dengan Muhammad bin Abdul Wahhab, Al Albani, Sheikh Bin Baz, Sholeh Uthaimin, Soleh Fauzan dan sebagainya. Bukankah dalam artikel tersebut ramai nama ulamak muktabar seperti Imam An Nawawi, Imam Ibnu Hajar al Asqolani, Imam Izzuddin Abdis Salam adalah pengikut Imam Asy Syafie ? Ulamak hebat pun bertaqlid inikan pula orang awam yang jahil. Tetapi wahhabi selalu perasan diri mereka seperti mujtahid mutlaq.
8. ZAKAT FITRAH GUNA WANG - Imam Asy Syafie tidak membid'ahkan bayar zakat fitrah guna wang. Dalam mazhab Asy Syafie ia diharuskan kerana darurat atau perintah raja. Lihat kitab al-Itharah, bahwa keterangan mazhab Syafie tersebut ada dinyatakan dalam kitab Majmu’ Syarah al-Muhazzab 5/431, kitab al-Majmu’ (5:429)
9. LAFAZ SAYYIDINA - Imam Asy Syafie tidak membid'ahkan. Imam Ar Ramli iaitu antara Mufti Muqallid dalam Mazhab Asy Syafie mengatakan lafaz sayyidina dalam solat diutamakan. Rujuk - Ar Ramli, Tuhfat al Muhtaj, vol 2, hlm 86. Ibnu Qasim al 'Ubbadi menyatakan ia diutamakan - Hasyiyah Tuhfah 1 hlm 368. Syeikh Syihabuddin al Qaliyubi - pengarang dan pensyarah kitab Minhaj Imam An Nawawi menyatakan ia memuliakan dan menghormati nabi (Qaliyubi 1, hlm 167). Imam Abu Bakar Syatta menyatakan ia diutamakan - I'anatut Tholibin 1, hlm 169.Turut dibolehkan oleh Imam Izzuddin Abdissalam dan Asy Syarqowy.
10. Imam Asy Syafie tidak membid'ahkan bacaan Surah Yaasin malam Jumaat.
11. BERDOA DAN BERZIKIR BERJEMAAH LEPAS SOLAT- Imam Asy Syafie tidak menyatakan berdoa dan berzikir beramai-ramai lepas solat berjemaah adalah bid'ah sesat sebagaimana wahhabi. Bahkan Imam Asy Syafie menyatakan berdoa dan zikir secara senyap atau keras adalah hasan/baik. Beliau memilih untuk zikir secara senyap. Lihat Kitab al-'Umm: Jilid 1, Hal. 241, 242. Imam An Nawawi dan Imam Ibnu Hajar al Asqolani menyatakan doa dan zikir keras beramai-ramai lepas solat jemaah adalah mazhab jumhur ulama sama ada ulama hadith, fuqaha` atau ulama usul fiqh. Rujuk kitab Syarh Sahih Muslim: Jilid 4-6, hal. 237 dan Fath al-Bari (Bab al-Zikr Ba'd al-Solah, Jilid 2, hal. 260
Wahhabi tidak tahu beza antara kadar suara yang keras dengan SANGAT KERAS yang dilarang. Tetapi wahhabi membolehkan pula kanak-kanak yang tidak mumayyiz berkeliaran semasa orang dewasa sedang solat ? Sangat bertentangan sama sekali, melarang zikir dibaca beramai-ramai kerana tak mahu ganggu orang sedang solat. Tetapi membenarkan kanak-kanak yang tidak mumayyiz duduk dalam saf dewasa yang ada kebarangkalian mengganggu orang yang sedang solat fardhu.
12. LAFAZ NIAT SEBELUM SOLAT - Imam asy Syafie dan ulamak yang disebutkan tidak membid'ahkan. Ulamak dalam mazhab Asy Syafie seperti al-‘Allamah al-Imam Ibnu Hajar al-Haitami mensunnahkan lafaz niat sebelum solat didalam Kitab Tuhfatul Muhtaj (II/12), Syekh Zainuddin bin Abdul Aziz didalam Fathul Mu'in Hal. 1, Imam An Nawawi dalam Minhaj At tholibin, Imam Ramli dalam Nihayatul Muhtaj, kerana Imam Asy Syafie membenarkan penggunaan qiyas dalam mengeluarkan hukum rujuk kitab beliau Ar-Risalah. Wahhabi pula jahil dalam mazhab Asy Syafie memandai-mandai berbicara tentang mazhab Asy Syafie.
13. SAMPAI PAHALA BACAAN PADA SIMATI - Wahhabi membid'ah sesat bacaan al Quran kepada simati dan menuduh umat Islam ke kubur sebagai penyembah kubur ! . Dalam mazhab Asy Syafie ia adalah khilaf. Imam An Nawawi di dalam kitabnya Al-Adzkar - doa untuk orang yang sudah mati dan pahala kepada mereka adalah sampai. Imam An Nawawi adalah mujtahid fatwa dalam Mazhab Asy Syafie menganjurkan supaya berdoa supaya pahala bacaan al Quran sampai kepada simati. Imam al Qurtubi menyatakan harus - Tazkirah al Qurtubi. Pendapat muktamad dalam mazhab Asy Syafie menyatakan sampai - lihat kitab Al-Bujairimi Minhaj
14. MENGAPUR DAN MEMBANGUNKAN KUBUR - Ulamak Mazhab Asy Syafie yang lebih mengetahui pandangan Imam Asy Syafie mensyarahkan pandangan beliau. Ia dilihat pada pemilikan tanah kubur oleh mayat berkenaan samada milik sendiri, disabilkan. Ibnu Hajar al Haitami menyatakan sesetengah ulamak asy syafie mengharuskan binaan kubur orang soleh di tanah yang bukan disabilkan ( Tuhfahnya, bab jenazah (jilid 3, m/s 226) Beliau menyatakan tiada makruh jika takut dibongkari (oleh pencuri kain kapan atau dibongkari untuk ditanam jenazah lain sebelum hancur jasadnya), digali binatang buas atau diruntuhi air banjir yang deras.” (kitab Tuhfah bagi Ibnu Hajar Haitami ketika mensyarahkan matan Minhaj Imam Nawawi (bab jenazah). Sila rujuk perincian permasalah ini di - http://khairuummah77.wordpress.com/…/30/penjelasan-kekelir…/
15. Aqidah Imam Asy Syafie - Imam Asy Syafie rahimahuLlah (204) berkata :
Allah wujud tidak bertempat, Dia menciptakan tempat dan Dia tetap dengan sifat-sifat keabadianNya seperti mana sebelum Dia menciptakan makhluk. Tidak layak bagi Allah berubah sifatNya atau zatNya (Ittihaf Saadah Al Muttaqin : 2/24), (al-Fiqh al-Akbar, h. 13).
Imam Asy Syafie rahimahuLlah berkata : Aku beriman (dengan nusus mutasyabihat) tanpa tasybih. Aku percaya tanpa tamsil. Aku menegah diriku dari cuba memahaminya. Aku menahan diriku dari mendalaminya dengan seboleh-bolehnya. (Daf'u Syubhah man Syabbaha oleh Imam Taqiyuddin ad Dimasyqi al Hisni (829 H) m/s 147)
Imam Asy Syafie misalnya pernah mentakwil 'wajah Allah' yang terdapat dalam ayat, "Ke mana pun kamu menghadap, maka di situlah wajah Allah. (Surah al Baqarah ayat 115). Beliau berkata, maksudnya, wallahua'lam, maka di situlah arah, iaitu kiblat, yang telah Allah arahkan agar kamu menghadap kepadaNya. (Al Asma' wa As Sifat, jilid ke 2, hal-35)
16. Imam Asy Syafie pun tidak membahagikan dan belajar tauhid 3 (Uluhiyyah, Rububiyyah, Asma' wa As Sifat) yang dicanangkan Wahhabi. Sifat 20 disusun oleh ulamak dalam asya'iroh memudahkan umat Islam mempelajarinya untuk tahu, memahami, mengamalkan dan menghayati dalam kehidupan. Ia tidak bertentangan dengan aqidah Imam Asy Syafie serta salafussoleh. Bahkan Sifat Mukholafatuhu Ta'ala Lil Hawadith, Qiyamuhu Ta'ala bi nafsihi amat bertepatan dengan aqidah Imam Asy Syafie yang menolak mujassimah dan musyabbihah.
17. MENYAPU MUKA LEPAS SOLAT - Mujtahid Fatwa dalam Mazhab Asy Syafie iaitu Imam An Nawawi menyatakan di dalam Kitab al-Azkar:
وروينا في كتاب ابن السني ، عن أنس رضي الله عنه ، قال : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا قضى صلاته مسح جبهته بيده اليمنى ، ثم قال : أشهد أن لا إله إلا الله الرحمن الرحيم ، اللهم أذهب عني الهم والحزن
Dan aku meriwayatkan di dalam kitab Ibn al-Sinni dari Anas RA. berkata: Adanya Rasulullah SAW ketika selesai solatnya, beliau mengusap dahinya dengan tangannya yang kanan lalu berdoa: "Aku bersaksi bahawasanya tidak ada tuhan kecuali Dia Zat Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, YA Allah, hilangkanlah dariku kesusahan dan kesedihan" (al-Azkar, 69).
18. MENYAPU MUKA SELEPAS BERDOA - Amirulmukmin fi Hadis, Al-Hafiz Ibn Hajar AlAsqalani dalam ‘Bulurul Maram’ bab Zikr & Doa selepas beliau mengemukakan hadis menyapu muka selepas bedoa daripada Saidina Omar r.a.d yang diriwayatkan oleh Imam Turmizi, beliau menyatakan:
وله شواهد منها حديث ابن عباس رضي الله عنهما عند أبي داود وغيره ومجموعها يقضي بأنه حسن
Ertinya: “ Ada bagi Hadis Turmizi ini (hadis menyapu muka selepas bedoa daripada Saidina Omar r.a.d) beberapa sokongan. Di antaranya ialah Hadis Ibn Abbas r.a.d yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan lainnya. Perhimpunan riwayat-riwayat tersebut membawa kepada bahawa ianya adalah ‘Hadis Hasan’.
Manakala mengenai komentar Imam Izzuddin Abdissalam yang menyatakan perbuatan demikian adalah dari orang jahil telah diberikan penjelasan oleh ulamak dalam mazhab Asy Syafie :
Al-Allamah Al-Qadi Yahya Bin Mohd AlAryani dlm kitab beliau ‘Hidayatul Mustabshirin’, m/s 119, menegaskan:
والعمل على هذا عند أهل العلم خلفا عن سلفا اذا عرفت ذلك علمت أن ما أفتى به الشيخ عز الدين بن عبد السلام أنه لا يفعل ذلك الا جاهل محمول على أنه لم يطلع على هذه الأحاديث
Ertinya: “ Beramal di atas perbuatan ini (menyapu muka slps berdoa) di sisi Ahli Ilmu Khalaf ( para ulama yg hidup di zaman yg lebih dari 3 kurun slps Nabi) yg mewarisi drp Salaf ( para ulama yg hidup dlm 3 kurun slps Nabi). Apabila engkau telah mengerti demikian itu, maka engkau tahu bhw apa yg telah difatwa oleh Syeikh Izzuddin Bin Abd Salam bhw tidak dilakukan demikian (perbuatan menyapu muka slps berdoa) melainkan sijahil, adalah boleh diandaikan (fatwa Syeikh Izzuddin tersebut) bhw beliau tidak pernah memerhatikan kpd hadis-hadis ini (hadis tntng menyapu muka slps berdoa).
Nampaknya Wahhabi hanya mengambil sedikit-sedikit ijtihad ulamak muktabar yang sesuai dengan hawa nafsu mereka untuk memasukkan umat Islam ke dalam neraka tanpa melihat penjelasan dari alim ulamak yang ramai lagi dalam mazhab Asy Syafie.
19. TAREKAT DAN TASAWWUF - Imam asy Syafie menegur sebilangan ahli sufi yang tidak beramal benar-benar dengan tasawwuf (lihat Al Manaqib Al Imam As Syafi’i li Al Imam Al Baihaqi, 2/208) bukan menyatakan bahawa tasawwuf/tarekat keseluruhannya ditolak. Imam Asy Syafie misalnya pernah memuji tasawwuf dan ahli sufi -
Ismail bin At Thayyan Ar Razi pernah menyatakan,
”Aku tiba di Makkah dan bertemu dengan As Syafi’i. Ia mengatakan,’Apakah engkau tahu Musa Ar Razi? Tidak datang kepada kami dari arah timur yang lebih pandai tentang Al Qur`an darinya.’Maka aku berkata,’Wahai Abu Abdillah sebutkan ciri-cirinya’. Ia berkata,’Berumur 30 hingga 50 tahun datang dari Ar Ray’. Lalu ia menyebut cirri-cirinya, dan saya tahu bahwa yang dimaksud adalah Abu Imran As Shufi. Maka saya mengatakan,’Aku mengetahunya, ia adalah Abu Imran As Shufi. As Syafi’i mengatakan,’Dia adalah dia.’”
(Adab As Syafi’i wa Manaqibuhu, hal. 164)

Imam Asy Syafie berkata
" Saya telah suhbah dengan kaum Shufi selama 10 tahun, kemudian hanya mendapatkan pelajaran dua huruf , dalam satu riwayat tiga ungkapan :

i. Waktu itu umpama pedang, jika engkau tidak menggunakannya maka ia akan menebasmu.
ii. Nafsumu jika tidak kau sibukkan dengan yang haq (benar), maka ia menyibukkanmu dengan bathil (salah).
iii. Rasa ketiadaan daya (merasakan wujud kebesaran ALlah) itu keselamatan (terpelihara) dirimu.
(Tahqiq Haqiqah Aliyah, Sheikh al Hafiz Al Suyuti, m/s 15)

Berkata Imam Syafi'e lagi : Aku cinta kepada dunia kalian itu tiga :
a) Tidak berlebih-lebihan (sederhana)
b) Bergaul kepada orang dengan lemah lembut.
c) Meneladani cara tokoh-tokoh tasawwuf.
(Kasyful Khafa', Imam Al Ajluni, jld 1, m/s 341)
Jelas, wahhabi khianat dalam menakal kalam Imam asy Syafie yang merupakan kebiasaan ajaran wahhabi dan pengikutnya. Masih mahukah lagi mengikut ajaran Wahhabi yang mewariskan sifat munafik ke jiwa umat Islam ??
Wallahua'lam bissowab.
SEBARKAN.
Sumber dari Facebook
2 Ogos 2016

Monday, 1 August 2016

Siapa Yang Kentut..? Silakan Berdiri..!

Kisah #1
Dikisahkan, bahwa suatu hari para sahabat sedang berkumpul di masjid. Lalu terciumlah bau kentut diantara mereka, sehingga membuat para sahabat tidak tahan dengan bau tersebut, salah seorang dari mereka berdiri dan berkata,
“Barangsiapa yang kentut, silakan bangun”. Hening, tak seorang pun berdiri.
Ketika datang waktu Isya mereka berkata, “Orang yang kentut pasti akan berwudhu setelah ini. Orang itulah yang kentut”.
Setelah itu, para sahabat menoleh ke belakang untuk melihat siapa yang keluar. Masih seperti tadi, tak seorang pun yang beranjak dari tempat duduknya, mungkin malu.
Lalu Bilal bangun untuk mengumandangkan adzan. Kemudian Nabi Muhammad berkata: “Tunggu dulu, aku belum batal, tapi aku hendak berwudhu lagi."
Lalu para sahabat pun ikut berwudhu dan tidak diketahui siapa yang kentut waktu itu.
Kisah #2
Usai shalat ashar di masjid Quba, seorang sahabat mengundang Nabi beserta jamaah untuk menikmati hidangan daging unta di rumahnya. Ketika sedang makan, ada tercium aroma tidak sedap.
Rupanya diantara yang hadir ada yang buang angin. Para sahabat saling menoleh. Wajah Nabi sedikit berubah tanda tidak nyaman.
Maka tatkala waktu shalat maghrib hampir masuk, sebelum bubar, Rasulullah berkata: "Barangsiapa yang makan daging unta, hendaklah ia berwudhu!".
Mendengar perintah Nabi tersebut maka seluruh jamaah mengambil air wudhu. Dan terhindarlah aib orang yang buang angin tadi.
Subhanallah. Sungguh, dalam diri Nabi terdapat teladan yang baik bagi kita semua.
Kisah #3
Kisah tentang menjaga perasaan saudara seiman pun juga terjadi pada seorang ulama, yaitu Syaikh Abdurrahman Hatim bin Alwan. Beliau merupakan salah satu ulama besar di Khurasan pada zamannya. Dikenal dengan Hatim Al A’sham, yang artinya Hatim si tuli.
Suatu ketika ada seorang wanita yang datang menemui beliau. Namun, tanpa sengaja ia kentut dengan suara yang cukup keras. Wanita itu salah tingkah, menahan malu. Lalu syaikh ini pura-pura tuli, dan meminta si wanita mengulangi pertanyaannya.
Dengan sikap sang syaikh, wanita itu pun merasa sedikit lega. Ia mengira sang syaikh benar-benar tuli. Lalu mereka berbicara dengan saling meninggikan suara.
Wanita itu hidup selama lima belas tahun setelah kejadian tersebut. Selama itu pula Syaikh Hatim pura-pura tuli. Hingga wanita itu meninggal, ia tak pernah tahu kepura-puraan beliau.
-----
Ketiga kisah di atas menceritakan bagaimana seharusnya seorang muslim menjaga kehormatan saudaranya. Bukan malah menertawakannya atau menyebarkan aibnya.
Abu Hurairah berkata, Nabi bersabda :
وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِماً سَتَرَهُ اللهُ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَاللهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كاَنَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيْهِ.
“... siapa yang menutupi (aib) seorang muslim, Allah akan tutupi aibnya di dunia dan akhirat. Allah selalu menolong hamba-Nya selama hamba-Nya menolong saudaranya.”

Sumber dari Facebook
1.8.2016

PERSOALAN BID'AH DALAM MASALAH IKHTILAF/KHILAF PERKARA FURUK

  Tarikh Keputusan : : 31 Mei 2016/24 Syaaban1437H


Setelah meneliti setiap pandangan ahli mesyuarat dan hujah-hujah yang dikemukakan, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 5/2016-1437H yang bersidang pada 31 Mei 2016 bersamaan 24 Syaaban1437H telah bersetuju memutuskan Sighah Fatwa Bagi Persoalan Bid‘ah Dalam Masalah Ikhtilaf/Khilaf Perkara Furuk seperti berikut:
1) Persoalan khilafiah adalah perkara ijtihadiyyah dan tidak boleh sama sekali dihukumkan bid‘ah kerana amalan tersebut telah diterima dan menjadi amalan ulama muktabar sejak dahulu.
2) Pandangan jumhur ulama sewajarnya menjadi ikutan masyarakat Islam dengan mengutamakan perkara asas dalam berdakwah dan tidak membesar-besarkan perkara khilafiyyah yang boleh menggugat perpaduan umat Islam.
3) Keputusan fatwa ini hendaklah diwartakan.
4) Antara amalan yang didakwa sebagai bid‘ah adalah-

i: Konsep penggunaan dan pengamalan Hadis Dhaif

ii: Membaca Yaasin pada malam Jumaat
iii: Membaca tahlil dan talqin untuk si mati
iv: Mengadakan kenduri arwah
v: Menyambut hari-hari kebesaran Islam seperti Maulid al-Rasul, 
Israk Mikraj dan Maal Hijrah pada setiap tahun

vi: Membaca Yaasin 3 kali pada malam nisfu Syaaban
vii: Berdoa beramai-ramai selepas solat berjemaah
viii: Membaca wirid dan zikir secara kuat/nyaring beramai – ramai 
selepas solat fardhu

ix: Membaca “Basmallah” secara kuat / nyaring dalam solat fardhu
x: Menyebut lafaz “Usalli” dalam niat solat
xi: Membaca qunut dalam solat subuh
xii: Bersalaman selepas solat berjemaah
xiii: Solat sunat sebelum solat Maghrib.
xiv: Solat sunat sebelum Jumaat
xv: Fidyah solat
xvi: Terbatal wuduk dengan sebab bersentuhan lelaki dengan perempuan yang harus dikahwini.
xvii: Bilangan rakaat bagi solat sunat tarawih selain 8 rakaat
xviii: Menyapu muka selepas salam
xix: Akikah dengan binatang al-an‘am selain kambing
xx: Amalan bertawassul dan bertabarruk
xxi: Berdoa dan membaca al-Quran di kubur
xxii: Doa akhir tahun dan awal tahun
Mesyuarat bersetuju untuk mewartakan fatwa ini.
Status pewartaan : Proses Pewartaan
Sumber dari Facebook
1 Ogos 2016

APA ERTI TAUBAT?

Sebelum saya jawab, saya nak beritahu, apakah erti taubat?
Saya mahu menerangkan tentang taubat dari beberapa sudut. Saya minta agar kita betul-betul fahami dan hayati, serta merasakan bahawa betapa pengampunnya Allah!
1) Taubat maksudnya kita rasa bersalah dengan dosa, insaf dan memohon keampunan dari dosa-dosa serta berazam untuk tidak ulangi lagi kesilapan tersebut. Itulah 3 rukun taubat.RASA BERSALAH, MINTA AMPUN, dan BERAZAM TAK NAK ULANG DOSA KITA.
2) Tetapi sejauh mana kita ikhlas dalam taubat? Adakah kata-kata taubat kita itu hanyalah sekadar UCAPAN yang tidak menimbulkan walau sedikit rasa kesal dan insaf. KEIKHLASAN dalam bertaubat hanya di ketahui oleh Allah dan diri kita sendiri! Kalau betul kita ikhlas, perasaan insaf akan hadir!
Bukan sekadar tu, perasaan menyesal tu akhirnya menyebabkan kita usaha sedaya mungkin untuk tinggalkan dosa-dosa yang telah kita kesali. Kalau itu berlaku, maka itulah dia TAUBAT NASUHA.
3) Setelah kita taubat nasuha dengan sesungguh-sungguhnya, namun ATAS KELEMAHAN dan KECUAIAN kita, tak mustahil untuk kita gelincir dan jatuh sekali lagi ke dalam dosa yang sama. Namun, andai kita IKHLAS pada taubat kita yang pertama, maka Allah akan ampunkan dosa kita yang awal, dan untuk dosa yang baru kita buat, kita perlu taubat sekali lagi. Kalau kita tewas lagi, maka taubat lagi.
Begitulah pengampunnya Allah. Namun ikhlas ni bukan benda yang boleh di buat-buat dan BERLAKON!!
4) Perlu di fahami, kita ni LEMAH dan HINA! Sometimes, kita terjatuh lagi dalam dosa yang sama setelah taubat. Jatuhnya kita pada dosa yang sama bukanlah bererti kita tidak ikhlas pada taubat kita yang sebelum ni.Tapi sebab lemahnya kita, kita terjatuh juga pada dosa yang sama walaupun sebelum ni kita telah insaf.
Jika benda macam ni terjadi (dah taubat, di sebabkan kelemahan, kita ulang balik, lepas tu taubat balik, lepas tu ulang balik bla bla bla….), maka, kita kena TAUBAT LAGI DAN LAGI setiap kali kita buat dosa. Jangan PUTUS ASA! Once kita putus asa, maknanya setan dah berjaya pengaruhi kita. Dan Allah takkan JEMU mengampunkan dosa kita walau betapa teruknya kita!
"Kita bukan sekadar kena taubat, tapi, MELAZIMI taubat…”
Bila buat salah, taubat. Kalau kita buat salah balik, taubat balik. Kalau buat lagi salah, taubat lagi. Sampai bila? Sampai mati! Jangan tangguh taubat. Kalau boleh, bila buat salah, terus taubat, mintak ampun sungguh-sungguh kat Allah.
Kalau kuali yang kita guna untuk masak, awal-awal kita masak, akan ada hitam kat bawah kuali tu. Kalau kita terus basuh, insyallah hilang. Tapi, kalau kita lambat basuh, lama-lama, hitam tu akan MELEKAT kat kuali tu, dan sangat susah untuk hilangkan!
Sekarang ni, kita rasa SUSAH untuk berubah dan tinggalkan maksiat, adalah kerana kita tak MELAZIMI TAUBAT. Kita tak habis-habis tangguh taubat. Sampai maksiat tu MELEKAT, dan sangat susah nak hilang.
“Jika kamu bertaubat sehingga taubat itu gugur dan kamu kembali melakukan dosa, maka, bersegeralah bertaubat kembali! Katakanlah pada dirimu:”Moga-moga aku mati sebelum sempat mengulangi dosa kali ini….”
(Imam Ghazali)

”Orang yang terbaik ialah orang yang banyak di uji dengan dosa dan banyak bertaubat!”
(Ali b Abi Talib)

“Kamu perlu bertaubat dari dua dosa. Satu, dosa kamu yang lalu. Kedua, kamu perlu taubat kerana kamu menangguhkan taubat kamu…”
(Ibn Qayyim)

Wallahua'lam.
Moga Allah ampunkan kita semua!
-Ustaz Adnin-
Sumber: Facebook : Tazkirah
1.8.2016

9 Jeneral Perang Terhebat Dalam Sejarah Islam Yang Ramai Tidak Tahu!!


1. Khalid Bin WalidKhalid ibn al-Walid (584 - 642)

Khalid bin Walid, adalah seorang panglima perang pada masa pemerintahan Khulafa ArRasyidin yang termahsyur dan ditakuti di medan perang serta dijuluki sebagai Saifullah Al-Maslul (pedang Allah yang terhunus). Dia adalah salah satu dari panglima-pangli­­ma perang penting yang tidak terkalahkan sepanjang kariernya. 

2. Muhammad Al-Fatih ( Mehmed II )
Sultan Mehmed II atau juga dikenal sebagai Muhammad Al-Fatih  juga dikenal sebagai el-Fatih, "Sang Penakluk". Kejaya­­annya dalam menaklukkan Konstantinopel menyebabkan banyak kawan dan lawan kagum dengan kepimpinannya serta taktik & strategi peperangannya yang dikatakan mendahului pada zamannya dan juga kaedah pemilihan tenteranya. Ia merupakan anak didik Syekh Syamsuddin yang masih merupakan keturunan Abu Bakar As-Siddiq. 

3. Salahuddin Ayyubi ( Saladin ) Salahuddin Ayyubi atau Saladin atau Salah ad-Din (1138 - 4 Mac 1193)
Adalah seorang jeneral dan pejuang muslim Kurdi dari Tikrit (daerah utara Iraq sekarang). Ia mendirikan Dinasti Ayyubiyyah di Mesir, Syria, sebahagian Yaman, Iraq, Mekah Hijaz dan Diyar Bakr. Salahuddin terkenal di dunia Muslim dan Kristen karena kepemimpinan, kekuatan tentera, dan sifatnya yang satria dan pengampun pada saat ia berperang melawan tentara salib. Sultan Salahuddin Al Ayyubi juga adalah seorang ulama. Ia memberikan catatan dan berbagai macam penjelasan dalam kitab hadits Abu Dawud 

4. Abu Ubaidah bin al-Jarrah.
Abu Ubaidah bin al-Jarrah adalah Muhajirin dari kaum Quraisy Mekah yang termasuk antara yang paling awal memeluk agama Islam. Ia ikut berhijrah ke Habasyah (saat ini Ethiopia) dan kemudian, beliau berhijrah ke Madinah. Ia mengikuti setiap pertempuran dalam membela Islam. Setelah wafatnya Nabi Muhammad saw, beliau merupakan salah satu calon Khalifah bersama dengan Abu Bakar dan Umar bin Khattab. Setelah terpilihnya Abu Bakar sebagai Khalifah, beliau dilantik untuk menjadi panglima perang memimpin pasukan Muslim untuk berperang melawan kerajaan Rom. Beliau meninggal disebabkan oleh wabak penyakit. 

5.Sa'ad bin Abi Waqqas.
Sa`ad bin Abī Waqqās merupakan salah seorang yang awal masuk Islam dan salah satu sahabat penting Muhammad. Kepahlawanan Sa'ad bin Abi Waqqas tertulis  saat memimpin pasukan Islam melawan tentara Persia di Qadissyah. Peperangan ini merupakan salah satu peperangan terbesar umat Islam. 

6. Tariq Bin Ziyad.
Tariq bin Ziyad, dikenal dalam sejarah Sepanyol sebagai legenda dengan sebutan Taric el Tuerto (Taric yang memiliki satu mata), adalah seorang jeneral dari dinasti Umayyah yang memimpin penaklukan muslim atas wilayah Al-Andalus (Spanyol, Portugal, Andorra, Gibraltar dan sekitarnya) pada tahun 711 M 

7. Syurahbil bin Hasanah (583-639)
Adalah sahabat Muhammad saw. Dia merupakan salah satu komander terbaik dalam pasukan Rasyidin, bertugas di bawah Khalifah Rasyidin Abu Bakar dan Umar bin Khattab. Dia merupakan salah satu komander lapangan utama selama penaklukan Muslim di Syria, bertugas sejak tahun 634 hingga kematiannya pada tahun 639 akibat wabak. 

8. Abdullah bin Aamir.
Abdullah bin Aamir adalah gabenor Busrha (647–656) dan merupakan jeneral tentera yang sangat berjaya pada masa pemerintahan Khalifah Rasyidin Othman bin Affan. Dia terkenal atas kehebatannya dalam pengurusan ketenteraan.

9. Amru Bin Ash.
Pada awalnya beliau pernah mengambil bahagian dalam peperangan menetang Nabi Muhammad SAW dan kaum Muslim namun masuk Islam bersama Khalid bin Walid. Enam bulan setelah memeluk Islam, beliau bersama Rasulullah SAW menakluk Mekah dalam peristiwa Fathul Mekkah. 

Ia adalah panglima perang yang bijak dalam mengatur strategi perang.Beliau adalah panglima perang yang menaklukan Baitul Maqdis dan Mesir dari cengkaman Romawi. 

Ia kemudian dilantik sebagai gabenor Mesir oleh Umar bin Khattab, tetapi kemudian dipecat oleh Khalifah Usman bin Affan. Selanjutnya Muawiyah bin Abu Sufyan melantik kembali beliau menjadi gabenor Mesir. 

Panglima Amru mengerahkan tentera agar menjujung Al Quran dihujung tombak, ia menggunakan cara ini dalam pertempuran dengan Ali bin Abi Thalib agar Ali bin Abi Thalib menghentikan serangan 

Kredit : http://wartawan-jalanan.blogspot.my

1.8.2016