ZULHEIMY MAAMOR

Tuesday, 21 June 2016

Sistem Perkapalan Melayu Silam.

Seperti diketahui , bangsa Melayu sudah pun terlibat dalam perdagangan terutama dengan menggunakan kapal semenjak 500 Sebelum masihi (2500 tahun lalu ) .
Mereka telah pun terlibat dalam pelayaran jarak jauh hingga ke negeri Cina di timur dan hingga ke Mesir dan Afrika timur .
Pada ke 4 masihi lagi ada catitan yang menyatakan bahawa bangsa Melayu telah pun memiliki jong yang mampu membawa muatan antara 500 tan hingga 1000 tan 
Namun demikian kebanyakan kapal dagang pada abad ke 15 bersaiz 100 tan hingga 200 tan.Kebiasaannya mampu membawa 40 hingga 100 anak kapal untuk setiap pelayaran..
Kebiasaannya kapal dagang juga dilengkapi dengan meriam lela atau rentaka untuk mengelakkan serangan lanun ketika pelayaran.

Bagaimanakah sistem pengendalian kapal di zaman silam?
Tidak diketahui bilakah ia bermula , tetapi pada abad ke 15 lagi sudah ada undang undang khas untuk pelayaran dan undang undang pelabuhan terutama berkaitan dengan perdagangan. Antaranya ialah :
1.Undang -undang Laut Melaka.
2.Undang undang Kedah.
3.Undang undang Makasar.
4.Undang undang Patani .

Keempat empat undang undang laut ini hampir sama semuanya. Oleh kerana pada abad ke 15 Melaka sangat pesat dalam bidang perdagangan , maka undang undang laut Melaka sangat meluas digunapakai ketika itu.
Bagai mana pula tentang sistem perkapalan?
Lebih kurang sama seperti sekarang . Ketika itu kapal dimiliki oleh raja atau juragan (tuan punya kapal) .Para pedagang pula akan menyewa petak petak di dalam kapal untuk barangan mereka dan mereka ikut bersama belayar.

Sistem di dalam kapal 

NAHODA 
Nahoda adalah ketua di dalam kapal. Adakalanya nakhoda adalah pemilik kapal itu sendiri. Nakhoda berkuasa penuh di atas kapal termasuk menjatuhkan hukuman kepada pesalah pesalah di dalam kapal mengikut peraturan peraturan yang telah ditetapkan di bawah undang undang laut ketika itu.

JURUMUDI atau MALIM.
Jurumudi inilah orang yang sangat penting yang melayarkan kapal. Seorang malim harus sangat mahir tentang peredaran bulan, mengenal bintang bintang, mengetahui tentang arus, ombak, gunung, bukit bukau, tanjung , teluk, terumbu karang dan segala petunjuk di sepanjang laluan kapal.

GUNTUNG/ SENAWI
Guntung atau Senawi merupakan pembantu nahoda dalam mentadbir kapal. Guntung pula dibantu oleh tukang kanan dan tukang kiri.

JURUBATU
Jurubatu ibarat temenggong di darat di mana peranannya adalah mengawal keamanan di dalam kapal.

MATA-MATA (muda-muda)
Mata mata pula bertanggung jawab dalam menyelia anak kapal dan menjaga keselamatan harta dan barang dagangan di dalam kapal.

KIWI dan MULKIWI.
Kiwi adalah para pedaggang yang menyewa petak kapal untuk membawa barang dagangan . Kiwi juga belayar bersama, jadi mereka juga tertakluk di bawah undang undang di atas kapal .
Mulkiwi pula adalah ketua kepada kiwi kiwi .

Jadi kesemua pegawai kapal, awak awak kapal dan para pedagang (kiwi) harus mematuhi semua undang undang di atas kapal .
Hukumannya termasuklah hukuman bunuh, sebat atau denda.
Contohnya jika seorang malim (jurumudi ) cuai dan lalai hingga menyebabkan kecelakaan kepada kapal dan anak kapal, maka malim tersebut boleh dijatuhkan hukuman bunuh. Jika tidak terlalu serious , malim boleh dikenakan hukuman sebat 4 kali.

Di antara kesalahan kesalahan di atas kapal yang boleh membawa hukuman mati adalah :
1.Khianat terhadap nahoda.
2.Berpakat untuk membunuh nahoda, malim atau kiwi.
3.Bersisip keris dan membahayakan orang lain di atas kapal .
4.Jahat dan biadap di atas kapal 
5.Bergaduh.
7.Berzina.

Begitulah kisahnya. Bangsa Melayu yang sering dilabel sebagai bangsa yang mudur dahulu kala sebenarnya sudah pun memiliki undang undangnya sendiri baik di darat mahu pun di laut. Ketika itu benua eropah pun mungkin masih beada dizaman gelap , sedangkan alam Melayu Nusantara sudah pun memiliki undang undang yang kemas termasuklah undang undang di darat, undang undang belayar dan undang undang pelabuhan..
Sumber: Facebook (Sungai Batu 500BC)
21 Jun 2016

No comments:

Post a Comment