ZULHEIMY MAAMOR

Monday, 1 August 2016

PERSOALAN BID'AH DALAM MASALAH IKHTILAF/KHILAF PERKARA FURUK

  Tarikh Keputusan : : 31 Mei 2016/24 Syaaban1437H


Setelah meneliti setiap pandangan ahli mesyuarat dan hujah-hujah yang dikemukakan, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 5/2016-1437H yang bersidang pada 31 Mei 2016 bersamaan 24 Syaaban1437H telah bersetuju memutuskan Sighah Fatwa Bagi Persoalan Bid‘ah Dalam Masalah Ikhtilaf/Khilaf Perkara Furuk seperti berikut:
1) Persoalan khilafiah adalah perkara ijtihadiyyah dan tidak boleh sama sekali dihukumkan bid‘ah kerana amalan tersebut telah diterima dan menjadi amalan ulama muktabar sejak dahulu.
2) Pandangan jumhur ulama sewajarnya menjadi ikutan masyarakat Islam dengan mengutamakan perkara asas dalam berdakwah dan tidak membesar-besarkan perkara khilafiyyah yang boleh menggugat perpaduan umat Islam.
3) Keputusan fatwa ini hendaklah diwartakan.
4) Antara amalan yang didakwa sebagai bid‘ah adalah-

i: Konsep penggunaan dan pengamalan Hadis Dhaif

ii: Membaca Yaasin pada malam Jumaat
iii: Membaca tahlil dan talqin untuk si mati
iv: Mengadakan kenduri arwah
v: Menyambut hari-hari kebesaran Islam seperti Maulid al-Rasul, 
Israk Mikraj dan Maal Hijrah pada setiap tahun

vi: Membaca Yaasin 3 kali pada malam nisfu Syaaban
vii: Berdoa beramai-ramai selepas solat berjemaah
viii: Membaca wirid dan zikir secara kuat/nyaring beramai – ramai 
selepas solat fardhu

ix: Membaca “Basmallah” secara kuat / nyaring dalam solat fardhu
x: Menyebut lafaz “Usalli” dalam niat solat
xi: Membaca qunut dalam solat subuh
xii: Bersalaman selepas solat berjemaah
xiii: Solat sunat sebelum solat Maghrib.
xiv: Solat sunat sebelum Jumaat
xv: Fidyah solat
xvi: Terbatal wuduk dengan sebab bersentuhan lelaki dengan perempuan yang harus dikahwini.
xvii: Bilangan rakaat bagi solat sunat tarawih selain 8 rakaat
xviii: Menyapu muka selepas salam
xix: Akikah dengan binatang al-an‘am selain kambing
xx: Amalan bertawassul dan bertabarruk
xxi: Berdoa dan membaca al-Quran di kubur
xxii: Doa akhir tahun dan awal tahun
Mesyuarat bersetuju untuk mewartakan fatwa ini.
Status pewartaan : Proses Pewartaan
Sumber dari Facebook
1 Ogos 2016

No comments:

Post a Comment