ZULHEIMY MAAMOR

Tuesday, 9 August 2016

BACA INI SUPAYA KITA FAHAM AGAMA.

Hari ini suami tidak mampu dtg solat & belajar agama di masjid (adakah termasuk saya & awak?). Maka suami tidak mampu mengajar anak isteri utk memahami Agama. Maka wujud 3 suasana di rumah2 di seluruh dunia:
1-Suasana Rumah Seperti Pawagam
(Rumah jd seperti pawagam.. Tv n Audio yg besar2.. karaoke2.. video2 games.. seakan berada di Pawagam). Anak2 dibesarkan dlm suasana kelalaian.. sehingga rasa terkilan bila terlepas drama di tv.. menangis bila tgk hindustan.. ada juga ibu bapa yg bersyukur bila anak2 terpilih jd penyanyi buat maksiat di pentas2.. ini kesan dari suasana rumah seperti Pawagam)
2-Suasana Rumah seperti Hotel
(Suasana rumah yg dihias mewah2 seperti Hotel.. setiap tahun tukar sofa baru.. tilam2 mewah.. bilik air mewah..sehingga menjadi tempat rehat yg lebih merehatkan diri dr ketika berada di rumah Allah.
3-Suasana Rumah seperti Restoran
(Suasana rumah yg dipenuhi dgn makanan seperti restoran.. setiap saat dlm kekenyangan.. fikiran hanya fikir makan dan minum sahaja.. fikir untuk penuhkan. perut.. peti ais penuh dgn makanan.. dan pembaziran berlaku dgn begitu banyak)
Sebab itulah kita perlu berubah kepada Kefahaman Agama agar suasana rumah tempat lahirnya manusia2 berubah. Suasana rumah spt rumah Baginda Saw dan Sahabat2 di Madinah tidak wujud lagi.. iaitu Suasana Rumah spt Madrasah.
Hidupkan suasana bacaan Quran dan Hadis di rumah. Hidupkan suasana dakwah. Bercakap mengenai kebesaran ALLAH dan suasana Ilmu di rumah. Hidupkan suasana zikir dan solat2 sunat di rumah..
Rumah penuh dgn Nur Quran Hadis.. ALLAH turunkan Rahmat.. Keberkatan.. dan Sakinah dalam rumah dan ahlinya.. keluarga hidup dalam keadaan bahagia. Lahirkan anak2 yg alim alimah, Hafiz Hafizah dan Daie Daieyah yg memperjuangkan Agama di seluruh alam..
Suasana ini yg perlu kita wujudkan di rumah2 kita. Hari ini anak2 kita makan makanan penyihat otak dan penguat ingatan, kismis dan mcm2 lg tp pencapaian exam tak cemerlang. belajar tak pandai2.. rupanya bukan salah makanan kesihatan tp sbnrnya hati anak2 gelap sbb tak dgr Hadis.
Sbb itulah kita perlu wujudkan amalan bacaan "taklim" Hadis Nabawi di rumah2 kita. Cari satu masa kumpul keluarga baca Hadis2 Nabi Saw dan baca kisah2 para sahabat dlm kitab Hayatus Sahabah agar isteri dan anak2 kita mengenali kehidupan sahabat2 Nabi Saw, insan2 yg telah berjaya. Barulah mereka siap untuk hidup secara sederhana dan tidak berhajat kepada mewah2 sehingga kadangkala melebihi kemampuan bapa dan suami.
Semoga kita semua niat dan azam untuk hidupkan suasana rumah seperti Madrasah di rumah kita insha Allah..
Ustaz Khann Da'ie.
Hayyu Asyir Nasr City.
Bumi Kaherah

Sumber dari Facebook
9 Ogos 2016

No comments:

Post a Comment