ZULHEIMY MAAMOR

Tuesday, 21 June 2016

Sistem Angka Di Alam Melayu

Sebelum ini kita telah membincangkan tentang sistem matawang dan sistem cukai di negeri negeri Melayu. 
Apabila melibatkan matawang, cukai dan perdagangan , sudah tentu unsur utama yang terlibat adalah angka.

Mengikut rekod yang ada sistem angka telah di temui di tempat berikut :
-Di Amerika tengah (suku Maya) -semenjak 3114 SM
-Mesir Kuno -3000 SM
-Sumeria -1894 SM
-Yunani -300 SM 
-Arab 300 SM
-India 300 SM
-Cina 200 SM

Bagaimana pula alam Melayu? 
Ini yang kurang disedari oleh orang Melayu sendiri.

Sistem angka di alam Melayu sudah lama wujud . Ini termasuklah rumpun polinesia di Kepulauan Pasifik dan Madagaskar .
Berikut kita lihat beberapa fakta penting:
1. Suku Maori , Hawaii , Samoa, Haitii dan polinesia yang lain dipercayai berasal dari wilayah Asia Tenggara juga. Mereka mula berhijrah dan menetap di Kepulauan Pasifik semenjak 1000 SM atau lebih awal dari itu. Mereka membawa bersama sistem angka dari Asia Tenggara ke tempat baru , Sebab itulah hingga ke hari ini sebutannya masih hampir sama.

Begitu juga suku Merinar di Madagaskar. Mereka berhijrah dari Asia Tenggara dan menetap di sana semenjak abad pertama masihi (gelombang pertama ) dan abad ke 8 masihi (gelombang ke 2) . Pun angka disebut dengan bunyi yang hampir sama hingga ke hari ini .
Jadi bolehlah disimpulkan bahawa sistem angka telah pun wujud di wilayah Melayu Polinesia semenjak 1000 SM atau sekitar itu juga.
Lagi sekali Sungai Batu terlibat. Oleh kerana Sungai Batu mengeksport besi semenjak 500 SM., maka sangat logik pada waktu itu pun sudah ada sistem angka .

Berikut adalah beberapa prasasti di Asia Tenggara yang mengandungi sistem angka.
-Batu Bersurat Vo Chanh (Vietnam )- bertarikh abad ke 4 masihi.
-Prasasti Kedudukan Bukit (Sumatra) 683 masihi- ada catitan 200 dan 2 laksa (20000).
Prasasti Kutai -Abad ke 5 masihi : " Hadiah dua puluh ribu ekor lembu dari Raja Mulavarman kepada para berahminnya".

Bukti bukti lain:
1.Prasasti Kedudukan Bukit , Palembang :683 M
2.Prasasti Kemboja -605 Saka (1 Saka = 78 Masihi).
3.Prasasti Talang Tuo, Palembang -608 M
4.Prasasti Dinaya, (Jawa)-608 saka 
5.Prasasti Polengan (Yokyakarta)-797 saka 
6.Prasasti Pingan Tembaga -Suriakarta- 837 saka 
7.Prasasti Gunung Tua (Sumatra)-946 saka
8.Prasasti Ganesa (Jawa Timur)-1056 saka
9.Candi Singasari (Jawa Timur) 1214 saka.
10.Prasasti Penang Gungen -1218 saka.
11.Candi Panataran (Jawa Timur)-1291 saka.
12.Batu Nisan Tralaya (Jawa Timur)-1301 saka.
13.Ngodoman (Jawa)-1371 saka.
14.Batu Nisan Ahmad Majnun Pengkalan Kempas Port Dikson -1385 saka.

Pada asalnya angka Melayu ditulis dalam huruf rencong , kemudian ia ditulis dalam huruf Palava , kawi, dan jawi. (Lihat jadual perbandingan antara angka rencong, Arab , cina dan rumi).
Kesimpulannya Rumpun Melayu sudah lama memiliki sistem angka sendiri semenjak beribu tahun lalu , malah mungkin sebelum dunia barat mengenal sistem angka :
Jadi kepada anak Melayu , jangan merasa rendah diri atau inferior tak tentu pasal. Bangsa anda adalah bangsa yang hebat di masa lampau .
Sumber Rujukan : Buletin of the matametikal Science society 1987
Angka Melayu Sebelum kedatangan Islam 
Prof Shaharir Bin Mohamad Zain 
Pusat Pengajian Sains Matamatik 
Fakulti Sains danteknologi 
Universiti Kebangsaan Malaysia

-Dr Mohamad Alinor Abdul Kadir 
-Cik Srikandi

Sumber: Facebook : 

21 Jun 2016

No comments:

Post a Comment